in , ,

Rentak Bumi 2.0 Ajak Penonton Menerokai Budaya & Warisan Tarian

Dua Space Dance Theatre, Sutra Foundation Dan Didance Mempersembahkan Rentak Bumi 2.0 Disember Ini – Sebuah Produksi Tarian Gabungan Hebat Pelbagai Irama Dan Budaya Malaysia. Menerokai kepelbagaian warisan tarian Malaysia yang kaya dan unik, Rentak Bumi 2.0 adalah hasil usahasama 3 kumpulan tarian terkemuka negara dan bakal berlangsung dari 16 – 18 Disember 2022 ini

Bakal menemui peminat seni terutamanya seni tari pada Disember ini sebuah produksi hebat dinamakan Rentak Bumi 2.0! Direalisasikan sebagai sebuah persembahan gabungan pelbagai budaya merangkumi tarian kontemporari, tradisional dan moden, ia dianjurkan oleh tiga kumpulan tarian terkemuka di Malaysia, Dua Space Dance Theatre, Sutra Foundation dan DiDance. Rentak Bumi 2.0 mengajak anda menerokai kekayaan budaya dan warisan tarian di Malaysia menerusi sebuah pementasan gah oleh penari-penari terulung tanahair. 

Dua Space Dance Theatre, Sutra Foundation & Didance Mempersembahkan Rentak Bumi 2.0

Tahun lepas, ketika dunia termasuk rakyat Malaysia bergelut dengan perintah kuncitara atau ‘lockdown’ gara-gara pandemik COVID-19, Sutra Foundation bersama DiDance dan Dua Space Dance Theatre, telah menampilkan 6 persembahan tarian secara virtual yang dinamakan Rentak Bumi. Persembahan di atas talian ini telah diilhamkan oleh Pengarah-pengarah Artistik kumpulan-kumpulan tarian tersebut yang terdiri daripada Datuk Ramli Ibrahim, Zaridah Abdul Mallik, Anthony Meh dan Aman Yap, sebagai salah satu program di bawah ArtsFAS, inisiatif anjuran Yayasan Hasanah. Walaupun ketika itu seluruh dunia masih dilanda pandemik, projek di atas talian yang mengetengahkan tiga syarikat tarian prominen di Malaysia ini telah berjaya menarik perhatian penonton tempatan dan antarabangsa menerusi persembahan tarian yang mempromosikan kekayaan dan keunikan pelbagai budaya di Malaysia.

Tahun ini, sekali lagi dengan sokongan dari ArtsFAS 2022, tiga syarikat tarian ini bakal bekerjasama semula dan bergabung tenaga untuk mempersembahkan koreografi dan persembahan tarian dari video-video yang telah terhasil ke dalam bentuk pementasan secara langsung yang menjanjikan kepuasan visual serta ‘artistry’ tahap tertinggi dan dinamakan Rentak Bumi 2.0.  

Penata cahaya yang telah memenangi pelbagai anugerah, Tan Eng Heng akan menggunakan kepakaran kreatifnya di dalam Rentak Bumi untuk memberikan pencahayaan yang sepadan dan bergerak seiringan bersama karya menarik yang akan muncul di pentas Rentak Bumi 2.0. 

Dua Space Dance Theatre, Sutra Foundation & Didance Mempersembahkan Rentak Bumi 2.0

Rentak Bumi 2.0 juga akan menganjurkan satu ceramah-demonstrasi khas bertajuk – Behind the Making of Rentak Bumi’ salah satu cara untuk mendekati pelajar seni persembahan dan mana-mana pihak lain yang berminat untuk mendalami perihal belakang tabir produksi ini. Sesi ceramah-demonstrasi khas ini akan dikendalikan oleh para pengarah artistik dari kumpulan-kumpulan tarian yang terlibat di dalam pementasan ini. Mereka akan menawarkan perspektif unik mereka serta bercerita mengenai usahasama kreatif yang telah berlaku sepanjang proses menjayakan persembahan Rentak Bumi yang kini bakal dipentaskan sebagai Rentak Bumi 2.0. Iadijadualkan berlangsung pada 6 petang, sejurus sebelum persembahan terakhir yang akan diadakan pada tarikh 18 Disember 2022.

Dua Space Dance Theatre, Sutra Foundation & Didance Mempersembahkan Rentak Bumi 2.0

Datuk Ramli Ibrahim, Pengasas dan Pengarah Artistik Sutra Foundation, berkata “Bagi pihak Sutra Foundation, Dua Space Dance Theatre dan DiDance,kami ingin menjemput anda semua untuk datang menyaksikan kemegahan dan kekayaan kesenian tarian Melayu, Cina dan India rangkuman persembahan tarian tradisional sehinggalah ke tarian moden dalam produksi Rentak Bumi 2.0. Kami juga mengalu-alukan kedatangan pelajar seni persembahan untuk hadir ke sesi perkongsian khas sebagai peluang untuk mereka mengenali pengarah-pengarah artistik yang merupakan minda kreatif di sebalik penghasilan persembahan tarian di dalam Rentak Bumi. Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Arts For All Seasons (ArtsFAS), inisiatif di bawah Yayasan Hasanah yang berpegang teguh kepada misi memelihara dan meraikan kesenian negara terutamanya yang diancam arus kemodenan. Badan ini memainkan peranan penting di dalam penganjuran acara ini, sekaligus membolehkan kami memberikan inspirasi buat artis generasi baru dalam bidang persembahan visual dan seni persembahan. Kami berharap peminat seni dan masyarakat Malaysia secara amnya tidak melepaskan peluang untuk menonton pementasan tarian Rentak Bumi 2.0 yang penuh ekstravaganza ini, sama-samalah kita raikan acara kemuncak ini sebagai penutup tirai tahun 2022.”

Dua Space Dance Theatre, Sutra Foundation & Didance Mempersembahkan Rentak Bumi 2.0

Rentak Bumi 2.0

16-18 Dec 2022 | 8.30pm

Panggung Bandaraya DBKL (Jalan Raja, KL)

RM 30 / RM 50 / RM 100

Tiket boleh didapati di www.cloudjoi.com

Behind the Making of Rentak Bumi

18 Dec 2022 | 6pm – 7.15pm

Panggung Bandaraya DBKL 

Untuk Sebarang Pertanyaan & Pendaftaran: +6018-2070310 / +6019-3331092

*Kuota adalah terhad dan penyertaan akan berdasarkan first-come-first-served basis.

More info at:

FB & IG | @duaspace @sutrafoundation

Website | https://www.duaspace.com.my/

https://www.sutrafoundation.org.my/

Hotlines | Dua Space Dance Theatre +6018-2070310

Sutra Foundation +6019-3331092

Dua Space Dance Theatre, Sutra Foundation & Didance Mempersembahkan Rentak Bumi 2.0

Rentak Bumi 2.0 Program

Tryambakam oleh Sutra Foundation

Tarian spiritual ini memberi penghormatan kepada Lord Siva, penyubur intipati rohani, dan pembebas jiwa yang melepaskan ikatan yang mengongkong. Tarian ini akan diikuti oleh 2 sabdassabda pertama menggambarkan tarian Lord Siva, tandav kosmik (bersemangat), yang akan bergerak mengikut rentak damaru (gendang), yang kedua pula akan menceritakan penghapusan Tiga Dunia yang dikawal oleh anasir jahat. Kedua-dua sabda yang penuh berkuasa ini akan membangkitkan semangat penari-penari sambil memperkenalkan watak Siva kepad penonton.

Crossroad oleh DiDance

Ada saat di dalam hidup kita apabila kita mendapati diri kita berada di satu Simpang (CrossRoad) takut, keliru, tanpa arah. Pilihan yang kita buat pada saat itu sebenarnya yang boleh menentukan kehidupan kita.” ~ Lucas Scott 

Ornaments of Grace oleh Dua Space Dance Theatre

Menyampaikan estetika unik tarian Cina yang merupakan salah satu budaya yang terdapat di Malaysia. Ibarat struktur bunga yang rumit, satu hiasan, yang mekar dengan indah dan anggun, diperkayakan oleh tanah, dimana ia berputik.

Palu Sa-Iring oleh DiDance

Seperti yang dikatakan oleh Mommy saya yang tersayang “Tarian membantu mengekalkan budaya masyarakat melalui perkongsian ilmu dengan mengajar tarian-tarian tradisional kepada generasi muda”. Saya mencipta “Palu Sa-Iring untuk memberikan penghargaan kepadanya, sambil meraikan prinsip dan kehidupan indahnya.” Tarian ini seakan sambutan yang dinikmati bersama rakan-rakan dengan memukul gendang kecil yang lebih dikenali sebagai Kompang. Gendang tangan tradisional ini dimainkan secara berkumpulan menggunakan gabungan gerakan untuk menghasilkan pelbagai rentak irama komposit berserta pergerakan tarian yang menarik.

Jinjoti Pallavi oleh Sutra Foundation

Pallavi melambangkan huraian dalam eksposisi kedua-dua tarian dan muzik. Pergerakan anggun dan indah melengkapi melodi dan irama rumit pallavi. Kedua-dua tarian dan muzik dibentuk di dalam corak yang kompleks untuk mewujudkan gabungan tarian dan muzik yang sepadan.

The Pulse of Rainforest oleh Dua Space Dance Theatre

Sebuah gabungan pelbagai tarian Malaysia. Penggunaan rotan dan kipas menghasilkan imej-imej yang melambangkan pelbagai etnik yang berbeza, seperti burung merak dan burung enggang, menerusi persembahan figura tarian yang dilakukan di bawah naungan kanopi hijau, yang telah bangkit dari tanah yang kaya dengan pelbagai sumber ini.

Dua Space Dance Theatre

Dua Space Dance Theatre ialah sebuah syarikat tarian kontemporari profesional sepenuh masa yang ditubuhkan pada tahun 1998 di bawah arahan Anthony Meh dan Aman Yap. ‘Dua Space’ membawa maksud perkongsian dan interaksi.

Tumpuan Dua Space adalah kepada penciptaan produksi tarian untuk dipamerkan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Sehingga kini, syarikat ini telah mencipta pelbagai produksi, seperti ‘TWO’, ‘Scream-A Response to Munch’, ‘The Legend of Hou Yi and Chang Er’, ‘Anak Malaysia’, ‘Black & White@VARIATION’, ‘ DEN’, ‘Inscriptions Purba’, ‘The Tree’, ‘MW-Men and Women Seeking for Love‘, ‘The Lotus Sutra’ dan banyak lagi, merangkumi tarian etnik sehingga ke tarian bentuk kontemporari.

Syarikat ini telah membuat persembahan di China, Korea, Jepun, Hong Kong, Singapura, Taiwan, Pakistan, Indonesia, London, Filipina, India, Sepanyol dan negara-negara Amerika Selatan termasuk Peru, Chile, Argentina dan Paraguay, membawa seni persembahan Malaysia ke pentas seni persembahan peringkat antarabangsa. Pada tahun 2018, Dua Space Theater bekerjasama dengan Syarikat Tarian Kontemporari Bandaraya Hong Kong (CCDC) di Istana Budaya dalam produksi bertajuk “AMIDST THE WIND“.

DiDance

DiDance telah ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Zaridah Abdul Mallik sebagai pusat yang didedikasikan untuk memelihara pelbagai bentuk seni tradisional Melayu terutamanya dalam tarian dan muzik. Salah satu objektif DiDance adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kedua-dua tarian dan muzik tradisional dan klasik melalui kewujudan pusat seni persembahan yang dinamik dengan memberikan latihan dari segi teknik tradisional, klasik dan kontemporari. Penari DiDance dilatih untuk menghormati dan mengekalkan semangat tarian dan muzik Melayu tradisional. Kumpulan persembahan mereka sering menerima pujian pada tahap kebangsaan dan antarabangsa bagi persembahan tarian mereka yang cemerlang dan inovatif.

Sutra Foundation

Sebuah organisasi seni yang kuat mempertahankan warisan tradisional dan kontemporari, Sutra Foundation diketuai oleh salah seorang anak Malaysia yang dikenali ramai kerana sumbangannya di dalam industri tarian negara, YBhg. Datuk Ramli Ibrahim. Sutra Foundation terus giat menjalankan visi dan meneruskan sumbangan beliau kepada persada seni Malaysia. Yayasan ini berusaha untuk mengembangkan keluasan dan kedalaman seni persembahan dan visual Malaysia dengan menggalakkan perkembangan semangat kreatif di antara masyarakat Malaysia yang berbilang budaya. Pelbagai budaya bergabung di sini untuk menjalin ikatan ‘sutra’ yang unik bagi memupuk tafsiran seni Malaysia yang universal namun mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TAPAU FEST

Santai Healing! Serumpun Berpesta di Tapaufest 2022, Tasik Raban Menjadi Saksi

Sean Lee & Hanna Aqeela Hidupkan Cerita Dalam Drama I LOVE YOU CIKGU