in , ,

Projek 16 Baris Joe Flizzow Curi Perhatian & Terima Pujian dari Snoop Dogg

Def Jam Amerika Syarikat Iktiraf Usaha Joe Flizzow Dan Def Jam Sea!

Buat pengikut tegar dunia hip hop tempatan pasti ingat bahawa satu Ketika dulu Joe Flizzow pernah  berpeluang berduet bersama salah satu ikon hip hop antarabangsa, Warren G.

Kini hampir dua puluh tahun kemudian, Joe Flizzow sekali lagi berjaya mencuri perhatian seorang lagi tokoh dunia hip hop barat iaitu Snoop Dogg. 

Snoop Dogg atau nama sebenarnya, Calvin Cordozar Broadus Jr, sempat memuji usaha Joe Flizzow dalam memperkasakan muzik hip hop tanah air dengan penubuhan rancangan 16 Baris yang diperkenalkan beberapa tahun lalu.

DJ SEA CTA

16 Baris direalisasikan sebagai satu pentas demi mencari bintang hip hop terbaru Asia Tenggara. Ia menampilkan bakat baharu dunia hip hop dari rantau Asia Tenggara khasnya dari Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Aksi penyanyi rap terkemuka dunia itu menonton episod 16 Baris di laman YouTube telah dikongsi oleh bintang tersohor itu lewat wadah Insta Story di platform Instagram.

Adegan itu turut dikongsi oleh Joe sendiri dengan penuh kegembiraan apabila dia mengadakan panggilan maya lewat platform Zoom bersama penyanyi rap tersohor tersebut.

Semasa mengadakan sesi temu bual itu Snoop turut mengatakan beliau tidak sabar untuk bertemu Joe serta rakan-rakan di Malaysia dan menghadiahkan rantai.

Sejak menyertai keluarga Def Jam Recordings melalui penubuhan Def Jam Southeast Asia (SEA), usaha Joe dalam menerajui label hip hop tersohor dunia itu semakin menyerlah dan pertemuan bersama Snoop Dogg ini menunjukkan kemajuan yang semakin gah.

Jelas terbukti bahawa pihak Def Jam SEA di Asia Tenggara akan bekerjasama dengan lebih dekat bersama pasukan Def Jam di Amerika Syarikat.

Sehingga kini Def Jam SEA membariskan ramai nama-nama besar seperti Joe Flizzow dari Malaysia, Daboyway dari Thailand, Yung Raja, Fariz Jabba dan ALYPH dari Singapura, serta A.Nayaka dari Indonesia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Saluran YouTube Nabila Razali Digodam, Video Peluang Kedua Bersama MK Hilang

Azid Azidee Tampil dengan Karya Solo Pertama Berjudul MEMILIHMU Hadiah Buat Isteri Tercinta