in

2013 Program Terbaru NTV7 Lebih Menarik

2013 Program Terbaru NTV7 Lebih Menarik

Seiring dengan sambutan ulang tahun ke-15, ntv7 bakal menawarkan pelbagai rancangan menarik pada tahun 2013 nanti. ntv7 bakal memantapkan lagi penjenamaannya bermula tahun hadapan di mana SALURAN CERIA ANDA itu bakal menempatkan stesen itu sebagai jenama utama kepada sasaran barunya “Modern Urban Progressive Adults” yang didefinisikan sebagai golongan penontonnya yang bijak, bergaya, moden, mempunyai citarasa global, sentiasa progresif, berkeluarga dan beberapa lagi ciri-ciri yang telah dikenalpasti.

Bagi menempatkan stesen itu sebagai stesen yang kompetitif, jenamanya harus kekal relevan dan kali ini ntv7 akan melaksanakan strateginya untuk terus bergerak ke hadapan dengan lebih fokus bagi menerajui pasaran sedia dan lebih berdaya saing terhadap stesen-stesen lain yang berada di dalam pasaran. Ini nyata terbukti dengan pelbagai kempen kreatif dan aktiviti-aktiviti promosi yang telah dijalankan oleh saluran itu. Antaranya ialah kempen “Will & Kate: The Malaysian Tour” dan “James Bond Movie Marathon” yang berjaya mempamerkan kelainan dan penampilan stesen itu dalam persediaan menguatkan lagi jenama saluran itu.

2013 Program Terbaru NTV7 Lebih Menarik

Dalam rangka pelaksanaan 2013 nanti, ntv7 akan mengambil langkah-langkah penting dalam membina jenamanya yang antara lainnya termasuklah memperkasakan lagi rupa bentuk dan penyampaian saluran itu bagi mempersiapkan stesen itu dengan citarasa penontonnya yang sering berubah seiring dengan perkembangan semasa. Selain itu pelbagai kempen yang menjurus kepada gaya hidup dan sosial akan dilaksanakan bagi meneruskan promosinya terhadap masyarakat kini yang menjalani kehidupan yang sibuk. ntv7 juga akan meneruskan usahanya untuk menarik lebih ramai penonton melalui aktiviti tapak dan acara-acara luar yang melibatkan masyarakat seperti larian amal yang sinonim dengan saluran itu, Feel Good Run, Karnival Yuan, sambutan khas ulangtahun ke-15 ntv7 serta memperkenalkan sebuah lagi anugerah pertama khas buat golongan wanita, Bella Awards 2013. Saluran itu juga akan memperkuatkan lagi ruangan “online” menerusi variasi kempen inovatif yang dilihat merupakan salah satu medium berpotensi menghubungkan penontonnya yang mempunyai gaya hidup sibuk selain memberi pengalaman yang lebih baik dan lebih interaksi kepada penggunanya.

Penonton setia ntv7 pastinya sudah mula melihat bahawa saluran itu kini menyiarkan lebih banyak hasil produksi tempatan seperti rancangan sensasi Bilik 7 yang mendedahkan isu kontroversi dan memberi peluang kepada selebriti untuk memberi penerangan mereka. Penonton juga pastinya menyedari siri rancangan muzik – Rooftop – yang merupakan rancangan muzik pertama dilakukan di puncak bumbung serta memberikan pengalaman berlainan melalui konsepnya yang segar dan bermutu. Dengan reaksi positif yang diberikan penonton, ntv7 bakal meneruskan usahanya untuk menarik lebih ramai penonton daripada golongan bandar (urban) mahupun golongan besar masyarakat Cina. Antara rancangan istimewa yang disusun untuk tahun hadapan adalah drama bersiri Tanah Merah (hasil produksi hebat pengarah tersohor, Khabir Batia yang akan membariskan pelakon hebat), Projek Korus (siri pertandingan reality yang bakal mencari kumpulan koir terbaik negara), Phat Fabes & Ben Show (rancangan temubual penuh variasi dan penuh gelak ketawa bersama duo pengacaranya yang lucu), Straight Line (rancangan realiti yang bakal menguji ketahanan fizikal dan mental serta keazaman pesertanya), The Super Cute (rancangan realiti pertama pencarian model kanak-kanak dalam bahasa Mandarin) dan Set Off to the World (sebuah siri travelog dalam bahasa Mandarin yang bakal menyentuh tentang gaya hidup masyarakat dunia) antara lainnya.

Antara siri TV hit Amerika yang bakal ke udara di ntv7 adalah 666 Park Avenue (drama siri mistik yang membariskan pelakon Rachael Taylor, Dave Annable, Vanessa Williams dan Terry O’Quinn – yang berkisar tentang sebuah pangsapuri yang mereka diami dikelilingi dengan rasukan), Men at Work (siri komedi yang mengisahkan empat sekawan di sebuah syarikat penerbitan yang dibintangi Danny Masterson, Michael Cassidy, Adam Busch dan James Lesure) dan The Neighbors (sitkom sains fiksyen 2012 yang berkisah tentang sebuah keluarga yang berpindah ke sebuah kawasan di mana pelbagai makhluk dari pelbagai planet turut mendiami kawasan itu). Selain itu judul lain yang bakal menemui musim baru tahun hadapan adalah Fringe, New Girl, Two and a Half Men, How I met Your Mother, Once Upon A Time dan Big Bang Theory.

Selain siri TV hit Amerika, ntv7 juga bakal menghidangkan siri dari negara Asia seperti drama Korea dan Thailand – A Gentleman’s Dignity dan My Darling Colonel. Saluran itu juga akan memperkenalkan judul baru rancangan kanak-kanak antaranya siri manga terkenal Fullmetal Alchemist Brotherhood dan K-On.

Selain itu slot TVB yang dikekalkan pada hari Isnin hingga Rabu di sebelah malam akan terus membawakan drama bersiri Cina terbaik seperti Wax and Wane, The Other Truth, Lives of Omission, dan Forensic Heroes III. Slot paginya juga diteruskan seperti biasa dengan rancangan temubual menarik – The Breakfast Show dan Bella.

Berikut adalah senarai nama rancangan yang akan disiarkan bermula tahun hadapan dan beberapa judul yang akan menemui penonton pada hujung tahun ini:

ntv7 (judul rancangan yang kembali dengan musim baru) – Once Upon A Time (Season 2), Fringe (Season 4), Big Bang Theory (Season 2), New Girl (Season 2), Two an a Half Men (Season 10), How I Met Your Mother (Season 7), Rooftop (Season 2), Seekers (Season 6), Bilik 7 (Season 2), Global Watch, 7 Zoom In (Season 3), Editor’s Time (Season 3), Women’s Zone (Season 5), Mars Vs Venus (Season 3), Time FM (Season 2), Love Compulsory (Season 2).

ntv7 (judul rancangan baru) – 666 Park Avenue, Baby Daddy, The Family Tools, The Neighbors, Last Resort, Men at Work, Arrow, Infamous, Do No Harm, A Gentleman’s Dignity, My Darling Colonel, Tanah Merah, Projek Korus, Phat Fabes and Ben Show, Straight Line, The Quarters, In Laws, Break Free, A Super Hero at Home, The Undercover, Radio Story, The Liar, Pianissimo, Gun Metal Grey, Wax and Wane, The Other Truth, Lives of Omission, River of Wine, Forensic Heroes III, The Super Cute, Set off the World.

Layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my untuk maklumat lanjut atau ikuti perkembangan ntv7 di Facebook dan Twitter.

2013 Program Terbaru NTV7 Lebih Menarik

2013 Program Terbaru NTV7 Lebih Menarik

2013 Program Terbaru NTV7 Lebih Menarik

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aznil Nawawi & Aril Jadi Pengacara Program Superstar Astro

Sazzy Falak & Razif Hashim Pengacara Program Bual Bicara OMG