in , ,

Saluran YouTube Nabila Razali Digodam, Video Peluang Kedua Bersama MK Hilang

Belum reda kisah kedai ayam goreng dipecah masuk, Nabila Razali sekali lagi diduga apabila akaun YouTubenya digodam.

YouTube adalah laman web perkongsian video yang mana pengguna boleh berkongsi video dengan sesiapa sahaja melalui saluran itu.

Ia juga menjadi salah satu pilihan masyarakat terutama sekali para Youtuber sebagai salah satu platform untuk mereka meraih pendapatan.

Namun, akhir-akhir ini, aktiviti pengodaman semakin menjadi-jadi sehingga terdapat saluran YouTube yang telah mengumpul ramai pengikut telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

Nabila Hilang Hampir 400,000 Subcribers

Nasib yang sama turut menimpa penyanyi tanah air, Nabila Razali selepas saluran YouTube rasminya telah digodam serta dipadam di platform penstriman video berkenaan.

Perkara itu dikongsikan olehnya di Insta story memaparkan tangkap layar email yang diterimanya berkenaan laman Youtube rasminya yang telah dipadam.

Saluran YouTube Nabila Razali Digodam, Video Peluang Kedua Bersama MK Hilang

“Ya Allah SWT, akaun YouTube Nabila Razali Entertainment kena godam.

“Hati saya hancur. Pasukan saya sedang berbincang dengan pihak YouTube untuk menyelesaikan masalah ini,”

– Nabila Razali

Lebih menyedihkan, Nabila juga turut mengakui sedih melihat muzik video Peluang Kedua hasil gandingannya bersama penyanyi rap, MK yang telah mencecah 30 Juta views sudah hilang begitu sahaja.

Masih menyimpan harapan, pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi itu berdoa agar akaun yang telah digodam itu diperoleh semula.

“Semoga saya dapat semula akaun YouTube tersebut. Tolong doakan untuk saya,”

– Nabila Razali

Menerusi hantarannya yang lain, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali menyatakan pihaknya sedang berbincang dengan pihak YouTube bagi menyelesaikan isu tersebut.

Selain itu, penyanyi lagu Peluang Kedua itu turut meminta para pengikutnya untuk mendoakan proses tersebut berjalan lancar supaya saluran YouTube miliknya dapat dikembalikan semula.

Usaha Keras Dilihat Sia-Sia

Menurut pengurus Nabila, Mohd Asrul Abdul Talib, saluran terbabit baharu dilancarkan setahun lebih dan sudah memiliki lebih 390,000 pelanggan.

Tambahnya lagi, mereka sangat kecewa dengan perkara itu kerana semua video penting telah dimuat naik dan usaha keras selama ini untuk mengukuhkan saluran itu dianggap sia-sia.

Saluran YouTube Nabila Razali Digodam, Video Peluang Kedua Bersama MK Hilang

Kami mendapat tahu mengenai hal itu pagi ini menerusi sebuah ciapan di Twitter. Seorang pengguna bertanya sama ada saluran itu bermasalah.Apabila memeriksanya, saluran itu rupanya sudah dipadam dari YouTube. Menerusi emel kami terima, saluran itu didakwa melanggar polisi kerana menyiarkan kandungan tertentu.Sayanglah jika hilang begitu saja kerana muzik video Peluang Kedua yang sudah ditonton 33 juta pun dalam saluran itu. Lagipun, ia baharu saja setahun diwujudkan.

– Mohd Asrul Abdul Talib

Tambahnya, pihak mereka kini dalam proses berunding dengan pihak YouTube terbabit dengan pihak YouTube dan berharap dapat berjaya mendapatkannya semula.

“Sekarang pasukan kami sedang berusaha untuk mendapatkannya. Kami berdoa akaun tersebut dapat dikembalikan.

“Memang sedih jika terpaksa buat saluran baharu,”

– Mohd Asrul Abdul Talib

Walaubagaimanapun, pihaknya kini dalam proses berunding permasalahan itu dengan pihak YouTube dan berharap agar saluran itu dapat dikembalikan semula.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem OLYMPIC DREAM di Astro First Himpunkan Legenda Badminton & Sukan

Projek 16 Baris Joe Flizzow Curi Perhatian & Terima Pujian dari Snoop Dogg