in ,

Sekitar Karnival Jom Heboh di Padang MPK2, Kuantan

KEMERIAHAN PROMOSI BARANGAN TEMPATAN DI KARNIVAL JOM HEBOH
Konsep Bijak Berbelanja Menyokong Tema Rekreasi dan Riadah 

Karnival Jom Heboh yang berlangsung di Padang MPK2, Kuantan, telah menerima kunjungan lebih daripada 400 ribu pengunjung di sepanjang tempoh penganjuran pada Mac 28 dan 29 yang lalu.  Berkonsepkan Rekreasi dan Riadah khusus untuk seisi keluarga, Karnival Jom Heboh kali ini turut menekankan kepentingan tabiat ’bijak berbelanja’ selaras dengan promosi jualan barangan keluaran tempatan besar-besaran di karnival kali ini.

3416645256 F2Ce64C37B O | 4

Memasuki usia 7 tahun penganjuran, Karnival Jom Heboh terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu karnival ulung TV3 yang berjaya menggabungkan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan dengan berbagai aktiviti sihat untuk seisi keluarga diadakan.

Bersesuaian dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang ini, Karnival Jom Heboh turut memainkan peranan di mana pengunjung akan ditawarkan dengan harga – harga barangan lebih rendah dari biasa oleh pihak penaja Karnival Jom Heboh.

3416646496 Dd8E617Bc6 O | 5

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Dato’ Amrin Awaluddin berkata, “Keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan bukan sahaja membabitkan Malaysia, malah seluruh dunia. Oleh itu kita haruslah beringat untuk berjimat cermat dan bijak dalam perbelanjaan seharian. Melalui Karnival Jom Heboh, TV3 menyediakan ‘platform’ untuk pengunjung berbelanja dengan lebih berhemah.

Semua gerai penaja kami menawarkan harga yang berpatutan dan lebih rendah dari harga di pasaran, jadi rebutlah peluang ini untuk berbelanja. Selain dari itu, gerai-gerai ini juga akan dilanjutkan masa operasinya dari jam 10.00pagi hingga jam 8.00malam berbanding jam 7.00malam sebelum ini”.

“Terdapat pelbagai aktiviti dan acara menarik di sepanjang 2 hari kami berkampung di Padang MPK 2, Kuantan. Antaranya, peluang untuk berlakon bergandingan dengan teraju utama drama ‘Cinta Untuk Ain’, Que Haidar, di mana para pengunjung diberi pilihan untuk merakam babak lakonan di dalam DVD yang boleh dijadikan sebagai cendermata istimewa.

3415838035 D5998A186B O | 6

Tidak ketinggalan, pengunjung kecil Jom Heboh turut memeriahkan sambut Hari Jadi di pentas utama dan para pengunjung juga telah menyumbang untuk acara lelongan Tabung Bersamamu. 

Karnival Jom Heboh juga lebih ceria dengan kehadiran pelakon-pelakon dan artis popular tanahair seperti Que Haidar, Puteri Fatin, Almy Nadia, Anne Abdullah, Kefli AF dan Nashrin My Starz LG. Barisan personaliti TV3 seperti Siti Hasffiza, Nurul Syuhada, Sasha Basir, Azizah Ariffin, Sharifah Salwa, Ally Iskandar, Fedtri Yahya dan Azliyanti juga turut bersama-sama turun padang meraikan Karnival Jom Heboh kali ini”.

Sebelum menutup tirai di Kuantan, acara kemuncak yang sememangnya dinanti-nantikan oleh para pengunjung di lokasi mahupun di rumah, Konsert Jom Heboh, berlangsung pada Ahad jam 9.00 malam hingga 10.30 malam.

Walaupun hujan agak lebat sewaktu konsert, namun Padang MPK2 yang dipenuhi hampir 20 ribu peminat muzik turut digegarkan dengan persembahan hebat daripada barisan artis terkenal seperti Mas Idayu, Adi – 6th Sense, Adam, Elyana, Nabila Huda dan Maximus.

Berikut adalah senarai aktiviti yang dirangka sepanjang dua hari penganjurannya di Padang MPK2, Kuantan.

AKSI ada buat JOM Main Dam Aji : Sabtu & Ahad 3ptg
Nak Jadi Diva: Sabtu & Ahad 11pg & 3ptg
Sesi Ramah Mesra bersama-sama artis, (Que Haidar & Puteri Fatin) Sabtu & Ahad 11pg, 2ptg  

3415838295 Abc3F910Cd O | 7

2. TV3 KIDS ada Mini Explorace Kids, Sabtu & Ahad, 2.30ptg
Remaja “Open Mic Jam”, Sabtu & Ahad, 5ptg
Pertandingan Pakaian Berhias  Ahad, 11pg
TV3 Kids Birthday Bash, Ahad, 4ptg

3415838035 D5998A186B O | 6

3. TV3 INSPIRASI WANITA ada Demo Masakan ‘WHI’, Sabtu & Ahad, 2ptg
Lagenda : Tonton & Jawab Sabtu & Ahad 11pg
Ewah–Ewah Challenge, Sabtu & Ahad, 10.30pg

3415839211 3C25156Fb3 O | 9

4. KOTA ILMU ada Sessi kaunseling Sabtu & Ahad
Maghrib Berjemaah, Sabtu, 7mlm 
Pameran bersejarah
Tata terbit keliling Kaabah

3415839539 2316Bb0A1F O | 10

5. MyTV3 ada Ewah–Ewah Fun Match, Sabtu & Ahad, 11pg
Lelongan untuk Tabung Bersamamu Sabtu & Ahad 4ptg
Pendaftaran ahli-ahli baru My TV3, sepanjang hari, Sabtu & Ahad

SIARAN LANGSUNG DARI TAPAK KARNIVAL

1. Sembang-Sembang ada berlangsung dari jam 9.00 hingga 10.00pagi hari Sabtu dan Ahad. Membincangkan isu-isu semasa selain menemuramah artis-artis, pihak berkuasa dan wakil penaja.

2. Melodi pula bersiaran langsung di persekitaran tapak karnival dengan hos: Fara Fauzana dan Wahid

3415840689 716E78F44C O | 11
3. Konsert Jom Heboh di Pentas Utama, Ahad 29 Mac 2009 jam 9.00malam-10.30malam

4. Al Kulliyah bersiaran langsung di persekitaran tapak karnival.

5.  Liputan Berita bersama wartawan berita membawakan berita terkini dari tapak karnival.

3415840149 91E9870767 O | 12

3416648470 40C96D5D8D O | 13

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pierre Andre | 39

Video Sebalik Tabir Behind The Scenes Filem JANGAN TEGUR

Pakej PASSION ANGGUN Di Asterspring Sangat Berbaloi!