in ,

Sebalik Pembikinan Video Klip Mila Terbaru GILA

Mila menjadi penerbit bagi muzik video “Gila”, iaitu single terbaru Mila dari album beliau ‘Persis Mutiara’.
 
Muzik video ini ditaja sendiri oleh syarikat Mila iaitu MC Voices & Stars Sdn Bhd. Mila sendiri memberi input dan melalui process pembikinan video ini. Selain itu beliau juga gembira kerana berpeluang memberi idea pada jalan cerita bagi muzik video ini.

Kali ini Mila memang bercadang  untuk menunjukkan bakat lakonan di dalam muzik video ini setelah menyedari yang beliau meminati bidang lakonan setelah dapat peluang berlakon di dalam video clip sebelum nya iaitu Ilham Di Matamu.

“Peminat-peminat Mila dari Da VOM (The Voice of Mila) yang juga turut bekerjasama dalam video ini. Mereka yang terpilih adalah antara ahli peminat Mila yang selama ini menjadi tulang belakang kejayaaan Mila, menyokong Mila tanpa henti. Mila gembira kerana mereka dapat bersama-sama Mila untuk berlakon di dalam videoclip ini dan kesabaran mereka memang Mila sepanjang seharian penggambaran di lokasi amat Mila hargai”, kata beliau.

PEngarah muzik video ini ialah Kunyit, dan panggambaran dijalankan di Three Kingdom, Solaris, Mont Kiara.
 
Video ini juga menampilkan seorang selebriti radio Era. Nak tau siapakah beliau, saksikan tayangan eksklusif videoclip ‘Gila’ dalam Ria Sentral pada hari Khamis 14 Ogos 2008 minggu hadapan.

7 Comments

Leave a Reply
  1. that’s my favourite song……………….jgn sedap2 nak kutuk mila yer………sedap lagu gila.yg korg jeles2 nape…….

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Nikah

Lagu Segalanya Cinta Single Pertama Siti Saida