in , ,

Kini Anda Boleh Ambil Gambar ‘Awesome’ dengan Samsung Galaxy A22 & Galaxy A22 5G

Mengambil gambar kebelakangan ini sangat mudah. Kamera yang biasa dibawa kemari di dalam beg anda bukan sahaja mengambil ruang, tetapi juga agak berat bergantung kepada jenis kamera yang dibawa.

Ringankan beban anda dan gunakan Galaxy A22 dan Galaxy A22 5G! Dengan berat hanya 186g bagi Galaxy A22 dan 203g bagi Galaxy A22 5G, peranti-peranti ringan dan mudah alih ini tidak akan menjadi masalah bagi peminat fotografi. 

Baca Ulasan Penuh dari Budiey di SINI.

Menghasilkan Gambar Bokeh Yang Cantik

Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan kamera utama 48MP dengan F1.8, memberikan anda Depth of Field yang cukup – juga dikenali sebagai bokeh – di latar belakang ketika mengambil gambar subjek. Sekiranya anda suka mengambil gambar pada waktu malam, kamera utama Galaxy A22 dan Galaxy A22 5G tidak akan mengecewakan anda oleh kerana teknologi Tetra Binning yang menggabungkan empat piksel menjadi satu. Dengan OIS (Optical Image Stabilization) pada Galaxy A22, anda dapat mengambil gambar jelas dan merakam video dengan lancar, dan menarik lebih banyak cahaya untuk mencerahkan gambar anda dalam persekitaran gelap. 

Pengalaman Budiey Buka Kotak Samsung Galaxy A22 5G, Kamera Padu dengan Harga Mampu Milik

Sekiranya anda berada dalam ruang yang sempit, kamera Ultra Wide mempunyai sudut pandangan sebanyak 123 darjah bagi Galaxy A22 dan 115 darjah bagi Galaxy A22 5G – serupa dengan penglihatan manusia – akan menangkap gambar dengan sepenuhnya dan memberikan perspektif yang lebih luas untuk gambar anda[1].

Elok Untuk Korang Selfie

Sekiranya anda gemar berswafoto, kamera depan peranti-peranti ini membenarkan anda mengambil gambar dengan adanya efek bokeh. Ia mengaburkan sebarang gangguan di latar belakang dan membuat anda tampil dengan lebih menonjol – sesuai untuk mana-mana content creator kecantikan yang ingin tunjukkan makeup lookmereka!

samsung

Tawaran Sebelum 31 Ogos

Jadi tunggu apa lagi? Dengan setiap pembelian Galaxy A22 dan Galaxy A22 5G dibuat sehingga 31 Ogos 2021, anda juga akan menerima sarung pelindung Soft Cover bernilai RM39 dengan percuma[2].

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari:


[1] Pengalaman yang sangat luas (foto / video) disokong untuk kamera belakang sahaja.

[2] Sementara stok masih ada. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Nynaa Harizal Selamat Nikah

Sinopsis Siri Komedi Romantik Filipina, SINCE I FOUND YOU Ditayangkan di TV2