in , ,

Noorshila Amin Lancar Single Terbaharu Berjudul LARI Kolaborasi Bersama Anaknya

 Lari – Single Terbaru Noorshila Amin Adalah Kolaborasi Kali Pertama Bersama Anak-Anak Lelaki. Penyanyi : Noorshila Amin, Daniel Durrany, Banni Basyishar Penulis Lirik & Komposer : Daniel Durrany Dan Banni Basyishar

Penyanyi tahun 80-an yang juga merupakan Semi Finalis program realiti Gegar Vaganza 2019, Noorshila Amin (55 tahun) atau kini lebih mesra dikenali sebagai MamaShila baru sahaja melancarkan Single Terbaharu bertajuk Lari. Single itu merupakan Kolaborasi Tiga Suara menampilkan Noorshila Amin yang pertama kalinya berganding bersama dua anak terunanya iaitu Daniel Durrany (27 tahun) dan Banni Basyishar (25 tahun).

Bertemakan semangat juang, Lari adalah motivasi untuk mengejar impian dan cita-cita. Bait lirik di awal lagu ini adalah soalan kepada pendengar yang telah berpatah semangat yang kemudiannya disusuli dengan tiupan semangat agar pendengar kembali bangun mengejar kejayaan yang setia menunggu. Sudah tentu bahagian paling menarik dan dinantikan dalam sisi lagu ini adalah karakter suara bertenaga dari MamaShila yang berbeza daripada genrenya selama ini.

Daniel Durrany yang pernah mendapat perhatian Aizat Amdan semasa ujibakat Mentor 2018 berharap agar genre Drum & Bass yang dipertaruhkan ini dapat diterima oleh masyarakat Malaysia dan sekaligus mewarnai industri muzik tanah air.

Walaupun lagu ini telah dicipta pada tahun 2017 tetapi hanya kini Banni yakin bahawa pendengar Malaysia lebih terbuka menerima muzik seperti ini di corong-corong radio.

Lagu ini mendapat ​‘positive reaction’ ​daripada beberapa ​‘celebrity’ terkenal tanah air antaranya Datuk Dr Hj Fadhilah Kamsah (Pakar Motivasi Terkenal), Erra Fazira (Pelakon/Penyanyi/Hos), Datuk Freddie Fernandez (Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, En Azmi Zainal (Boss Susu-CEO Farm Fresh) dan juga Sabhi Sadhi (Penyanyi One Nation Emcees).

Kolaborasi tiga suara ini diharap menjadi ‘Salam Perkenalan’ Daniel Durrany dan Banni Basyishar sebagai artis solo dalam industri muzik tanah air dimana single kedua yang juga merupakan kolaborasi kedua mereka dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun 2020.

Kini, lagu Lari boleh didengari dan dilayari di semua digital platform seperti Spotify, Itunes, Joox, TikTok dan GooglePlay. Terbaru, Video Lirik Rasmi lagu tersebut kini boleh didapati di laman sesawang Youtube melalui Channel BB.MonkeyRecords.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sajat Buat Umrah di Mekah Jadi Perbualan Hangat Netizen

Setelah Tiga Tahun Menyepi, Anugerah Industri Muzik Kini Kembali di Tahun 2020