in

Din Beramboi Meninggal Dunia

Budiey Blog

Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.

Salam takziah daripada Budiey untuk seluruh keluarga allahyarham Din Beramboi. Semoga ruhnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Pertama kali tercalon Penyampai Radio Terbaik ABPBH 2009 yang akan berlangsung pada 4 April ini, ternyata allahyarham tak sempat untuk mengetahui siapakah pemenangnya. Beliau telah pergi bersama lawak jenaka yang menghiburkan dan seribu satu kenangan untuk kita semua.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan (FRIM). Solat jenazah arwah Abg Din dipercepatkan daripada pukul 11 pagi kepada 10 pagi bertempat Masjid al Faizin Taman Ehsan.

Adik perempuannya, Rozana Mior Badri, 39, berkata hampir semua ahli keluarga terdekat berada disisinya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.

“Hampir semua ahli keluarga berada disampingnya, kecuali bapa kami yang tak sempat berada di sisi Allahyarham kerana perlu berehat atas sebab sakit jantung. Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum,” katanya di Hospital Selayang di sini hari ini.

Rozana Mior Badri, berkata mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman terutama buah pinggang dan hatinya berfungsi.

“Atas permintaan keluarga, doktor masih mengekalkan mesin sokongan hayat sehinggalah ia dihentikan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan.

Ketika dimasukkan ICU Allahyarham menggunakan sepenuhnya alat bantuan pernafasan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18.

Rozana berkata jenazah akan dibawa ke rumah ibu mertua pelawak itu di Taman Ehsan, Kepong, untuk dimandikan sebelum disembahyangkan di Masjid Taman Ehsan dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan.

“Beliau adalah insan pertama yang ”pergi” dahulu dalam keluarga kami dan kami sedih atas pemergian beliau.

“Dia suka melawak dan ramai orang yang menyenangi dan menyayanginya,” kata Rozana.

Allahyarham berasal dari Sungai Besi dis ini, dan mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain terkenal dengan lawak spontan, Din Beramboi terkenal juga kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era.

Akhbar sebelum ini melaporkan, pelawak dan pelakon terkenal itu menerima rawatan di HS akibat demam denggi berdarah, bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak.

(dikemaskini jam 7:30am)
Dari Facebook ERA FM & ERA TV

“Salam, Jadual hari ini. 9pg – bergerak ke Masjid al-Faizin Tmn Ehsan, 11pg – solat jenazah, 11.30pg – kebumi jenazah di Tanah Perkuburan Islam Tmn Ehsan. Anda semua dijemput hadir. Al-Fatihah, Allahyarham Din Beramboi”

TERDAHULU
Pada jam 12.30 malam tadi, Din Beramboi, 44, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Allahyarham meninggalkan isteri, Suhaini Che Man dan tiga orang anak. Salam takziah buat keluarga Din.

Din Beramboi Masih Bertarung Nyawa
(dikemaskini 1 April, 6:17pm)
Bertentangan dengan cakap-cakap yang tersebar kononnya Din Beramboi telah meninggal, jurucakap AMP Radio Networks menegaskan kepada GUA yang Din Beramboi masih bertarung nyawa. Diharapkan semua terus berdoa untuknya.

TERDAHULU
Din Beramboi Kritikal
Keadaan Din Beramboi tenat dan kritikal, lapor Harian Metro hari ini – ‘Din Beramboi Kritikal’.

Memetik pengarah Hospital Selayang, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh, Din yang telah dimasukkan ke ICU Isnin lalu sebenarnya menghidap Denggi Shock Syndrome. Dan bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang dihebohkan sebelum ini.

Selain pendarahan dalaman, Dr Siti turut memaklumkan beberapa organ utama Din juga gagal berfungsi.

Kini, anak allahyarham yang bernama Ain pula telah ditahan di hospital kerana disyaki denggi. Doakan segalanya selamat.

Jenazah pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, selamat dikebumikan pukul 10.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan di sini hari ini.

Lebih 100 orang sanak-saudara dan sahabat-handai termasuk peminat Allahyarham hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah.

Antara rakan artis yang hadir termasuk Aznil Nawawi, Azwan Ali, Faizal Ismail, Diana Danielle, Zul Yahya dan Fara Fauzana. Dan ini gambar dari FB Fafau:

Rest in Peace, Mior Ahmad Fuad Mior Badri. Al-Fatihah…

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Salam Takziah buat kluarga…..amat sedih dan terasa sekali kehilangan beliau….tapi Tuhan lebih menyayangi nya.Hanya kenangan yg ditinggalkan sbg pengubat rindu.Sungguh suram dan sepi krn tak dpt tgk lawak beliau lagi….ALFATIHAH…..

  2. al-fatihah…dan takziah kpd keluarga allahyarham..kenapa org2 yg baik cepat pergi ..? sedih krn pemergian spt beliau dan artis yanie pergi secara tiba2……

  3. salam takziah untuk keluarga allahyarham…al- fatihah,dari Dia kita datang kepada Dia kita akan kembali,sedih dgn berita nie….semoga Allah cucuri rahmat keatas roh nya …aminnnn

  4. insan yg memberi gelak tawa pada kite setiap pagi!
    kini pagi2 yg akan dtg tidak sama lagi
    tiada penganti… Din hanye 1
    Alfatihah..Amin

  5. al-fatihah buat allahyarham abg din.
    takziah buat keluarga beliau semoga tabah dan sabar menempuh ujian Allah yang maha besar ini.

  6. AL-FATIHAH….salam takziah buat keluarga abg din beramboi…
    sesungguhnya arwah terlalu istimewa..kehilangan arwah amat meninggalkan kesan untuk kita semua…semoga rohnya d cucuri rahmat….amin…….

  7. salam takziah dari saya sekeluarga, semoga rohnya dicucuri rahmat.. Amin…. buat keluarga arwah Din beramboi banyak2 la bersabar atas apa yang telah berlaku . kita yang masih hidup didunia ini mestilah meneruskan hidup……

  8. Takziah kepada keluarga Allahyarham din beramboi, Beliau adalah seorang pelawak yang amat berkaliber dan bersahaja berlawak…Saya menabik hormat dan kagum dengan beliau, moga rohnya berada bersama mereka yang beriman amin…

  9. Memang banyak sudah kelihatan… yg baik selalunyer pergi dulu… 🙁

    Kekerapan arwah muncul dlm televisyen rupa nyer dia akan pergi tak kembali lagi… Arwah mememang manusia yg menghiburkan. Yg dpt saya ingat dia menghiburkan hati ialah.. bila membaca majalah Ujang.. (kartun yg ada selipar di tangan) game show lewat mlm arwah bersama syahira dan a few others, filem Sumo, jadi artis undangan dlm Jgn Tdo lagi, dan yg akhir, semalam hari khamis Apa Apa Aje..
    Akan terasa jugak akan kehilangannyer.. 🙁

    Salam takziah buat keluarga arwah.. semoga arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang2 yg soleh.. amin!
    Untuk Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri akan Din Beramboi..
    Al Fateha… 🙁

  10. x sangka kan din beramboi pergi secepat ini.kalau korang sume nk thu rj lawak msim akhir wk2 elex wat prsmbhn din ade ckp yg ‘kalau ak sa x de lgi ko gnti tmpt ak kat era”.sedih gle!:(.wlau papepon nk ucpkan takziah wat fmly abg din.

  11. AlFatihah………….Salam Takziah untuk keluarga Mior Ahmad Fuad……Moga rohnya didalam kalangan orang-orang yang solleh….Amin….

  12. tiada lagi usikan dan lawak dari insan yg bernme din beramboi..tiada lg ctr wuhai beramboi,,tiada lg riuh pagi di era..din akn trus diingati smpi ble2..salam takziah..

  13. salam dan takziah di atas pemergian arwah din beramboi. kehilangan iarwah semestinya telah menjadikan industri seni lawak di tanah air kita kehilangan sebutir bintang yang sangat berbakat..al fatihah disedekahkan kepada arwah di alam sana

  14. salam takhziah buat keluarga uncle din,jgn lupa sedekah kan doa untuk beliau.semoga arwah di tempat kan di sisi org2 yg terpilih.hermm sunyi rasa nya tak dapat dengar lawak jenaka dari uncle din.AL-FATIHAH…

  15. Takziah…yg pergi takkan kembali lagi.
    Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara yg lain pula….
    Al-Fatihah…semoga rohmu dicucuri rahmat.

  16. “Din Beramboi” suatu ketika dulu nama ini mnjdi perbalahan dgn seseorg. Kini nama itu akan dikenang oleh kita semua, Al-Fatihah buat Abg Din..x sanggup mendengar Pak Nail mula berbicara seorg diri di pagi Isnin nanti…

  17. Allahyarham Din,
    Kehilanganmu dirasai. Pagiku yang dulunya sentiasa diceriakan dengan lawak kelakarmu, kini tiada lagi. Masih ku ingat, betapa di saat2 aku sedang melalui ujian yang maha berat beberapa bulan yg lalu, hanya lawakmu sajalah yg memberi kekuatan padaku utk menempuh hari2ku yg sukar. My mornings will never be the same again. Rest in Peace. Al fatihah….

  18. takziah buat kluarga arwah mior ahmad fuad……pagi aku dah x seceria dulu…..mmg x akan ada pengganti buat insan yg bergelar din beramboi…rindunya aku pd lawak jenakanya( riuh pagi era, sawancara,etc)…..mcm x boleh terima lepas ni tiada lagi suara abg din atau wajahnya di tv( sbb dah tahu itu hanya rakaman /kenangan)…..sejak 20 tahun yg lalu aku mula minat arwah dr majalah ujang( ruangan pakcik din beramboi menjawab surat pembaca ujang) wlupun aku x kenal siapa beliau ketika itu…aku betul2 rindu….
    alfatihah….

  19. Salam sejahtera kepada semua …terutama sekali buat keluarga Allahyarham Din Beramboi yang berkesempatan mmbaca komen ini.

    Amat terkejut bila mendengar khabar sedih kehilangan arwah. setiap hari saya mendengar radio era terutamanya segmen riuh pagi di era bersama aznil dan juga din beramboi. berjuta doa dah dipanjatkan ketika arwah masih dalam keadaan koma, namun mungkin Allah lebih menyayanginya. kita pasrah dengan pemergiannya wlu jauh dilubuk hati amat berat melepaskan.

    secara peribadi, saya tidak mengambil kisah prihal lawak dan jenaka arwah sebelum beliau menyertai era. namun, sejak mendengar celoteh dan juga lawak spontan arwah di era setiap pagi menyebabkan saya begitu minat dengan arwah. setiap pagi lawak dan jenakanya menemani perjalanan saya ke pejabat. walaupun terpaksa melalui kesesakan jalan yang teruk sekali saya tetap melaluinya dengan tenang memandangkan adanya jenaka yang mampu membuatkan saya ketawa sendirian..ada saja lawaknya yang menyuit hati saya dan juga mungkin semua pendengar era. segmen drama sebabak, sawancara dan juga berita cara kami berjaya menonjolkan keperibadian arwah yang sememangnya mampu membuat orang ketawa dan gembira. arwah begitu natural berbanding dengan pelawak2 lain yg saya anggap lawak bodoh…berbanding dengan lawak arwah yang merapu tetapi berisi dan adakalanya klu kita dalaminya ada isi yang tersurat.

    pagi tadi saya betul-betul rasa kehilangan….sehingga mengalir airmata mendengar lawak2 arwah yang dimainkan semula diradio era pagi tadi. paling tidak dapat saya lupakan, lakonan beliau dalam drama sebabak sebagai pramugari. sehingga kini masih terngiang2 suara arwah ditelinga saya….alngkah baiknya kalau masa diputarkan semula…sudah tentu ramai yang masih menginginkan arwah terus hidup menghiburkan semua orang. namun, takdir tak kan dapat dihalang dari terus berlaku. itulah hakikatnya kehidupan..sekelipmata saja…mati menjemput kita.

    Buat keluarga Din beramboi…saya memahami rasa kehilangan beliau dihati kalian semua…kerna itulah juga yg saya rasai ketika ini..namun saya masih berasa gembira kerna ramai orang yang memberi komen yang baik terhadap arwah….ramai yang menyayngi arwah…dan mengasihi arwah…..moga2 doa yang dipanjatkan bisa menempatkan arwah dikalangan org2 yang beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

    buat pak nil yang merupakan antara org yg paling merasa kehilangannya..bnyk2kan bersabar …semua org merasai kehilangannya….nyatanya saya sebagai peminat radio era sejak diawal penubuhannya sehinggalah kini…masih mengharapkan agar riuh pagi diera di teruskan wlupun dengan ketiadaan arwah…riuh pagi diera tidak boleh berkubur begitu saja….kerna disitulah…berputiknya..kasih dan sayang peminat kepada arwah…dan disitu jugalah….hari2 terakhir arwah menghiburkan semua orang….mendengar celotehnya…membuatkan kita lupa seketika pada masalah.

    setakat itu saja…

    Al-fatihah ….

  20. biar terlambat asalkan puas aty…..
    sye nak ucapkan salam takziah kpd keluarga arwah…
    sye tau ape prassan kluarga apabila mdapat tau bhwe arwah tlh tingalkan kte…
    for fmly arwah sye ucapkan takziah…
    bnykan beristif and bnykan bsabar..
    yang pergi ttp pgi….

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Scha, Marsha, Dawn Jeremiah & Wany Osmar dalam KITA Carefree

Maxis Partners Lotus Racing