in , ,

Visual Grafik ABPBH34 Dikritik Netizen, Disamakan Seperti dalam Animasi Didi & Friends

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 telah pun melabuhkan tirainya malam tadi apabila pelakon dan pengacara, Janna Nick dinobat sebagai Bintang Paling Popular. Trending di Twitter apabila netizen mengatakan visual grafik digunakan mencacatkan penganjuran anugerah berprestij itu.

Namun, seperti sudah dijangka ada cerita tak sedap didengar mengenai acara itu apabila rata-rata netizen mengkritik visual grafik yang menjadi latar belakang pentas ABPBH ketika persembahan beberapa artis.

Antara yang diperkatakan adalah grafik ketika nyanyian Fauziah Latif bersama Wani Kayrie yang disamakan dengan siri animasi popular kanak-kanak Didi & Friends.

Bukan itu sahaja, persembahan Syamel, Jay Jay dan Anuar Zain turut terganggu apabila muncul grafik seperti bertemakan sebuah akuarium dimana kelihatan seekor ikan paus, ketam dan terumbu karang.

Visual Grafik ABPBH34 Dikritik Netizen, Disamakan Seperti dalam Animasi Didi & Friends
Visual Grafik ABPBH34 Dikritik Netizen, Disamakan Seperti dalam Animasi Didi & Friends
Visual Grafik ABPBH34 Dikritik Netizen, Disamakan Seperti dalam Animasi Didi & Friends
Visual Grafik ABPBH34 Dikritik Netizen, Disamakan Seperti dalam Animasi Didi & Friends
Visual Grafik ABPBH34 Dikritik Netizen, Disamakan Seperti dalam Animasi Didi & Friends

Perkara itu hangat diperkatakan di laman Twitter apabila rata-ratta netizen mempersoalkan kredibiliti pihak penganjur apatah lagi anugerah tersebut sudah memasuki tahun ke-34.

Dalam pada itu, ada yang berpendapat visual grafik mengarut itu adalah untuk menarik perhatian penonton serta rating supaya ianya trending di media sosial.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Miliki Telefon Pintar OPPO A16K, Harga Ditawarkan Hanya RM549 di Malaysia

“Saya Nak Lari Dari Populariti, Tapi Diuji Dengan Kemenangan” – Janna Nick