in ,

Pakej PASSION ANGGUN Di Asterspring Sangat Berbaloi!

Untuk kelihatan anggun dan kelihatan bertenaga di hari perkahwinan, ramai yang sanggup berhabis wang ringgit. Macam-macam cara untuk kelihatan ‘mantap’ di hari bahagia mereka, termasuklah mengunjungi pusat kecantikan dan kesihatan.

Untuk memenuhi keperluan itu, AsterSpring – Origin of Beauty telah menaja pakej Passion Anggun kepada kami berdua. (Terima kasih daun keladi…) 

Dan dipendekkan cerita, pada 21 Mac lalu, Budiey dan tunang telah ke AsterSpring yang terletak di Lot 401G, tingkat 4, Suria KLCC untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej Passion Anggun ini.

astersprings 

Senang sahaja untuk ke pusat kesihatan ini. Menjejak kaki di tingkat 4, anda akan nampak deretan restoran dan pusat kecantikan. Kalau anda pernah sampai di RASA Food Court, pasti akan melintasi papan tanda seperti di atas ini. AsterSpring berada di sebelah kanan RASA Food Court. 

Belon merah dan putih menyambut kehadiran kami pada pagi yang cerah itu. Khabarnya, AsterSpring yang seluas 11,000 kaki persegi ini dilengkapi dengan peralatan serba moden dan sekarang ini masih lagi dalam mood menyambut ulangtahun ke-25! Happy Anniversary ya!

 

Servis yang bagus, berkesan dan bermutu. Tidak hairanlah AsterSpring banyak terima anugerah. AsterSpring mempunyai 32 pusat kecantikan sehenti di seluruh negara. Dianugerahkan ‘The Best Wellness Centre’ oleh Persatuan Spa & Wellness Malaysia pada tahun lalu. 

Disambut oleh pakar kecantikan AsterSpring yang bertugas dan kami diberi penerangan dan dibawa tour sekeliling pusat kesihatan ini. 

Sebelum Budiey terangkan apa itu pakej Passion Anggun, jom ikut Budiey melihat apa yang ada di AsterSpring.

 

Tengok ruang laluan untuk setiap kamar memang mendamaikan. Lebih menarik, terdapat pelbagai rawatan kesihatan untuk muka dan badan serta kecantikan diri yang disediakan di AsterSpring. Ia juga menyediakan bilik khas masing-masing untuk wanita, lelaki dan pasangan atau ahli keluarga bagi keselesaan mereka sepanjang menjalani proses rawatan.

 

Mula-mula, kami dibawa ke kamar untuk ‘couple’. Kira elok juga ada bilik couple ni sebab kadang-kala, ada pasangan yang tak mahu berpisah. Jadi, disediakan bilik untuk pasangan yang nak buat facial kat sini. 

AsterSpring mempunyai lebih 33 bilik rawatan serba moden dan 38 pakar kecantikan bertauliah untuk memberi rawatan diperlukan, selain AsterSpring mempunyai pakar pemakanan sendiri.

Menggunakan peralatan canggih dan produk yang bermutu tinggi.

Yang penting sekali, di AsterSpring memang mementingkan kebersihan!

Banyak juga kamar untuk rawatan di sini. Tempat nampak selesa dan Budiey suka dengan dekorasinya.

 

Ada dewan luas untuk anda menyertai pelbagai aktiviti seperti senaman,yoga, kelas grooming, tarian, kelas menata rias serta solekan.

Kamar urutan badan. Kalau badan rasa lengok, eloklah datang sini. Siap dengan aromatheraphy.

 

Istimewanya di Aster Spring ni, ada tempayan besar yang dikenali sebagai ORP Energy Therapy. Ianya bertujuan untuk membakar kalori serta berupaya membuang toksin dalam badan.

 

Ini pula Sauna Bio-Kesihatan Sinar Infra Merah. Fungsinya lebih kurang sama jugalah. Membuang toksin dalam badan, menggalakkan peredaran darah serta meningkatkan fungsi metabolisma tubuh badan. Bezanya cuma bahagian bawah jer yang kena sauna….

Terapi Kompresi Negatif Selanjar (Intermittent Negative Compression Therapy)

Alat ini pula diilhamkan dari teknologi NASA. Sekilas nampak pun, macam kapal angkasa kan? Alat ni bertujuan untuk melancarkan perjalanan darah dari bahagian pinggang sampai ke kaki. Bagus bagi mereka yang kerja asyik duduk jer.

 

Terapi Balneo-Oxy (Balneo-Oxy Therapy)

Rawatan ni macam mandi sauna jugak. Semasa kita duduk dalam mesin ni, oksigen tulen akan dipamkan masuk ke dalam mesin ni. Kira macam mandi sauna dengan oksigen la. Rawatan ni akan melembut dan membersihkan serta menyegarkan kulit badan kita.

Dermalogica

Produk penjagaan kulit muka sesuai untuk pelbagai jenis kulit muka.  

 

Produk Aromatheraphy.

Baunya best! Macam-macam adaaa… 

Untuk rawatan kulit wajah, AsterSpring menggunakan barangan Dermalogica dari Amerika Syarikat, solekan menggunakan kosmetik jenama Averine dari Paris, minyak aromaterapi Eve Taylor dari London untuk urutan muka dan badan dan makanan kesihatan jenama Bioxil Innertreats.

 

Kalau lapar ke atau nak bersembang-sembang sambil minum, kafe disediakan dengan dilengkapi kemudahan wi-fi bagi membolehkan pelanggannya menikmati hidangan di sini. Semua makanan dan minuman yang disediakan di Living Juice Bar adalah berkhasiat kerana penyediaannya dipantau pakar pemakanan mereka. 

Selain makanan ringan, Living Juice Bar juga menyediakan set makan tengahari yang enak dan berzat bukan saja untuk pelanggan, malah ia dibuka kepada orang ramai.

AsterSpring Beauty. Jus Buah Naga yang dikisar bersama serbuk Bioxil Innertreats Skin Radiance. Minum ni kalau nak kulit kita cantik. Ada banyak jenis minuman d-tox yang best kat sini! Budiey dah cuba. Bagus untuk cuci perut. Cubalah! Baru tau hasilnya.. 

Selesai sahaja sesi suai kenal dengan AsterSpring, kami diberi penerangan tentang Pakej Passion Anggun:

Jom Join Pakej Passion Anggun!

Bagaimana nak jadi ahli Pakej Anggun? Haa… Senang sahaja untuk menjadi ahli dan mendaftar pakej Anggun ini. Boleh datang terus ke Aster Spring dan anda akan dibantu oleh staff dan pakar kesihatan di sini.

Kalau nak dikira satu persatu, pakej lengkap rawatan diri dan kecantikan AsterSpring PASSION ANGGUN ini bernilai RM6,100 untuk keseluruhannya.

 

Namun, untuk anda yang membeli pakej ini, ditawarkan hanya dengan harga RM1,900 dan anda diberikan:  

  1. Baucer percuma RM500 untuk menebus sebarang produk penjagaan muka Dermalogica, minyak terapi Eve Taylor, make-up Averine dan makanan kesihatan Bioxil Innertreats  
  2. Baucer bernilai RM1,300 untuk rawatan wajah (facial) dan tubuh badan (body treatment). 
  3. Baucer RM550 untuk kosmetik Averine iaitu set pembayang mata berharga RM179, gincu (RM75), bedak asas (RM228) dan pengilat bibir (RM68).      
  4. Anda juga akan dapat menata rias wajah sebanyak enam kali bernilai RM750  
  5. Rawatan badan (body treatment) sebanyak 12 kali bagi tempoh setahun yang boleh ditebus dengan baucer diberikan bernilai RM150 setiap satu dengan keseluruhannya berharga RM1,800.  
  6. 12 baucer istimewa bernilai RM100 setiap satu kepada ahli keluarga atau rakan kepada mereka yang membeli pakej istimewa ini dan setiap kali baucer itu digunakan, anda akan mendapat hadiah 12 kali rawatan mata percuma bernilai RM85 setiap satu.

Kira berbaloi dan menjimatkan. Untuk kesemua di atas, anda hanya perlu bayar hanya RM1,900 sahaja!

 

Dengan bantuan staff Aster Spring yang bertugas anda akan ditanya tentang beberapa masalah kulit dan kesihatan yang dihadapi dan proses mengisi borang pendaftaran mengambil masa 10 minit. Kulit anda juga akan diperiksa dengan menggunakan satu alat yang akan menganalisa kulit anda.  

Dalam sesi ini, anda akan diterangkan rawatan yang sesuai dengan kulit dan badan. Jika pelanggan mahukan sesi rawatan tertentu, tetapi ianya tidak bersesuaian dengan mereka, Aster Spring akan memberi nasihat berhubung kaedah rawatan yang mana paling sesuai. 

Pada hari ini, Budiey cuba dulu satu rawatan badan iaitu ORP Energy Therapy

Budiey diberitahu, ORP Energy Therapy ini adalah terapi tenaga bagi pengurangan pengoksidaan (ORP) iaitu pelanggan perlu duduk dalam pasu besar yang akan mengeluarkan haba panas seakan sauna. Uniknya batu-batu kecil ini menghasilkan ion negatif yang diperlukan oleh tubuh badan bagi melambatkan penuaan. Selain daripada membakar 600 kalori, ia juga membantu menyahtoksin dalam badan. Selepas keluar sahaja dari pasu besar ni, badan kita akan terasa segar dan bertenaga.

 

Apa yang uniknya, batu yang dilekat dalam pasu diimport dari Jepun ini adalah hasil aktiviti gunung berapi Fuji yang meletup beberapa ratus tahun lampau.

Batu dari gunung berapi Fuji

ORP Energy Therapy ialah satu perawatan kesihatan yang menggunakan batu hasil gunung berapi sebagai konduktor mengalirkan haba thermal kepada tubuh badan. Perawatan ini juga menghasilkan ion bercas negatif yang bertujuan untuk mengurangkan bahan radikal bebas daripada membentuk dalam tubuh badan. Terapi Tenaga ORP ini juga berguna untuk tujuan kesihatan keseluruhan dan mempertingkatkan imuniti tubuh badan daripada pelbagai penyakit.

Faedah rawatan:

  1. Membantu peredaran darah yang lebih baik dan meningkatkan kadar metabolisma   
  2. Membantu tubuh badan menyahtoksin  
  3. Mempertingkatkan system imuniti tubuh badan 
  4. Membakar sekurang-kurangnya 600 kalori setiap rawatan.. Banyak tu… 
  5. Mengurangkan pembentukan bahan radikal bebas dalam tubuh badan 

 

Selama 30 minit berada dalam tempayan besar ini, anda akan rasa badan jadi ringan. Badan akan keluar peluh. Terapi Tenaga ORP ini berupaya mengeluarkan toksin dalam badan.

 

Setelah rawatan badan, kami juga diberi peluang untuk mencuba rawatan wajah di Aster Spring selama 3 jam. Sekali sekala buat facial, memang best! Terasa sangat perubahan. Kulit nampak lebih bermaya dan segar.

Di samping rawatan muka dan body treatment, Aster Spring telah menaja barangan produk penjagaan muka, Dermatologica untuk dibuat hantaran.

Dengan dibantu oleh staff AsterSpring dengan layanan mesra yang begitu memuaskan, pemilihan untuk barangan make up juga dibuat untuk dijadikan barang hantaran.

PERADUAN: BAUCAR RAWATAN WAJAH UNTUK PEMBACA BERNILAI RM100

Kepada pembaca, Budiey ada 12 baucar untuk rawatan muka bernilai RM100 setiap satu dan ingin dihadiahkan kepada pembaca semua! 

Soalannya: Pakej Anggun di Aster Spring hanya bernilai RM_______. 

Hantarkan jawapan anda kepada: [email protected] 

Baucar ini boleh digunakan di semua cawangan AsterSpring atau Leonard Drake si seluruh Malaysia.

AsterSpring di Suria KLCC dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga jam 10 malam dan boleh dihubungi menerusi telefon 03-21615115 atau laman web www.asterspring.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Karnival Jom Heboh di Padang MPK2, Kuantan

Fazura Nafi Kahwin