in , ,

Lisa Surihani Sah Hamil Anak Ketiga, Hadiah Sempena Ulang Tahun Perkahwinan ke-9

Pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim mengesahkan isterinya, Datin Lisa Surihani kini hamil anak ketiga. Berita gembira itu dikongsi Yusry sempena menyambut ulang tahun perkahwinan kesembilan mereka.

Pengarah Datuk Yusry Abdul Halim akhirnya berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata ketiga selepas foto isterinya yang menampakkan baby bump mencuri perhatian peminat.

Enggan berselindung lagi, Yusry menerusi hantaran dalam Instagram sebentar tadi mengesahkan Datin Lisa Surihani sedang hamil namun tidak mendedahkan lanjut usia kandungan bayi.

Lisa Surihani

“Selepas muat naik gambar sempena ulang tahun perkahwinan bersama isteri, ada beberapa teka-teki sama ada Lisa sedang hamil. Hari ini juga ada beberapa wartawan yang turut meminta pengesahan.

“Tanpa niat ingin bersembunyi, kami fikir kali ini tak perlu buat pengumuman, lambat laun orang akan tahu juga,” katanya dalam entri tersebut.

Pengarah filem CicakMan itu, dia turut memanjatkan rasa syukur dengan anugerah daripada Ilahi dan pada masa sama mendoakan mereka yang belum dikurniakan zuriat segera diberikan rezeki.

“Anugerah ini tentunya kami amat bersyukur kepada Allah SWT dan sudah dikongsikan dalam kalangan keluarga serta rakan rapat.

“Terdetik dalam hati kami, memahami ada juga yang cuba bertahun lama untuk mendapatkan zuriat. Hal ini bukan sesuatu yang senang dilalui dan kami berharap moga doa mereka dimakbulkan.

“Tambahan pula, dalam keadaan pandemik Covid-19 ini, banyak lagi masalah negara dan keluhan rakyat yang perlu dititik-beratkan. Terima kasih kepada mereka yang sudi mendoakan untuk kami,” katanya lagi.

Bersempena ulang tahun perkahwinan kesembilan mereka, Yusry menyifatkan dia lelaki yang cukup bertuah.

“Selamat ulang tahun perkahwinan sayang. Selepas sembilan tahun, saya masih berasa seperti lelaki paling bertuah. 

“Saya masih kagum dengan anda. Semua yang anda buat dan katakan, sentiasa baik hati, penyayang dan memberi sokongan. Dan anak-anak kita sangat bersyukur kerana mempunyai ibu seperti anda. Alhamdulillah,” katanya.

Untuk rekod, Lisa dan Yusry yang mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dikurniakan dua orang anak iaitu Yahaira Leanne, 6, Yusof Leonne, 4.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gadgetmodel Hiasan | 23

Tiger Woods Kemalangan Kereta Terhumban Ke Belukar Jalani Pembedahan di Kaki

Sajat 2020 | 24

Sajat Dedah Anggota Badan Jadi Bengkak, Tidak Dapat Hadir Ke Mahkamah