in

Scha, Marsha, Dawn Jeremiah & Wany Osmar dalam KITA Carefree

Pada 30 Mac 2010, Budiey sempat bertemu dengan pelakon drama K.I.T.A Carefree di Fullhouse Lifestyle Store & Cafe pada jam 12 tengahari.

4477142283 Af55A8B864 O | 3

Michael Ang – pengarah drama K.I.T.A Carefree.

Antara pelakon yang hadir di majlis ramah mesra bersama media ini ialah Scha Alyahya, Marsha, Dawn Jeremiah, Wany Osmar, Shanaz dan Aril.

Drama 13 episod arahan Michael Ang dan Amo Rizan ini akan menemui penonton pada setiap hari Isnin, jam 10 malam bermula 5 April 2010 menerusi saluran 104, Astro Ria.

K.I.T.A Carefree… begitulah judul drama ini. Diambil dari watak 4 orang sahabat iaitu Kiera, Ilma, Tania dan Alisa. Carefree pula sebagaimana yang pembaca semua sedia maklum adalah jenama produk panty liner No.1 di Malaysia. Pemilihan Scha sebagai duta produk Carefree ini sudah tentu bersesuaian dengan konsep drama ini.

Ikuti temubual Budiey bersama Marsha:

Lagi pula, peranan Carefree ada kait rapat dengan jalan cerita drama ini sebab ada beg Carefree bercorak daisy tote yang merupakan ‘beg bertuah’ kepada empat watak gadis ini untuk menghadapi cabaran dan dugaan sewaktu membesar. Terdapat beberapa babak dan situasi yang mana beg Carefree akan muncul pada saat dan ketika yang tidak tepat pada waktunya.

Contohnya apabila watak Ilma membawa beg tersebut ke sewaktu menghadiri sebuah temu janji makan malam yang formal, ia secara tak langsung telah membawa elemen spontan dan gelagat lucu kepada watak tersebut dalam menguatkan jalan cerita drama ini.

Drama yang bakal mengisi slot Megadrama di Astro Ria ini dilihat mampu mengulang kejayaan drama-drama sebelum ini seperti Awan Dania, Kau & Aku dan Kamelia Katrina.

4480418573 316D6409C3 O | 4

4481066594 Dfa254E453 O | 5

4480416739 3D7B5914E7 O | 6

4481070238 D8637F3853 O | 7

4480421795 34Bbcda0Af O | 8

4481074224 9D36Bc0C0F O | 9

4481075188 61C01Bc2Cd O | 10

Sinopsis Drama KITA Carefree

Mengisahkan persahabatan 4 wanita jelita iaitu Kiera (lakonan Scha Alyahya), Ilma (lakonan Marsha Londoh), Tania Tan (lakonan Dawn Jeremiah) dan Alisa (lakonan Wany Osmar) yang terjalin sejak di bangku sekolah lagi. Sewaktu mereka baru meniti usia 16 tahun, mereka telah membuat perjanjian yang mana mereka berikrar akan sentiasa menyokong dan membantu satu sama lain dalam apa jua keadaan.

Hari demi hari berlalu, kini mereka pun dewasa dan masing-masing mempunyai kerjaya yang hebat dalam bidang yang mereka ceburi.

4477147279 5C65231Cc6 O | 11

Kiera, si jelita yang sewaktu muda merupakan seorang yang berpewatakan lasak dan kasar kini sudah pun bergelar seorang doktor dan mempunyai seorang teman lelaki yang menyayanginya dengan sepenuh hati.

4477146421 Dafb32B096 O | 12

Ilma pula bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang berada tetapi malangnya si jelita ini kesunyian kerana kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapanya yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja sejak kecil. Kini Ilma sudah pun berjaya sebagai seorang pelakon terkenal yang kaya dan mempunyai banyak harta.

4477145969 2Ae6C44Dc5 O | 13

Si jelita bernama Tania Tan pula merupakan seorang yang berpewatakan lurus dan baik hati. Dia bakal berkahwin dengan teman lelakinya yang bernama William.

4477144615 0C5Aea590E O | 14

Wany Osmar sebagai Alisa

Alisa ialah si jelita yang membesar dalam keluarga yang berantakan setelah kedua ibu bapanya bercerai sewaktu dia masih remaja. Sungguh pun begitu, Alisa dengan baik dan kini sudah pun berjaya sebagai seorang pengarang di sebuah majalah fesyen yang terkenal.

Kisah bermula apabila Tania yang bakal bergelar pengantin baru telah menghubungi sahabatnya iaitu Kira, Ilma dan Alisa dan mengkhabarkan berita baik tersebut. Masih berpegang dengan janji mereka untuk sentiasa menyokong dan membantu antara satu sama lain, membuatkan mereka semua bersetuju untuk pulang ke kampung halaman dan berkumpul demi menjayakan perkahwinan Tania walaupun masing-masing berpendapat yang berbeza tentang perkahwinan.

4477145447 3Ecb55B0Eb O | 15

4477145053 D7146B686A O | 16

Drama ini akan menyorot kembali tentang pelbagai kisah suka duka yang telah mereka lalui sejak tahun 1994 hingga sekarang, yang mana ketika itu mereka baru berusia 16 tahun dan masin di bangku sekolah. Kepulangan mereka pada kali ini membuatkan masing-masing terkenang akan peristiwa dan pengalaman hidup yang ternyata telah mendewasakan setiap mereka.

Kepada pembaca Sensasi Selebriti, jangan lupa untuk menonton drama KITA Carefree pada setiap hari Isnin jam 10 malam bermula 5 April ini di Astro Ria.

sdfsd

4477144067 11F622Cf28 O | 17

Aril

4477142697 A08D53Fc97 O | 18

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rebut Peluang Bertemu Finalis Akademi Fantasia 8

Din Beramboi Meninggal Dunia