in ,

Hannah Delisha Akui Sukar Bukan Mudah Untuk Kekal Istiqamah

Mengambil keputusan untuk berhijab tiga tahun lalu, pelakon Hannah Delisha mengakui bukan mudah untuk kekal istiqamah.

Hannah berkata dia juga tidak menghakimi mana-mana selebriti wanita yang membuat keputusan untuk membuka hijab.

Mengambil keputusan untuk berhijab tiga tahun lalu, pelakon Hannah Delisha mengakui bukan mudah untuk kekal istiqamah.

Memetik Harian Metro, Hannah berkata dia juga tidak menghakimi mana-mana selebriti wanita yang membuat keputusan untuk membuka hijab.

Menurut Hannah lagi, dia juga pernah berdepan ujian imannya naik turun serta terkenang ketika sebelum bertudung namun tidak mahu terlalu memikirkannya.

“Sudah lumrah sebagai manusia, adakalanya iman kita turun dan berkurang yang mana saya pun pernah mengalaminya.

“Contohnya ketika penggambaran di luar, nampak orang pakai ‘dress’ dan rambut mengerbang, terkenang sebelum bertudung dulu. Rasa seperti seronoknya kerana tidak panas.

“Jadi apabila berdepan dengan momen sebegitu, saya pilih untuk tidak berfikir mengenainya. Ini keputusan yang telah dibuat dan harus diteruskan,” katanya.

Dalam pada itu, Hannah berkata sebelum ini dia tidak memahami maksud komen “semoga istiqamah’ yang sering ditinggalkan oleh netizen.

“Sebelum berhijab dan nampak komen sebegitu, saya kurang memahami maksudnya. Apabila diri sendiri yang melaluinya, baru saya mendalami komen itu.

“Mudah diungkapkan namun bukan mudah untuk dilakukan. Jadi apabila saya sudah bertudung, baru saya memahami maksud komen itu. Istiqamah itu ternyata bukan mudah,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Portal Featured Zero 2 1 | 15

SPOTV Mulakan Tahun 2023 dengan Percubaan Percuma SPOTV NOW

Sharnaaz Ahmad | 16

“Saya Bukan Samseng, Kita Fighter Untuk Diri Sendiri,” – Sharnaaz Ahmad