in ,

Lagu Segalanya Cinta Single Pertama Siti Saida

Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. telah menyiapkan single pertama Saida dan juga single pilihan dari album Coda yang bakal dipasarkan. Lagu-lagu ini telah mula dihantar ke stesen-stesen radio untuk diperdengarkan kepada umum.

Saida merakamkan single berjudul Sedalamnya Cinta, sebuah lagu pop balada yang dihasilkan oleh Sharon Paul manakala liriknya oleh PSNN. Lagu ini merupakan percubaan pertama Saida di studio yang mengakui tidak mudah merakamkan lagu buat pertama kali dalam studio. Jika sebelum ini beliau hanya menyanyikan lagu dipersembahan atau pentas, situasi di dalam studio ternyata berbeza.

Walaubagaimanapun, Saida berpuas hati dengan single pertamanya ini dan berharap agar peminat yang mengenalinya menerusi Akademi Fantasia 6 akan terus memberi sokongan kepadanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebalik Pembikinan Video Klip Mila Terbaru GILA

Malam Gala We Care 052008 di Zouk KL