in , ,

Sarat Emosi! Muzik Video Ku Ikhlaskan Makin Tular Diperkatakan Netizen

Usahawan terkenal Datuk Seri Vida kembali diperkatakan menerusi lagu dan video muzik Ku Ikhlaskan yang dilancarkan secara rasmi pada jam 3 pagi, 21 Mac 2022.

Sebelumnya Vida, atau nama sebenarnya Hasmiza Othman terlebih dahulu muncul dengan mekap pelik pada program Big Stage 2022 hingga mendapat kecaman dan kritikan dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, Vida yang sememangnya kalis kecaman menjelaskan penampilan itu adalah ‘teaser’ bagi video muzik lagu Ku Ikhlaskan.

Berkongsi mengenai lagu ciptaan Amy Ukays dan Dato Seri Vida serta lirik oleh Dato Seri Vida sendiri, penyanyi lagu I Am Me ini berkata, Ku Ikhlaskan bukan sekadar luahan kisah peribadi.

“Lagu ini bukan sekadar kisah peribadi, tapi sarat dengan emosi duka lara  yang dialami saya. Dalam lagu ini saya mahu menyampaikan keperitan, kehilangan, kecaman bertubi yang saya hadapi selama ini. 

“Bayangkan selama ini sekecil perkara membabitkan diri saya diambil kira dan diperbesarkan hingga tular malah ada yang mencetuskan kontroversi. Pendek kata, sebesar hama pun diambil kira,” katanya.

Selepas 10 jam tertangguh, muzik video lagu baharu usahawan kontroversi Datuk Seri Vida berjudul Ku Ikhlaskan akhirnya dilancarkan pada pukul 3 pagi Isnin.

Sama seperti lagu sebelumnya, lagu Ku Ikhlaskan yang diedarkan oleh syarikat rakaman 17 Eleven Music itu hadir dengan MV yang penuh warna, emosi, unik dan tentu saja eleman tular.

“Sepatutnya lancar pukul 5 petang semalam tapi ada masalah teknikal.

“Setelah sekian lama menunggu akhirnya saya lancar pukul 3 pagi. Saya terharu dengan sambutan, ramai yang ikhlas beri komen.

“Saya tak pernah terima kata-kata seindah ini, saya seperti terima kasih sayang daripada semua,” ujarnya.

Muzik video Ku Ikhlaskan meraih perhatian ramai apabila Vida tampil dengan lapan kostum yang unik dengan solekan artistik.

MV yang dimuat naik di saluran YouTube DSV Entertainment itu sudah mencecah lebih 180,000 tontonan dalam tempoh lapan jam (setakat kenyataan ini ditulis).

MV yang mendapat sentuhan pengarah Kel Wen itu menelan kos RM400,000 dan menjalani penggambaran selama lima hari di sekitar Kuala Lumpur dan Genting Highland.

Menerusi MV lagu ciptaan Amy Ukays dan Vida ini turut menampilkan pembantu peribadinya Qush sebagai hero.

Menurut Vida, pembikinan lagu dan MV itu  adalah satu usaha untuknya mengumpul dana bagi menyiapkan Pusat Tahfiz & Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh, Perak miliknya.

“Lagu dan MV ini sebagai saham akhirat saya dalam menyiapkan Pusat Tahfiz & Syahadah selain ingin menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

“Ditambah pula kita tidak lama lagi bakal menyambut bulan Ramadan, jadi saya kira ini peluang untuk kita menambah dan mendapatkan pahala berganda sekali gus diberkati Allah SWT.

“Selepas menghayati lagu dan menonton MV ini, besar harapan agar orang ramai, peminat dan sesiapa saja dapat menderma supaya tercapai segera hasrat saham ilmu dan amal kebajikan ini,” katanya.

VIDA

Sementara itu, rata-rata netizen memuji MV video berkenaan yang mengakui terhibur dengan konsep yang ditampilkan Vida.

VIDA

Peminat puli vokal Vida.

Menurut mereka, watak yang ditampilkan sesuai dengan karakter sebenar Vida dan vokal yang semakin baik.

“Tahniah Datuk, konsep futuristik dan tak sangka memang menarik, saya suka tengok, macam tengok filem Alice In Wonderland.

“Kali ini memang best sesuai dengan karakter. Maybe ada yang tersirat di sebalik lirik, vokal pun semakin baik dan memainkan emosi tu dengan baik.

“Aku rasa MV dia mantap dan interesting. Saya faham situasi yang datuk alami… sampai keluar air mata,” ujar netizen.

Bagi yang ingin membantu, sumbangan boleh dibuat ke nombor akaun 5080 2100 2954 (Maybank) atas nama DARUL TAHFIZ DS VIDA.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Drama ‘Perempuan Itu’ Mungkin Tidak Dibenarkan Tayang

tony fernandes airasia-2020

AirAsia Lanjut Tempoh Pas Asean Unlimited (Malaysia) Kepada Tiga Bulan