in ,

Sajat Dedah Anggota Badan Jadi Bengkak, Tidak Dapat Hadir Ke Mahkamah

Pada hari Selasa lalu, media tempatan melaporkan usahawan terkenal Sajat dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas gagal hadir ke prosiding sebutan semula kes Sajat berpakaian seperti wanita tiga tahun lalu.

Terbaru, berita yang budiey petik dari laporan Utusan Malaysia, Sajat mendakwa dia mempunyai alasan yang kukuh tidak dapat hadir ke mahkamah pada 23 Februari lalu. Sajat menjelaskan, dia tidak dapat datang pada saat akhir sebab dia ada masalah kesihatan selain turut mendakwa mempunyai pengesahan bertulis daripada doktor.

“SAYA TAK SIHAT, MUKA DAN ANGGOTA BADAN SAYA TIBA-TIBA MENJADI BENGKAK AKIBAT ALAHAN MAKANAN. SURAT PENGESAHAN DOKTOR PUN SAYA ADA KALAU TIDAK PERCAYA,”

– Sajat

Dalam pada itu, Sajat beras hairan kerana pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) masih belum memberi dan menghantar laporan penuh berhubung pertuduhan yang dibuat ke atasnya sebelum ini. Sajat kata, dia tidak berpuas hari dan masih trauma dengan apa yang terjadi ketika dipanggil memberi keterangan di pejabat JAIS bulan lalu. Sajat menjelaskan, dia berasa seperti dibuli kerana mendakwa tidak diberikan hak sebagai rakyat negara ini.

“KALAULAH SAYA MENGELAK DAN MAHU LARI, LEBIH BAIK TERUS PINDAH LUAR NEGARA TERUS. BUAT APA SAYA BERI KERJASAMA SELAMA INI?

“TERUS-TERANG, SAYA TAK TAKUT, TETAPI LEBIH KEPADA SEDIH DAN KECIL HATI DIPERLAKUKAN SEBEGITU,”

– Sajat

Dalam perkembangan lain, menerusi laporan Berita Harian Online pula, JAIS dikatakan menunggu waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam terhadap Nur Sajat sebelum mengambil tindakan susulan. Difahamkan, pasukan penguat kuasa JAIS akan menangkap usahawan itu untuk dibawa ke mahkamah bagi proses perbicaraan selepas menerima waran berkenaan.

SAJAT

Menerusi posting itu, Sajat dilihat masih lagi aktif mempromosikan pelbagai produk perniagaanya seperti bengkung dan emas.

Pengikutnya telah bertanya dimana dia bersembunyi, namun dengan tenang dia menjawab tidak perlu bersembunyi kerana kesalahan yang dilakukan bukanlah seperti jenayah membunuh.

“KAMI JANGKA WARAN ITU AKAN DITERIMA HARI INI. SEBAIK TERIMA WARAN ITU, KITA AKAN USAHA CARI DAN TANGKAP SAJAT.

“SETAKAT INI, KITA MASIH MENUNGGU WARAN ITU,”

– Sajat

Terdahulu, Sajat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita sekitar 2018. Malah, sebelum itu tular apabila Sajat mendakwa dirinya telah dikasari serta dilayan buruk oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika tampil membantu proses siasatan di Ibu Pejabat JAIS.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Lisa Surihani Sah Hamil Anak Ketiga, Hadiah Sempena Ulang Tahun Perkahwinan ke-9

Fanatik K-Pop Malaysia Paksa Sharifah Sakinah Mohon Maaf Walaupun Isu Dah Basi