in , ,

OMG!OMG! SEDIHSEDIH

Sajat Buat Umrah di Mekah Jadi Perbualan Hangat Netizen

Usahawan terkenal, Nur Sajat meluahkan rasa syukur kerana telah selesai menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya di tanah suci Makkah. Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum. Menurut Sajat, dia berasa sungguh terharu dan menyedari keindahan agama Islam.

“Kenapa saya selalu dikatakan dilaknat dan syurga itu bukan milik saya? kalau begini kejadian saya dimuka bumi ini, kenapa Allah jadikan saya dan kenapa tidak orang lain? Tiada siapa yang hendak dilahirkan serba kekurangan,”

– Nur Sajat
Sajat Buat Umrah di Mekah

Sajat sebelum ini pernah beberapa kali menyatakan hasrat untuk menunaikan umrah namun impian itu tidak berjaya dicapai untuk beberapa tahun namun pada 2020 ini dia berpeluang menjadi ‘tetamu Allah’ bersama keluarganya.

Sajat berkata, dia sangat bersyukur ke hadrat Ilahi apabila rombongan ke Tanah Suci bersama ahli keluarganya berjalan lancar dan dipermudahkan .

Dalam pada itu, Sajat turut mengenang nasibnya yang dikatakan sering menerima kritikan di negara sendiri.

“Alhamdulillah dengan berkat keizinan-Nya rombongan kami sekeluarga untuk umrah ini Madinah dan Makkah sudah hampir selesai.

“Saya sungguh terharu dan berasa diri ini sangat kerdil apabila akhirnya dapat juga menjejakkan kaki di sini dan betapa indahnya Islam itu.

Malah, sesungguhnya Allah SWT tidak pernah membezakan umatnya dari segi darjat, umur, wajah, jantina, kedudukan, warna kulit atau perbezaan mazhab. Ternyata apabila kita di sini, semuanya sama dan menyembah Allah Yang Esa,”

– Nur Sajat
Sajat Buat Umrah di Mekah

Menurut Sajat, meskipun sering dihina oleh masyarakat Malaysia, dia bagaimanapun memilih untuk berdiam diri.

‎”Walaupun di tanah air, saya selalu dikutuk, dihina, dicaci malah berbagai lagi tohmahan diberikan, saya pilih untuk berdiam diri. Saya musafirkan diri ini dan menganggap apa yang berlaku itu memang sudah tertulis buat insan bernama Nur Sajat.

“Apabila saya sampai di Tanah Suci, saya berniat dalam hati nak berbicara dengan Tuhan saya mengenai soal kejadian diri ini, kenapa saya di lahirkan begini? Kenapa saya yang Allah pilih jadi macam ini dan kenapa saya yang banyak diberi ujian?,”

– Nur Sajat

Menceritakan detik mengerjakan ibadah umrah itu, Sajat seolah-olah cuba mendedahkan identiti sebenarnya biar pun tidak dijelaskan secara terperinci tetapi dia mengakui dirinya antara wanita bertuah.

“Walaupun saya macam ini, saya tahu diri dan jiwa saya adalah perempuan. Saya bertuah kerana bukan semua orang terpanggil untuk mengerjakan umrah ini.

Berlinang air mata saya dan patut rasa bersyukur. Saya juga sudah dapat jawapan sebaiknya di sini.

“Sehina mana pun kita, sejahat mana pun kita, bukan manusia boleh yang menghukum sesama insan, tetapi hanya Allah sahaja yang tahu di mana kita berada nanti ketika meninggal dunia. Terima kasih mak dan ayah, kerana melahirkan Sajat,”

– Nur Sajat

Difahamkan Sajat terbang mengerjakan umrah ke Tanah Suci bersama kedua ibu bapanya dan dua lagi anak angkat.

Apa yang menjadi persoalan netizen adalah penampilan Sajat semasa menunaikan umrah, sebagai seorang wanita lengkap dengan telekung dan bukannya dalam ihram. Malah, ramai juga yang keliru apabila dua lagi rakan Sajat yang dipercayai ‘Mak Nyah’ turut menjalani ibadah dalam kalangan jemaah wanita. Tindakan mereka itu seakan mempersendakan agama.

Siapalah kita untuk menilai niat seseorang melakukan ibadah, biarlah itu antara mereka dengan Allah SWT apatah lagi sehingga hari ini status jantina Sajat masih lagi menjadi teka-teki.

Doakan yang baik-baik sahaja dan semoga satu hari nanti pintu hati mereka terbuka untuk berubah.

What do you think?

74 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Apple Umum Keuntungan Lebih RM300 Bilion

Noorshila Amin Lancar Single Terbaharu Berjudul LARI Kolaborasi Bersama Anaknya