in ,

Sazzy Falak & Razif Hashim Pengacara Program Bual Bicara OMG

OMG – PROGRAM BUAL BICARA TERBARU DI DIVA UNIVERSAL
Program bual bicara tempatan khas untuk wanita bakal dikemudi oleh Sazzy Falak & Razif Hashim

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan program berkonsepkan bual bicara terbaru keluaran industri tanah air, OMG – siri jenama terbaru kini ditetapkan untuk memberi inspirasi, memperkasa serta memberi informasi mengenai wanita dan tips, pandangan serta gosip terkini. OMG merupakan program yang dibawakan khas untuk wanita moden yang bercita-cita tinggi, bertenaga, sukakan cabaran serta bebas. Program OMG yang disajikan khas untuk penonton Malaysia akan bersiaran tayangan perdana di DIVA Universal (saluran 702) pada 5 November 2012, setiap hari Isnin jam 7.30 malam.

Sazzy Falak & Razif Hashim Pengacara Program Bual Bicara OMG

Ketua Kandungan Jenama, Jualan Media Astro, Encik Haris Ismail berkata “Kami amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada pelancaran OMG kerana ia merupakan program pertama terbitan Malaysia untuk ditayangkan di saluran tersebut. Kami turut berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan saluran antarabangsa seperti DIVA Universal untuk menerbitkan lebih kandungan tempatan untuk tontonan para pelanggan Astro secara keseluruhannya.

Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada penaja utama kami, F&N Magnolia Sherbet untuk turut sama menceriakan program ini dengan segmen istimewa di mana wanita muda akan dipiliih untuk mengendalikan aktiviti – aktiviti yang lasak serta luar biasa. OMG sememangnya merupakan satu program yang pasti mengubat jiwa wanita muda yang bekerjaya hari ini”, tambahnya lagi.

OMG bakal menampilkan gandingan hebat dua selebriti tempatan yang tidak asing lagi dalam industri hiburan, Sazzy Falak dan Razif Hashim, juga dikenali sebagai Raz selaku hos program. Program ini mengupas topik yang menarik serta terkini melibatkan kerjaya, keluarga, persahabatan, perhubungan dan banyak lagi. Program 13 episod ini turut memperkenal tiga segmen utama iaitu OMG Celebrity, OMG Miss Chilled dan Oh My Gaji.

Segmen OMG Celebrity akan menampilkan sesi temubual istimewa bersama hos program dan juga selebriti tempatan sebagai jemputan termasuklah Lisa Surihani, Jacklyn Victor, Hannah Tan, Mizz Nina, Noh Hujan serta Deborah Henry. Setiap episod penonton akan disajikan dengan segmen mini berjudul “Oh My Gambar Lama” di mana selebriti jemputan akan berkongsi gambar-gambar lama mereka sebagai tatapan buat penonton OMG.

Ditaja oleh F&N Magnolia Sherbet, segmen OMG Miss Chilled pula menyingkap pengembaraan 13 orang gadis terpilih menerusi pencarian Miss Chilled yang dianjurkan oleh F&N Magnolia Sherbet. Setiap minggu penonton akan disajikan dengan pelbagai drama oleh para peserta. Kita akan melihat keberanian dan kawalan emosi para peserta ini dalam melakukan pelbagai aktiviti yang cukup mencabar seperti memandu go-kart, meniti jambatan tali dan juga menghadiri janji temu. Gadis Miss Chilled pada setiap minggu juga akan menjalani sesi temubual bersama-sama pengacara, Raz untuk berkongsi pengalaman dan pengajaran yang diperoleh daripada setiap aktiviti yang dijalankan.

Pengurus Jualan Pengiklanan Malaysia di NBC Universal, Nini Yusof pula berkata, “Sebagai sebuah saluran pilihan utama kaum wanita untuk program hiburan, DIVA sentiasa berusaha untuk menyiarkan sebuah program berdasarkan topik dan personaliti yang lebih dekat dengan jiwa mereka. Kami juga turut mengalu-alukan kehadiran Magnolia Sherbet sebagai rakan penaja.”

Pengurus Besar F&N Creameries (M) Sdn Bhd, Michael Loh juga berkata, “Kami amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Astro dan DIVA Universal untuk pertama kalinya. Program terbaru ini sebenarnya menggambarkan ketenangan emosi yang mampu diperoleh menerusi aiskrim Sherbet kepada seseorang individu dalam menghadapi situasi yang tidak diingini dan untuk menghadapi tekanan harian. Keistimewaan ini ada pada setiap sudu Sherbat Magnolia yang amat menyegarkan serta menyelerakan ditambah dengan kandungan puri buah-buahan lazat tropika dan cebisan buah-buahan untuk menenangkan anda serta-merta dan membantu menyeimbangkan emosi anda. Kesemuanya boleh didapati dalam empat perisa: Marvellous Mangosteen, Luscious Lychee, Magnificent Melon and Delightful Orange”.

Program OMG turut sama mengemudikan segmen Oh My Gaji yang akan mengimbau pekerjaan bukan konvensional individu terpilih. Hos program iaitu Sazzy dan Raz haruslah meneka jenis-jenis pekerjaan dengan hanya bertanyakan dua soalan berdasarkan video yang akan ditayangkan nanti. Dari juruterbang wanita hinggalah jururawat lelaki, penari api ke jurusolek artis, atau pengajar bungee jump hinggalah ke drifter wanita, pekerjaan misteri itu hanya akan dijawab sejurus selepas video tersebut ditayangkan dan hos OMG haruslah meneka dengan tepat untuk mengelakkan diri dari dikenakan hukuman di akhir program nanti.

OMG merupakan program terbaru yang segar, menyeronokkan serta menghiburkan. Jangan lupa untuk saksikan program OMG di DIVA Universal (saluran 702) pada 5 November 2012, setiap hari Isnin jam 7.30 malam.

Untuk langgani saluran ASTRO, sila telefon di 1300 82 3838 atau layari laman web www.astro.com.my

Untuk keterangan lanjut mengenai F&N Magnolia Sherbet, sila layari laman web rasmi www.facebook.com/MagnoliaSherbetMY

Sazzy Falak & Razif Hashim Pengacara Program Bual Bicara OMG

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

2013 Program Terbaru NTV7 Lebih Menarik

Awie Ajak Peminat Bersantai dalam Tunggu Sekejap