in , ,

Samsung Lancar Galaxy A42 Dengan Sokongan 5G Berharga RM1599 di Malaysia

Samsung Malaysia kini dilihat telah membawa masuk satu lagi peranti baru untuk pasaran tempatan, iaitu Samsung Galaxy A42 5G.

Telefon pintar ini hadir dengan skrin 6.6-inci HD+ Super AMOLED, dijana cip lapan teras Snapdragon 750G, memori 8GB RAM, dan storan 128GB.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah empat kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel, selain kamera swafoto 20-megapixel.

Samsung-Galaxy-A42-5G-A-2

Samsung Galaxy A42 5G ini turut dilengkapi bateri 5000mAh dengan pengecas 15W.

Samsung telah menyenaraikan telefon pintar ini melalui laman jualan rasmi di Shopee, memperlihatkan ia menawarkan tanda harga RM1599 di Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagi Video Acah Filem JUSTICE LEAGUE Snyder Cut Diperlihatkan

Apple Mengesahkan MagSafe Duo Charger Hanya Mengecas Pada Kuasa 14W