in

Rebut Peluang Bertemu Finalis Akademi Fantasia 8

Promo ini dibawakan oleh Portal Murai

Selepas menonton konsert Tirai Akademi Fantasia 8 (AF8), penonton sudah pasti mempunyai pilihan tersendiri siapakah pelajar AF8 yang berpeluang cerah untuk bergelar juara AF8. Namun, ramalan tersebut adakalanya bertemu kekusutan sekiranya pelajar yang diminati itu tidak konsisten dalam persembahan setiap minggu.

Bagaimanapun, murai.com.my sebagai portal hiburan rasmi AF8 memberikan anda peluang ekslusif untuk menjadi orang yang pertama berjumpa juara AF8. Caranya cukup mudah saja. Bagi mereka yang berminat dan mahu merebut peluang ini, anda perlulah menyertai pertandingan Mencari Bintang AKM yang diwarnakan oleh Maybelline New York.

Selain bertemu, pemenang pertandingan online ini bakal menerima pelbagai hadiah menarik sumbangan Maybelline bernilai RM200 serta barangan eksklusif murai.com.my yang ditandatangani bintang AF8.

Pertandingan ini sudah pun bermula pada 13 Mac lalu dan tarikh tutup penyertaan pada 13 April 2010. Anda tidak perlu hebat seperti bintang AF8 tetapi anda hanya perlu pengguna Maybelline New York dan menghantar foto serta slogan seperti yang ditetapkan.

Apa tunggu lagi. Sertailah Mencari Bintang AKM sekarang. Siapa tahu andalah orang yang kami cari!

Berikut adalah info tentang Mencari Bintang AKM

Peringkat Pertama

Mula pendaftaran: 13 Mac 2010
Tarikh tutup pendaftaran: 13 April 2010

1) Setiap peserta perlu menghantar foto sebelum dan selepas bersolek menggunakan produk Maybelline New York saja.
Foto tersebut perlulah dalam format JPEG dan saiznya tidak melebihi 2MB serta berukuran paling minimum 320 pixel x 240 pixel.

2) Peserta perlu melengkapkan borang dengan menghantar nama, emel, nombor telefon dan no kad pengenalan serta slogan yang diberikan.

3) Setiap foto perlu dihantar mengikut contoh yang diberikan.

4) 20 peserta terbaik akan dipilih pihak murai.com.my dan Maybelline New York berdasarkan slogan menarik serta dandanan paling dan gaya terbaik.

5) 20 peserta akan dikehendaki ke pejabat murai.com.my untuk peringkat kedua.

Peringkat kedua

Undian bermula: 15 April 2010
Tarikh tutup undian: 15 Mei 2010

1) 20 peserta yang dipilih perlu menyanyikan lagu tema Apa Kata M? Iaitu Apa kata nyanyian asal Ajieb. Lagu ini merupakan lagu ciptaan Omar K dan lirik oleh Zel Hadauan.

2) Setiap gaya dan nyanyian tersebut akan dirakam dalam bentuk video. Video tersebut akan disiarkan dan penonton perlulah mengundi video berkenaan untuk memilih pemenang.

3) 5 peserta yang mendapat undian tertinggi dan tidak melanggar peraturan yang ditetapkan layak memenangi pertandingan Mencari Bintang AKM.

4) 5 pemenang ini berpeluang berjumpa pemenang AF8 yang bakal diumumkan kelak masa, tarikh dan lokasinya.
Setiap pemenang berpeluang untuk muncul dalam program Apa Kata M bersama finalis AF8.

5) Selain 5 pemenang, 3 pengundi terbaik dan terbanyak juga boleh memenangi hadiah dan menyertai 5 pemenang Mencari Bintang AKM. 3 pengundi ini turut memenangi hadiah sumbangan Maybelline.

Syarat Am Pertandingan

1) Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia, lelaki dan perempuan berumur 18 hingga 35 tahun saja.
Setiap peserta perlu menunjukkan bukti pembelian produk Maybelline New York dengan bergambar bersama produk berkenaan selepas bersolek menggunakan produk berkenaan. (Sila lihat contoh penyertaan)

2) Setiap penyertaan akan dibatalkan sekiranya maklumat yang diterima adalah palsu.

3) 20 peserta peringkat kedua perlu mengikut syarat yang ditetapkan.

4) 20 peserta yang terpilih WAJIB untuk mengikuti rakaman video nyanyian lagu Apa Kata. Segala kos pengangkutan serta pengginapan ke lokasi adalah tanggungan sendiri.

5) Pihak pengajur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

6) Penyertaan akan dibatalkan secara automatik sekiranya penganjur mendapat tahu penyertaan foto yang diberikan adalah palsu.

7) Setiap pemenang perlu mengambil sendiri hadiah yang dimenangi di pejabat murai.com.my pada masa yang diumumkan nanti.

8) Keputusan pertandingan adalah muktamad dan pihak pengajur berhak membatalkan kemenangan di saat akhir sekiranya pemenang melanggar syarat yang ditetapkan.

Layari: http://www.murai.com.my/ekstra/akm/contest

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ana Raffali & Marhaens Jelajah Port Dickson

Scha, Marsha, Dawn Jeremiah & Wany Osmar dalam KITA Carefree