in

Sasha Bashir dan Yani Hijjas Berkahwin

Bertemu dengan Sasha Bashir semalam di Majlis Rumah Terbuka Media Prima tidak pun dikhabarkan tentang berita penikahannya dengan kekasih hatinya, Yani Hijjas. Patutlah tak jemput wartawan, majlis kahwin tertutup rupanya. Mungkin Sasha gembira hingga tidak terucap tentang perkhabaran gembira itu.  

Tahniah Sasha~! Semoga istana cinta rumahtangga yang dibina ini kekal hingga ke akhir hayat. Bahagia terpancar dari wajah kalian adalah simbol kepada penyatuan dua jiwa yang ceria dan secocok.

Selamat pengantin baru, Sasha!

Personaliti TV3 dan pengacara program DANSA, Sasha Bashir dan Yani Hijjas telah selamat diijabkabulkan pada 18 Oktober, jam 11.30 pagi bertempat di kediaman ibu bapa pengantin perempuan.

Perkenalan lima tahun yang bermula di satu pameran seni berakhir juga di jinjang pelamin. Sasha yang tampil anggun dengan sepersalinan baju kebaya putih rekaan Jovian Mandagie, menerima antaranya, mas kahwin sebanyak 100g emas dan senaskah Al-Quran.

Acara tertutup itu di hadiri keluarga dan teman rapat kedua belah pengantin.

Ini gambar Sasha Bashir yang Budiey sempat ambil semalam:

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ezlynn

Pelakon Dayana Kamal Rentung Maut Kemalangan di Kota Bahru

Gambar Terbaru Siti Nurhaliza di Rumah Terbuka Media Prima 2009