in , ,

Sedia Mental Untuk Jawapan Ujian Saringan, Andi Bernadee Syukur Negatif Covid-19

Pada 23 November pula, media sosial dipenuhi dengan foto dan video pendek beberapa selebriti yang turut membuat saringan ujian Covid-19 selepas mereka juga terlibat di dalam program tersebut.

Salah seorang daripada barisan selebriti itu ialah penyanyi Andi Bernadee yang turut berkongsikan pengalaman serta perasaannya selepas mendapat tahu tentang berita ini.

Hal ini kerana dia juga merupakan salah seorang peserta SFMM selepas lagu nyanyiannya bersama dengan Ismail Izzani berjudul Hello layak ke peringkat SFMM35.

ANDI BERNADEE

Aku sekarang ni tak ada la happy atau takut sangat. Aku terima je anything happen. Cuma aku ni orang yang ada plan, aku ada plan A, B, C sekiranya apa-apa berlaku diluar jangkaan.

– Andi Bernandee

Menurut penyanyi lagu Satu Peluang itu, dia sudah bersedia daripada segi mental untuk apa sahaja jawapan swap test yang dilakukan olehnya pada 2 November lalu.

Dalam masa yang sama, terlihat sedikit kerisauan dan kesedihan di wajah Andi namun dia tetap kuat dan kini Andi dikatakan telah bersiap sedia dengan segala keputusan ujian tersebut.

Namun kini, hasil semakan di laman Instagram miliknya, Andi memaklumkan dia disahkan negatif Covid-19 namun tetap akan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.

Kita doakan semua selebriti yang membuat ujian saringan Covid-19 turut bebas daripada virus ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hard Rock International Appoints Murray L. Aitken 
General Manager of Hard Rock Hotel Desaru Coast

Persembahan Emosi BTS ‘Life Goes On’ di The Late Late Show With James Corden