in

Muzik Video Turun Dari Langit Projek Pistol OST Filem PECAH

[dropcap]T[/dropcap]urunnya dari langit terus ke dunia seni tanahair. Sebuah kumpulan yang berkarisma dengan penampilan rock iaitu Projek Pistol telah membuat persembahan mantap di Akustika Pagi Rock Krew, Hot FM dengan membawakan lagu OST filem PECAH iaitu “Turun Dari Langit” secara akustik (Jumaat, 17 Mei).

[pullquote align=”right”]Filem PECAH bakal ditayangkan pada 13 Jun 2013 ini di seluruh pawagam Malaysia.[/pullquote]

Selepas kejayaan Projek Pistol dalam Anugerah Juara Lagu pada tahun 2011 mereka juga telah berangkat ke Hong Kong setelah kumpulan ini menjadi pilihan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) bagi mewakili Malaysia dalam pertandingan Hong Kong Asia Pop Music Festival pada 21 Mac 2012 sehingga 24 Mac 2012.

Buat masa ini Projek Pistol sedang sibuk merakamkan lagu-lagu baru mereka. Sementara itu lagu hit mereka iaitu “Turun Dari Langit” telah digunakan sebagai lagu OST filem Pecah yang bakal ditayangkan di pawagam 13 Jun 2013 ini. Projek Pistol yang dianggotai oleh Boy Clifford sebagai penyanyi, Edrie Hashim (Gitar), Zham (Gitar Bass) dan Pae (Drum).

Segala informasi dan gambar filem Pecah boleh didapati di laman Facebook Page Filem Pecah dan OST Turun Dari Langit (Project Pistol) di laman Youtube Grand Brilliance yang kini juga bakal memasuki carta-carta radio tempatan. Ikuti juga perkembangan filem ini melalui akaun Twitter @PecahTheMovie untuk memenangi beberapa hadiah misteri.

Jangan lupa nantikan filem PECAH yang bakal ditayangkan pada 13 Jun 2013 ini di seluruh pawagam Malaysia.

Muzik Video Turun Dari Langit Projek Pistol OST Filem PECAH

Muzik Video Turun Dari Langit Projek Pistol OST Filem PECAH

Muzik Video Turun Dari Langit Projek Pistol OST Filem PECAH

Muzik Video Turun Dari Langit Projek Pistol OST Filem PECAH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas Kini Di Pasaran

Saiful Bukhari Bakal Nikah Wartawan Penyiaran TV3