in , ,

Betul Ke Drama ‘Perempuan Itu’ Mungkin Tidak Dibenarkan Tayang

Drama ‘Perempuan Itu’ dilanda kontroversi apabila pelakon Zul Ariffin telah berkongsi klip adegan panas yang dilakonkan dia bersama pelakon baru, Siti Hariesa dalam drama tersebut. Malah, perkongsian tersebut turut mendapat kritikan hebat netizen. 

Menurut laporan, Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata bahawa kemungkinan drama Perempuan Itu mungkin tidak akan ditayangkan di kaca televisyen sekiranya pihak produksi gagal memberikan laporan bertulis berkenaan insiden yang berlaku. 

Tambahnya, kerajaan tidak akan membenarkan tayangan tersebut yang dijangka bersiaran pada bulan Ramadan sekiranya laporan yang diberikan tidak munasabah. Malah, kesemua stesen televisyen perlu menghormati bulan Ramadan dan tidak boleh menyiarkan kandungan yang kurang bersesuaian dengan bulan mulia itu.

“Kita sudah meminta produksi berkenaan mengemukakan laporan bertulis berhubung perkara berkenaan. Mereka juga telah diberikan masa yang cukup untuk menyediakan laporan tersebut,”

– Tan Sri Annuar Musa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kolaborasi Trulooks & Aina Abdul, Lancar Truskin Trio Happyness Edition

Sarat Emosi! Muzik Video Ku Ikhlaskan Makin Tular Diperkatakan Netizen