in , ,

“Saya Bukan Samseng, Kita Fighter Untuk Diri Sendiri,” – Sharnaaz Ahmad

Berdepan pertuduhan mencederakan seorang penghuni kondominium pada Jun tahun lalu, pelakon Sharnaaz Ahmad tidak melenting meskipun disindir segelintir netizen.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, Sharnaaz berkata dirinya bukan samseng namun mempunyai pendirian jika berdepan situasi tertentu serta akan berjuang untuk diri sendiri.

“Baik pakcik. Terima kasih atas nasihat. Saya bukan samseng, saya pun sudah lunyai dengan salah anggapan.

“Saya okey je mana-mana pun.. mafia pun okey, popia pun okey. Yang penting, bila dipijak, bangun pijak balik. Itu ayah saya yang ajar. Kita fighter untuk diri kita sendiri. Itu cara saya ya pakcik,” tulisnya.

Difahamkan, Sharnaaz membalas komen seorang individu yang melabelnya sebagai samseng. Kata individu itu, sebagai artis Sharnaaz sepatutnya berkelakuan baik serta menjadi contoh.

“Sebagai artis, sepatutnya dia berkelakuan baik agar menjadi contoh dan ikutan sekurang-kurangnya, peminatnya.

“Sharnaaz, awak belum bertemu ruas lagi. Takut nanti awak yang lunyai. Nak samseng pun carilah dengan yang setanding,” tulis individu itu.

Terdahulu, Sharnaaz Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki di sebuah kondominium Jun tahun lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hannah Delisha Akui Sukar Bukan Mudah Untuk Kekal Istiqamah

Samsung Terima Dua Anugerah Platinum & Satu Emas di Putra Brand Awards