in ,

Sangkaan Meleset, Ini Rupanya Saiz Sebenar Sony PlayStation 5

Sony pada bulan ini telah mengumumkan PlayStation 5 sekali gus memperlihatkan rekaan rasmi konsol ini.

Pengumuman yang dibuat Sony ini nampaknya berjaya membuatkan orang ramai teruja serta tidak sabar untuk menjadi yang terawal untuk memilikinya. Di sebalik gambar yang dikongsikan, siapa sangka Sony PlayStation 5 hadir dengan saiz yang lebih besar daripada jangkaan ramai. Semua ini diketahui ini melalui gambar yang tertiris tempoh hari dimana saiz Sony PS5 dibandingkan dengan saiz Xbox One dan Nintendo Switch Lite.

Sebagai perbandingan, Sony PS5 dijangka hadir dengan ketinggian melebihi PS4 Pro sekitar 3-inci. Difahamkan saiz yang besar ini diperlukan dalam menawarkan ruang pengudaraan yang optimum buat para gamer yang pastinya akan menggunakan konsol ini dalam tempoh yang panjang.

Sangkaan Meleset, Ini Rupanya Saiz Sebenar Sony PlayStation 5

Kehadiran gambar yang tertiris ini nampaknya memberi gambaran kepada bakal pembeli Sony PS5 untuk menyediakan ruang yang lebih besar untuk menempatkan Sony PS5. 

The PS5 also stands a few inches wider than the upcoming Xbox Series X, which runs 11.85 inches in its longest dimension, according to Digital Foundry.

But the Series X ends up more short and squat, with a 6-inch height (and depth) that easily overwhelms the estimated 3.5- to 4-inch height of the PS5 at its tallest point (the version without a disc drive is a little shorter).

– Arstechnica.com

Maka dengan itu, sudahkah anda siapkan tempat khas buat Sony PS5 anda?

Berdasarkan maklumat yang tertiris, Sony PS5 dijangka bakal mula dijual dengan harga sekitar RM2,404.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Dijangka Menambah Mod Kanak-Kanak Pada Apple Watch

Elak Fitnah, Azlee Khairi Akhirnya Mengakui Bukan Lagi Suami Orang