in , ,

PTTI Lancar Kempen 2 Juta Bangkit Belajar, Iman Troye Duta Terbaharu

Selepas lima tahun mengukuhkan jenamanya sebagai pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI terus dedikasi meneruskan misinya.

Terbaru, jenama popular dalam dunia pembelajaran itu melancarkan kempen 2 Juta Bangkit Belajar pula pada 27 Oktober di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Bertemakan ‘Berjuta Kejayaan Bermula dengan Langkah Pertama’, usaha pusat ilmiah itu dilihat sentiasa mahu menggalakkan pelajar terus belajar walau dalam apa jua situasi termasuk mengharungi pandemik COVID-19.

Ptti Lancar Kempen 2 Juta Bangkit Belajar
CIKGU FANA

Sinonim dengan calon SPM selama ini, bagaimanapun inisiatif baru dianjurkan sebaliknya terbuka kepada pelajar tingkatan 1 hingga lima.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata, sasaran 2 juta pelajar itu diberi secara percuma untuk belajar dalam talian menerusi aplikasi pembelajaran, PTTI Better Result selama sebulan.

“Bermula hari ini (27 Oktober) hingga 27 November depan, kita buka kuota belajar percuma dalam talian untuk 2 juta pelajar ini. Kita sedar ramai golongan ini terkesan akibat pandemik dan terus bangkit membiasakan fasa peralihan endemik.

“Mereka dari tingkatan satu hingga lima, boleh memuat turun aplikasi PTTI Better Result dan selepas itu boleh belajar secara ‘live’ mengikut jadual yang ditetapkan.

“Kita bagi percuma sebulan ini sebagai rangsangan kepada usaha tak kenal jemu membantu pelajar. Lagipun pembelajaran dalam talian sudah menjadi ‘trend’ dan tuntutan semasa saat ni,” katanya.

Ditanya kenapa membuka peluang kali ini kepada pelajar lain dan bukannya calon SPM, Cikgu Fana percaya usaha belajar awal itu tidak pernah menjadi satu kerugian.

“Sebab kita nampak lagi awal pelajar itu mula belajar, makin mudah dan cepat untuk mereka ini menjadi cemerlang. Dengan rekod kejayaan membantu pelajar SPM, kita percaya PTTI boleh bantu lebih ramai lagi pelajar untuk cemerlang dalam pembelajaran.

“Misi kita sendiri mahu menawarkan pembelajaran yang konsisten menerusi teknik mudah untuk meningkatkan kefahaman dan prestasi dalam pembelajaran pelajar

“Kita menyeru semua pelajar mengambil peluang untuk skor dalam pembelajaran kerana mereka ini mampu untuk mendapat keputusan cemerlang,” katanya.

Ptti Lancar Kempen 2 Juta Bangkit Belajar
DUA DUTA PTTI, MK DAN IMAN TROYE

Serentak dengan kempen itu, penyanyi muda popular Iman Troye turut diumumkan sebagai duta pusat ilmiah berkenaan.

Pada majlis sama, penyanyi yang meledak dengan lagu Teman itu turut melakukan simbolik pelancaran single keduanya berjudul Nang.

“Kita kali pertama menggunakan khidmat dan pengaruh Mira Filzah sebagai duta. Seterusnya sejak awal tahun ini, anggota K-Clique, MK pula mengambil alih posisi itu.

“Sejak September lalu, Iman turut dipelawa sebagai duta selama setahun. Jadi sekarang kita ada dua duta, MK dan Iman,” katanya.

Cikgu Fana menambah, Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin dilihat mempunyai kredibiliti dan tarikan untuk menarik lebih ramai pelajar untuk skor.

Ptti Lancar Kempen 2 Juta Bangkit Belajar

“Iman pun pelajar peringkat Diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Saya dapat tahu, dia antara pelajar yang cemerlang dan mendapat sijil dekan.

“Dia memang boleh jadi inspirasi kepada pelajar lain. Malah Iman turut merakamkan lagu jingle 30 saat berjudul Pilih PTTI yang disadur daripada lagu popularnya, Teman,” katanya.

Turut hadir memeriahkan majlis itu ialah pelajar cemerlang SPM 2020.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Saharul Ridzwan | 21

Saharul Ridzwan & Zara Zya Kembali Beraksi dalam Drama MR BIBIK di TV3 & Iqiyi

Eskayvie | 22

Eskayvie Lancar Diffenz Junior, Khusus Untuk Kanak-Kanak