in , ,

Segalanya Tentang Sidang Media Tergempar Ali Puteh

Pada 21 Febuari, Budiey Channel Telah Menghadiri Satu Sidang Media Tergempar Bersama Ali Puteh Berhubung Isu Tular Yang Melibatkan Dirinya Dan Balu Allahyarham Abam Serta Menjawab Segala Persoalan Berkenaan Isu Video Yang Disiarkan Oleh Dato Aliff Syukri.

Tular di laman sosial dan juga industri hiburan tanah air berkenaan isu kontroversi melibatkan pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, iaitu balu kepada arwah Abam, Siti Noorhidayah Mohd Ali. Mengambil tanggungjawab menguruskan harta peninggalan arwah untuk dibahagikan secara adil kepada waris, namun dia tidak menyangka akan menerima tohmahan dan kata-kata berbaur fitnah netizen.

Di sidang media tersebut, Ali Puteh telah membuat permohonan maaf secara terbuka buat kakak iparnya selepas menggelar isteri arwah dengan panggilan tidak manis menerusi Instastories miliknya.

“Saya memohon maaf kepada kakak ipar saya kerana terlalu mengikut rasa amarah ketika menulis status tersebut di Instagram (IG) saya sebelum ini.

“Saya tidak malu mengaku bersalah kerana, ya memang saya yang tulis buka orang hacked IG saya.

“Saya memadam posting tersebut selepas ramai yang menelefon dan menasihati saya supaya tidak bertindak melulu.

“Saya terima kesan akibat perbuatan saya itu dengan pelbagai tohman dilemparkan termasuk fitnah.

“Namun saya tidak simpan di dalam hati dan memaafkan mereka,” katanya.

Menerusi sidang media tersebut, Ali mengakui beliau terlalu mengikut perasaan kerana dirinya sedang bercelaru dan masih bersedih dengan pemergian abangnya. dengan rendah hati Ali telah memohon maaf kepada balu Allahyarham Nor Hidayah dan seluruh rakyat Malaysia yang terguris dengan apa yang telah dilakukannya.

Ditanya mengenai perancangan selanjutnya selepas ini, Ali memberitahu akan bertemu dengan kakak iparnya dan menyelesaikan semua perkara.

“Saya dan ibu akan pergi bertemu balu Abam dan selesaikan apa yang perlu diselesaikan cuma ia akan berlangsung tanpa sebarang publisiti.

“Biarlah kami selesaikan sesama keluarga,” katanya.

Selepas menutup sesi sidang media, Ali kelihatan sugul dan sayu. 

Gempak sempat bertanya mengenainya dan Ali memberitahu dia sedia berundur dari dunia seni bermula hari ini dan memberi fokus terhadap ibunya yang uzur.

“Saya sedia berundur dari dunia seni dan pentas lawak sekiranya tidak diperlukan lagi.

“Andai rezeki saya terhenti di sini, disebabkan kontroversi ini saya reda. Saya berserah kepada Allah SWT.

“Saya akan fokus menjaga ibu. Lagipun kehadiran saya dalam dunia seni ini bersama arwah Abam…Apalah maknanya tanpa dia di sini bersama saya,” katanya sambil menyeka air mata.

Antara isu yang diperjelaskan bersama driver Allahyarham Abam dan juga bapa saudara mereka adalah berkaitan kereta di mana Allahyarham mempunyai dua buah kereta iaitu Velfire dan Myvi.

Selain itu adalah isu dompet Allahyarham yang dipegang oleh Ali kerana menurutnya ada pelbagai urusan perlu diselesaikan dahulu.

Mengulas isu keluar dari rumah sehelai sepinggang, Ali memberitahu itu adalah keputusan isteri Allahyarham sendiri yang mahu keluar dari rumah tersebut pada hari ke enam Allahyarham ‘pergi’.

Malah menurut Ali lagi, anak Allahyarham telah dibawa ke klinik menaiki kereta Myvi dan bukannya Grab seperti yang didakwa.

Ali juga sempat memohon agar pemilik saluran YouTube Tv Terlajak Laris iaitu Datuk Seri ALif Syukri untuk pergi meminta maaf kepada ibunya berhubung masalah yang telah berlaku.

Kecewa Dengan Segala Yang Berlaku, Ali Mengambil Keputusan Untuk Mengundurkan Diri Daripada Dunia Seni Andai Dirinya Mendapat Hinaan, Ditohmah Dan Tidak Lagi Diperlukan. Pengunduran Ali Juga Adalah Untuk Memberi Fokus Bagi Menjaga  Ibunya Yang Sedang Uzur.

Ali Juga Menceritakan Kesusahan Dan Keperitan Yang Pernah Dilalui Bersama Arwah Abam Ketika Mula Ingin Bertapak Dalam Industri Untuk Menjadi Pelawak Yang Mulanya Mendapat Bayaran Hanya Rm300 Dan Dibahagi Dua Untuk Satu Persembahan.

Malah menerusi sidang media itu, Ali turut mendedahkan bapa kandungnya masih hidup dan ini secara tidak langsung akan menambah bilangan waris yang akan menerima faraid.

“Buat pengetahuan semua, bapa kandung kami masih hidup. Yang meninggal dunia dahulu ialah bapa tiri kami.

“Jadi pembahagian faraid perlu mengambil kira bahagian bapa kandung,” jelasnya.

Kecewa dengan segala yang berlaku, Ali turut mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripda dunia seni andai dirinya tidak lagi diperlukan.

“Saya percaya rezeki Allah, Allah beri saya ujian. Allah ambil anak dan abang saya. Allah uji saya dengan dugaan begini.

Ali Juga Redha Dan Tidak Menyimpan Dendam Kepada Sesiapa, Malah Ali Memaafkan Semua Orang Yang Memberi Tohmahan Dan Fitnah Yang Dilemparkan. Selagi Boleh Beliau Mahu Menutup Aib Keluarga, Segala Yang Berlaku Dianggap Satu Ujian Yang Terpaksa Dilalui Untuk Menguji Ksesabaran Dan Meningkatkan Dirinya Untuk Menjadi Lebih Baik. 

Ali Juga Meluahkan Perasaan Sedih Apabila Kehilangan Abangnya. Dan Dia Tidak Tergamak Untuk Makan Harta Anak Yatim Dan Tidak Terfikir Langsung Untuk Berbuat Demikian. Menurut Ali, Dia Selalu  Berdoa Kepada Tuhan Semoga Arwah Abam Hadir Dalam Mimpinya Untuk Berjumpa, Walau Unntuk Seketika Pun Tidak Apa, Sekadar Untuk Menatap Wajah Abam Pun Sudah Cukup. 

“Saya rasa untuk menjernihkan keadaan, lebih baik saya undurkan diri. Saya risau jika masih berada dalam industri orang akan menghina dan caci maki. Cukuplah kami berkarya di atas pentas komedi dengan cacian yang kami dapat.

“Apabila arwah tiada, saya hilang tempat bergantung. Saya mulakan dengan arwah daripada kami susah sehingga berjaya.

“Rupanya di akhir, dia tinggalkan saya seorangan. Tapi saya percaya rezeki Allah, saya tidak perlu (sebak).

“Abang saya segala-galanya, dia tempat saya mengadu. Daripada tawaran pertama, bayaran kami hanya RM300 dan dibahagikan dua sehingga kami boleh mencapai matlamat masing-masing.

“Hanya abang yang tahu siapa adiknya. Selepas ini di mana bahu untuk saya jatuhkan apabila saya jatuh sebegini.

“Saya reda dan tidak menyimpam dendam dalam hati. Saya hanya menjalankan amanat arwah dengan sebaik mungkin.

“Jika saya tidak perlukan dan hanya tohmahan yang saya dapat, saya sedia mengundurkan diri,” katanya tidak dapat menahan sebak.

Ali bagaimanapun tidak berhasrat memanjangkan lagi isu dakwaan perebutan harta peninggalan arwah Abam dan bakal mengadakan perjumpaan tertutup dengan balu arwah dan keluarganya.

Jelas Ali lagi, kereta MyVi akan diserahkan sepenuhnya kepada Nurhidayah selepas proses tukar milik selesai.

Malah wang sumbangan turut akan diserahkan sendiri pada perjumpaan itu nanti.

Terdahulu Ali Puteh menyelar tindakan Datuk Seri Aliff Syukri apabila jutawan itu menyiarkan kunjungannya ke rumah balu arwah, Siti Nurhidayah Mohd Ali di laman sosial.

Malah menerusi temubual dengan Hidayah terdapat beberapa persoalan dan isu yang didakwa sebagai fitnah oleh Ali.

Kepada yang tidak berkesempatan untuk melihat penjelasan penuh Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan yang lebih dikenali sebagai Ali Puteh, adik kepada Allahyarham di page Ria X, di sini saya ada senaraikan ringkasannya satu per satu.

1. Telefon bimbit Arwh ada maklumat kerja Arwh dan maklumat hutang piutang yang perlu dijelaskan dahulu.

2. Wallet Arwh diambil Ali Puteh selepas diserahkan oleh balu untuk Ali mengambil ahli SENIMAN untuk bantuan Khairat Kemtian. Wallet yang dipulangkan hanya mempunyai beberapa kad tanpa wang langsung dan tiada kad bank Arwh (Maybank dan AffinBank). Balu memaklumkan tiada duit langsung dalam wallet.

3. Kad bank Arwh dipegang isteri walaupun setelah mendapat persetujuan untuk diuruskan oleh Ali Puteh mengikut Faraid. Duit yang ada di dalam bank sepatutnya dikira sekali dalam pembahagian Faraid.

4. Berkenaan kereta. Arwh ada dua buah kereta, Vellfire dan Myvi. Vellfire belum habis bayar dan amaun bulanannya adalah RM2500 sebulan. Jadi, ianya adalah hutang yang perlu dijelaskan.

5. Kereta kedua iaitu Perodua Myvi bukan atas nama Arwh. Kereta itu dalam proses sambung bayar atas nama pakcik Arwh. Pakciknya maklumkan kereta itu Arwh bayar RM2,000 dan Arwh sambung bayar.

Arwh sebelum meninggal, telah membuat persetujuan dengan Pakciknya supaya apabila kereta itu sudah habis dibayar, perlu ditukarkan nama ke nama balu Hidayah.

6. Maklumat berkenaan kereta Myvi ini telah dijelaskan kepada balu Arwh dan proses bayaran penuh sudah pun dilakukan, hanya tunggu tukar nama. Cuma keadaan sekarang masih kelam kabut dan belum mempunyai kesempatan untuk tukar nama lagi.

7. Berkenaan isu kereta Myvi tidak boleh dibawa keluar sehingga terpaksa menghantar anak ke klink menggunakan Grab. Ali Puteh memaklumkan yang semasa hari ke empat atau ke lima selepas pemergian Arwh, Ibu Arwh perasan yang badan cucunya sangat panas dan mempersoalkan kenapa dia tidak dibawa ke klinik.

Driver Arwah kemudiannya membawa Ibu Arwh dan cucunya ke klinik dengan menaiki kereta Mvyi Arwh.

8. Isu mengenai balu Arwh dihalau keluar. Balu Arwh sendiri yang mahu keluar bersama ibu-bapanya pada hari ke enam walaupun masih dalam Edah meskipun telah dimaklumkan yang hari ke tujuh akan diadakan tahlil untuk Arwh.

9. Isu keluar sehelai sepinggang pula, Ali Puteh memaklumkan pada hari ketiga ada sumbangan kepada balu Arwh yang dimasukkan terus ke dalam akaun balu Arwh sendiri.

Ali Puteh mempersoalkan kenapa disebarkan nombor akaunnya sendiri seperti meminta sumbangan sedangkan Arwh ada tinggalkan duit yang cukup. Ia boleh mendatangkan fitnah seperti keluarga Arwh tidak memberi apa-apa kepada balu Arwh. Ali Puteh menerangkan ada perbezaan antara orang datang memberi sedekah dengan meminta sedekah.

Duit sumbangan itu, tiada siapa yang tahu dan tiada siapa pun yang bertanya amaunnya. Di dalam bilik Arwh tiada apa-apa, termasuk duit yang disimpan, jam-jam tangan berjenama yang mahal bernilai ribuan ringgit juga sudah tiada dan dibawa keluar oleh balu.

Ali Puteh menambah, di dalam Faraid, seringgit pun perlu diFaraid dan hanya ada 3 bahagian yang perlu dibahagikan, Ibunya 1/6, balunya 1/8 dan bakinya untuk anak Arwh.

10. Hari ke 10 Alif Syukri telah berjumpa dengan balu Arwh. Keluarga Arwh tidak mempersoalkan sumbangan Alif Syukri tetapi tersentak dengan cerita-cerita Arwh yang terkeluar seperti harta, insuran, kereta kena tarik, balu keluar sehelai sepinggang dan lain-lain.

Ianya menjadi fitnah kerana maklumat hanya didengari sebelah pihak sahaja dan ianya telah diwar-warkan kepada umum. Akibatnya keluarga Arwh termasuk Ibunya telah dihina dan dicaci.

11. Hutang Arwh yang pertama perlu dijelaskan ialah berkenaan pengebumian Arwh sebanyak RM1,500. Kemudian gaji manager, driver dan lain-lain belum dibayar lagi.

Ianya adalah hutang yang perlu diselesaikan dahulu sebelum dibahagikan mengikut Faraid. Bahagian balu itu memang ada cuma pembahagian Faraid itu belum selesai.

12. Ali Puteh kesal dengan kesan video Aliff Syukri yang memberi tanggapan negatif seperti “akhirnya terbongkar segala rahsia”. Ali Puteh berkata semasa kami hidup sangat susah, takde pun kau dan Arwh ini meninggal, menyelesaikan jenzah dia, engkau pun tak pernah datang”.

13. Ali Puteh menjelaskan inilah sebabnya kenapa dia memuat naik kenyataan yang kasar sebelum ini kerana tertekan dengan hinaan orang ramai.

14. Ali Puteh kesal kerana ada campur tangan ibu-bapa balu kerana mereka tidak tinggal sekali pun dengan balu, Arwh dan Ibunya.

15. Rumah itu dibuat sendiri oleh Arwh di atas tanah pembelian Arwh sebelum berkahwin lagi. Rumah itu tidak termasuk di dalam harta sepencarian bersama balu Arwh.

Rumah itu adalah harta Arwh yang perlu diFaraid. Ali Puteh memaklumkan yang dia dan adik beradik tidak akan tuntut walau secubit tanah pun.

Semoga Ali Puteh Tabah Untuk Menghadapi Dugaan Ini.  Sama-Sama Kita Doakan Semoga Isu Ini Dapat Diselesaikan Dengan Cara Yang Terbaik. 

Ali Puteh berharap kepada semua orang, janganlah dengar sebelah pihak sahaja dan beliau memohon maaf di atas kata-kata beliau. Beliau juga memaafkan segala kata-kata orang ramai dan berharap janganlah mengata ibunya kerana antara amanat Arwh sebelum ini ialah supaya Ali Puteh menjaga ibunya.

Itulah serba sedikit ringkasan hampir 30 minit penjelasan dari Ali Puteh mengenai isu yang telah terbangkit sejak kunjungan Aliff Syukri bertemu balu Arwh Abam.

Semoga kita semua tidak terlalu cepat menghukum. Biarlah mereka sekeluarga selesaikan apa yang patut. Siapalah kita orang luar untuk masuk campur urusan ini. Kita sering cepat menyalahkan, akibatnya selepas mengetahui keadaan sebenar pun, masih ada hati yang tidak boleh menerima. Itulah masalah hati kita sebenarnya.

Rugi jika kata-kata kita menjadi dosa sedangkan ini bukan urusan kita. Kongsikan penjelasan ini supaya lebih ramai orang menjaga mulut dan hati.

Jika ada yang mempertikaikan kenapa Ali keluarkan kata-kata kesat di media sosial sebelum ini, kena faham tekanan yang dia terima. Cuba bayangkan anda berada di tempatnya.

Dengan abang kesayangan yang baru sahaja meninggal, dengan ibu yang sedang sakit, dengan urusan Arwh yang belum selesai. Ditambah dengan mesej bertalu-talu di telefon, tuduhan kepada bukan hanya dirinya, termasuklah kepada keluarga dan ibunya sendiri.

Memang salah Ali memaki sebegitu. Saya tak nafikan. Dia pun dah minta maaf. Yang paling penting minta maaf kepada balu Arwh.

Empati itu satu perkataan yang kuat. Kita letak diri kita di tempat balu, letak diri kita di tempat Ali dan letak diri kita di tempat Ibu Arwh. In Shaa Allah kita takkan memaki sesiapa.

Semoga menjawab segala pandangan dan persoalan para netizen sekalian. Sama-sama doakan yang terbaik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Volkswagen & Tarik Jeans Bekerjasama Melancarkan koleksi MODERN NOSTALGIA

Sengketa dengan Bekas Pengurus Sudah Selesai, Karier Sarah Hildebrand Lebih Mudah Tanpa Pengurus