in , ,

Apple Umum Keuntungan Lebih RM300 Bilion

SYARIKAT gergasi elektronik, Apple hari ini mengumumkan pendapatan suku tahunan sebanyak RM374.68 bilion (USD91.8 bilion) iaitu peningkatan sebanyak sembilan peratus bagi keputusan kewangan untuk suku pertama tahun fiskal 2020 yang berakhir 28 Disember lalu.

Jualan produk miliknya bagi segmen antarabangsa menyumbang 61 peratus daripada pendapatan suku berkenaan dan ia didorong oleh pelancaran beberapa peranti terkini keluaran syarikat berkenaan. Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook berkata, pihaknya sangat gembira mengumumkan rekod pendapatan suku tahunan tertinggi Apple yang didorong oleh permintaan kukuh untuk model terbaharu peranti pintar iPhone 11 dan iPhone 11 Pro.

Apple Watch

“Ia adalah rekod sepanjang masa untuk perkhidmatan serta peranti boleh pakai keluaran Apple. Perkakasan keluaran Apple juga sudah menjangkau 1.5 bilion kepenggunaan aktif pelbagai peranti membabitkan semua segmen geografi dan ini adalah bukti bahawa produk keluaran syarikat mendapat maklum balas positif daripada pelanggan,”

– Tim Cook

Jenama berkenaan kekal sebagai pengeluar peranti premium apabila menawarkan perkakasan baharu yang memberi revolusi kepada segmen pasaran keseluruhannya.

Apple dianggap jenama paling berjaya setakat ini dengan menampilkan peranti revolusi teknologi di pasaran dan kini syarikat berkenaan turut mempunyai perkhidmatan penstriman video Apple TV.

Kepenggunaan peranti aktif sebanyak 1.5 bilion itu termasuk beberapa perkhidmatan baharu yang diperkenalkan antaranya Apple TV dan juga Apple Watch selain penjualan siri produk sedia ada daripada iPhone, iPad dan Apple Watch.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amyra Rosli | 18

Amar Baharin & Amyra Rosli Timang Anak Kedua

Nur Sajat 2020 | 19

Sajat Buat Umrah di Mekah Jadi Perbualan Hangat Netizen