in , ,

Fanatik K-Pop Malaysia Paksa Sharifah Sakinah Mohon Maaf Walaupun Isu Dah Basi

Isu antara Janna Nick VS fanatik Kpop Malaysia masih belum reda minggu ini. Janna yang kini telah deactivate akaun Instagram dan Twitternya dilaporkan telah membuat laporan polis. Isu ini sekaligus memalitkan nama Sharifah Sakinah dan ini yang berlaku…

Masih lagi tidak puas hati dengan Janna walaupun dia telah membuat permohonan maaf, fanatik Kpop Malaysia kini menyerang Sharifah Sakinah pula. Menerusi video basi yang tersebar pada tahun 2018 itu, Sakinah turut berada dalam video itu.

Peminat Janna pula kini sedang cuba mencari penyebar video itu kerana isu ini telah lama berakhir! Di Instagram Sakinah pula, peminat Kpop mula membanjiri ruangan komen di setiap gambar dengan meminta pelakon itu memohon maaf sekali lagi.

Capture-20210223-093456-Vert-2

Malah ada yang menulis lirik lagu idola Kpop mereka di setiap ruangan komen. Sakinah bagaimanapun tidak memberikan respon kepada komen-komen itu, sebaliknya menjalani hidup seperti biasa.

Isu ini menjadi besar selepas ada individu yang memuat naik semula video lama Janna dan Sakinah. Mereka kemudian mendakwa, disebabkan isu ini, rakan-rakan Malaysia di Korea Selatan dipulaukan. Kedengaran seperti cerita rekaan bukan? Mungkin peminat Kpop di Malaysia terlalu beremosi? Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan secara berhemah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sajat 2020 | 23

Sajat Dedah Anggota Badan Jadi Bengkak, Tidak Dapat Hadir Ke Mahkamah

Siti Nurhaliza | 24

Ramai Netizen Geram, Kenapa Cute Sangat Ni, Siti Aafiyah Buat Aksi Comel Curi Perhatian