in , ,

Rossa Pakai Baju RM235,000 Untuk Konsert di Malaysia Malam Ini

Bakal menjadi destinasi ketujuh Konsert Rossa 25 Shining Years, penyanyi Datuk Seri Rossa bakal menggayakan busana mewah khas buat peminat di Malaysia.

Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa, 43, sanggup membelanjakan RM235,000 untuk membeli busana pereka fesyen ternama antarabangsa, Iris Van Herpen untuk digayakan pada Konsert Rossa 25 Shining Years yang akan berlangsung pada malam ini. 

ROSSA

Konsert yang sudah berlangsung sejak Mei lalu itu, turut menjelajah beberapa kota besar di Indonesia seperti Jakarta, Bandung, Medan, Surabaya, Lampong dan Palembang termasuk Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, pada 2 November. 

“Saya telah jadi salah satu penyanyi Asia Tenggara pertama yang memakai baju Iris van Herpen” 

– ROSSA

Menurut Rossa ternyata tidak mudah untuk meyakinkan Iris van Herpen untuk merekaciptakan gaun untuknya. Pada pendekatannya penampilan Rossa akhirnya meyakinkan Iris untuk membuatkan Rossa gaun ini. Ketika gaun pesanannya akhirnya tiba dengan selamat di Indonesia sebelum tarikh konsert Rossa sangat senang dan excited. 

Rossa berkata dia sanggup membeli sendiri busana rekaan Iris itu kerana sangat cantik dan sentuhan pereka fesyen berkenaan amat terkenal pada kalangan selebriti dunia seperti Lady Gaga, Jennifer Lopez, Cardi B, Katy Perry dan ramai lagi.

ROSSA

“Syukur Alhamdulillah, saya amat gembira dapat menggayakan baju itu yang dibawa terus dari Milan, Itali oleh pengurus saya, Intan untuk Konsert Rossa 25 Shining Years. Malah, saya akan menggayakannya pada konsert di Kuala Lumpur juga.

“Walaupun harganya mahal ASD50,000 (RM235,000), saya sanggup beli sendiri kerana memang suka dengan sentuhan Iris yang elegan. Itu pun, saya lebih dulu mengirim profil diri kepadanya sebelum dia bersetuju untuk buatkan baju.

“Kini, saya akan manfaatkan baju yang dibeli dari jauh-jauh itu dalam persembahan konsert saya. Bahkan, saya tidak kisah jika sering mengulang pakai baju itu dalam persembahan kerana bertepatan harganya yang mahal. Saya tak ingin ia jadi simpanan saja,” katanya.

ROSSA

Terdahulu, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani ditemui pada sidang media Konsert Rossa 25 Shining Years dengan usaha sama Yayasan Prihatin Nasional, baru-baru ini.

Pada konsert di Dewan Plenary KLCC itu, Rossa juga mengundang penyanyi tanah air, Hael Husaini dan membawa penyanyi Indonesia, Judika sebagai bintang udangannya yang akan turut membuat persembahan bersama.

ROSSA

Rossa berkata dia memilih Hael kerana kagum dengan bakat nyanyian dan penciptaan lagu penyanyi lagu Jampi itu.

Katanya, dia juga teruja untuk menyanyi duet dengan Hael, termasuk sedia mendapat lagu baharu daripada Hael.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sean Lee & Hanna Aqeela Hidupkan Cerita Dalam Drama I LOVE YOU CIKGU

Isteri Zamani Dakwa Penganjur Konsert Bawa Lari Lesapkan Duit Tiket