in , ,

Sean Lee & Hanna Aqeela Hidupkan Cerita Dalam Drama I LOVE YOU CIKGU

Tidak bersandarkan kepada plot percintaan yang menonjolkan momen-momen indah semata, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebaliknya mengajak penonton berkongsi aspirasi dalam watak utama drama bersiri adaptasi novel bertajuk “I Love You Cikgu” karya Imanisa Riana sedang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6.00 petang.

Mengisi slot Widuri di TV1, drama 13 episod arahan Fairuz Loy ini secara tidak langsung mengetengahkan pengajaran bila mahu membina ikatan perkahwinan, sikap tolak ansur, menerima kekurangan dan kelebihan pasangan, dan hormat hubungan yang telah terjalin sebelum kedatangan kita sewajarnya dijadikan keutamaan.

Hakikatnya usah mudah marah tetapi sebaliknya luangkan masa untuk mendengar dan menghakimi sesuatu itu dengan hati dan fikiran yang waras.

I Love You Cikgu Di Tv1

Cerita ini juga mengetengahkan pasangan yang berbeza usia dimana lelakinya lebih muda tapi sudah berkerjaya semasa berkahwin. Isteri tetap kena menghormati suami biarpun suami itu lebih muda usianya.

Menampilkan gandingan Sean Lee dan Hanna Aqeela sebagai watak utama, kisahnya tentang kehadiran Sara Raihana, seorang guru baru di sebuah sekolah menarik minat Chan Chee Hong alias Muhamad Nur Iman untuk mendekati dan menawan hatinya. Kejadian malang yang menimpa Sara Raihana menambah rasa simpati dan kasih Iman terhadapnya.

Pelakon I Love You Cikgu

Pelbagai usaha dilakukan untuk memikat Sara Raihana. Bagi Sara Raihana, Iman hanyalah pelajar dan adik angkatnya sahaja. Cintanya telah berkubur bersama-sama jasad orang tersayang.

Fitnah yang melanda hubungan mereka membuatkan Sara Raihana malu dan mulai menjauhkan diri daripada Iman.

Iman terpaksa menyimpan hasratnya untuk memiliki gadis idaman sehinggalah dia telah berjaya bekerja. Kehadiran Farid telah membuka satu dimensi baru dalam hidup Sara Raihana. 

Adakah Sara Raihana akan menerima pinangan Farid dan melukakan hati Iman? Adakah Iman berjaya memiliki gadis idaman hatinya? Berbaloikah sebuah penantian?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bumi | 16

Rentak Bumi 2.0 Ajak Penonton Menerokai Budaya & Warisan Tarian

Rossa

Rossa Pakai Baju RM235,000 Untuk Konsert di Malaysia Malam Ini