in , ,

Squid Game Di Dunia Sebenar Dengan Hadiah Hampir RM2 Juta

Melakar sejarah sebagai siri paling ramai ditonton di Netflix, populariti Squid Game sememangnya menjadi habuan bagi platform penstriman itu.

Apa tidaknya, dengan tontonan menjangkau angka 100 juta dan disiarkan di 94 buah negara, Netflix dikatakan berjaya memungut lebih kurang $900 juta melalui langganan.

Terbaru, saluran YouTube popular MrBeast tampil menghasilkan Squid Game dunia sebenar dengan melibatkan seramai 456 orang peserta, jumlah sama seperti siri itu. Kesemuanya ditiru bulat-bulat, dari pakaian, permainan hinggalah kepada latar belakang yang mirip seperti drama Korea Selatan itu.

Namun begitu yang membezakan Squid Game dari MrBeast ini dengan siri Netflix itu adalah permainan akhir dimana ia digantikan dengan ‘rebut kerusi’ dan peserta yang tewas tidak terkorban. Peserta yang berjaya memenangi setiap permainan membawa pulang wang tunai berjumlah $450,000, hampir RM2 juta mengikut pertukaran matawang asing semasa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebuah Lagi Filem Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Sebak Ziarah Keluarga Arwah Zulfarhan, Ebit Lew Hadiahkan Tiket Pakej Umrah