in , ,

Impak Usahawan Dalam Polikrisis Yang Semakin Berpanjangan

Tanpa sedar, dunia kini berdepan ‘polikrisis’ yang memberi impak secara langsung dan tak langsung kepada orang ramai terutama bangsa usahawan selepas pasca pandemik ketika ini.

Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, polikrisis (polycrisis) yang bermaksud krisis-krisis yang berlaku dalam satu masa menyebabkan impak yang lebih besar kepada semua pihak.

Katanya, kami dapati ramai usahawan di luar sana sedang berdepan cabaran dari segi jualan ekoran perubahan berlaku dari segi strategi, bisnes model dan banyak lagi disebabkan tak ubah ‘game’ bisnes dengan cepat.

AZIZAN OSMAN

“Ini bukan perkara baru, sebaliknya sudah dan sedang berlaku yang berpanjangan seperti dibincangkan dalam World Economic Forum di Davos, Switzerland pada Januari lalu.

“Jadi saya bersama RichWorks terpanggil untuk menggerakkan inisiatif menyokong bangsa usahawan dengan persediaan dan bimbingan yang menjuruskan solusi saat ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

AZIZAN OSMAN

Tambah Pengerusi RichWorks itu, pihaknya menerima banyak maklumat tentang cabaran dihadapi pelbagai industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga ada yang tutup bisnes selain jualan bisnes yang merudum.

“Saya tetap percaya dalam setiap cabaran ini sebenarnya mempunyai peluang yang sangat besar bagi mereka yang tahu dan bersedia.

“Perkara lebih penting di dalam bisnes adalah kita tahu siapa ‘musuh’ atau ancaman yang memberi kesan kepada usahawan agar dapat adaptasi, ubah dan bertindak mengikut nasihat yang betul agar saksikan perkembangan luar biasa seperti dialami ramai anak didik saya,” ujarnya.

AZIZAN OSMAN

Sehubungan itu, Dr. Azizan menyeru bangsa usahawan yang berdepan cabaran di atas untuk bertemunya secara langsung di IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam pada 2 & 3 September nanti.

AZIZAN OSMAN

“Sesi ini ditaja sepenuhnya di mana saya sendiri akan jawab persoalan mereka secara terus agar dapat terus buat tindakan nanti. Terdapat 15 cabaran sebenarnya sedang berlaku dan saya akan kongsikan solusi kepada usahawan ketika ini.

“10XBBB ini hanya bagi usahawan, sebab mereka sendiri lebih tahu apa kesusahan yang dihadapi menjalankan bisnes ketika ini untuk saya berikan solusi buat mereka, insya-Allah,” ujarnya.

Untuk mohon menyertai sesi ini, layari laman web www.binabisnesberjaya.com.

Klik IG ini untuk info lanjut: https://www.instagram.com/p/CvrcgLhSHI2/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Search Rockin’ Temasek Pada 9 September 2023 di The Theatre At Mediacorp

MONOLOQUE

MonoloQue Ajak Anda Menikmati Single Mengapa Dikenang Mengapa Difikir