in ,

Persembahan Emosi BTS ‘Life Goes On’ di The Late Late Show With James Corden

Tetamu ‘The Late Late Show With James Corden‘, BTS kali ini membawakan lagu baharu, “Life Goes On” dengan penuh sentimental.

Siapa tak kenal boy band korea, BTS yang baru-baru ini telah melancarkan album khas mereka ‘BE (Deluxe Edition)’ dan membawa pulang dua anugerah di American Music Awards 2020 termasuklah ‘Favorite Social Artist’ dan ‘Best Group’.

Dalam persembahan sentimental mereka membawakan lagu yang berjudul “Life Goes On”, Kumpulan BTS dari Seoul ini sedang bersiap untuk pergi bercuti ketika mereka berjalan melalui pintu masa, menghitung hari-hari sehingga kedatangan hari yang dinanti, hari Krismas. SUGA dilihat bergabung dengan anggota kumpulan BTS untuk melengkapkan persembahan yang cukup viral. 

Kalau anda belum berpeluang menontonnya, klik video di bawah untuk merasai emosi yang mahu mereka sampaikan. Enjoy!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sedia Mental Untuk Jawapan Ujian Saringan, Andi Bernadee Syukur Negatif Covid-19

Berikut Senarai 40 Syarikat Produksi Terima Dana Kandungan Kreatif (DKD)