in ,

Lagi Video Acah Filem JUSTICE LEAGUE Snyder Cut Diperlihatkan

Justice League adalah filem DC yang menarik. Ia sepatutnya diarahkan oleh Zack Snyder, tetapi atas sebab urusan keluarga – Joss Whedon mengambil alih.

Bertahun lamanya ramai melakukan petisyen inginkan filem Justice League potongan pengarah asal Zack Snyder – akhirnya filem ini diumumkan dan akan disiarkan di HBO Max dan juga HBO Go pada tahun hadapan.

Zack Snyder baru-baru ini berkongsi video acah baharu. Seperti sebelum ini, video acah ini juga dalam bentuk 4:3 memberi petanda filem ini akan disiarkan begitu.

Keseluruhan video acah ini kelihatan sama sahaja, hanya ada sedikit klip baharu. Ia memperlihatkan Hippolyta dari Wonder Womna, Batmobile beraksi, beberapa klip memfokuskan Cyborg dan juga klip Aquaman. Tiada butiran jelas bagaimana filem ini akan berlaku.

Filem ini turut melalui beberapa penggambaran semula seperti Jared Leto kembali sebagai Joker, Batman akan ada adegan baharu, Superman dengan sut hitam, adegan memfokuskan Flash dan banyak lagi. Sama-sama kita nantikan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Noorkhiriah Mohon Peniaga Yang Mahu Buat Review Dengannya Bersikap Jujur

Samsung Lancar Galaxy A42 Dengan Sokongan 5G Berharga RM1599 di Malaysia