in

Apple Dijangka Menambah Mod Kanak-Kanak Pada Apple Watch

Apple Watch merupakan salah satu penawaran jam tangan pintar yang digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Terbaru, Apple dijangka akan mengumumkan beberapa ciri-ciri baru untuk jam tangan pintar berkenaan pada acara WWDC yang dijadualkan minggu ini. Salah satu perkara yang dijangka diumumkan oleh Apple untuk Apple Watch melalui watchOS 7 kelak adalah ciri mod kanak-kanak atau Kids Mode.

Dengan mod khusus ini, ia membolehkan kanak-kanak menggunakan jam tangan berkenaan dan memberikan akses kepada ibu bapa untuk memantau aktiviti anak-anak mereka.

Ia juga dijangka menawarkan pengoptimasian dalam membuatkan kanak-kanak mencapai sasaran, termasuk muka jam khusus untuk mod kanak-kanak. Langkah ini dijangka akan menjadikan kanak-kanak lebih aktif dan sihat berbanding kebiasaan.

Apple menjadualkan WWDC pada minggu ini, dimana selain watchOS, mereka turut dijangka berkongsi lanjut mengenai penawaran perisian lain daripada Apple.

Sumber: Portal Amanz
Apple Watch

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Hiasan

Gara-Gara Kentut Kuat, Pemuda Ini Didenda RM2,412

Sangkaan Meleset, Ini Rupanya Saiz Sebenar Sony PlayStation 5