in , ,

Sah! Neelofa Dirisik PU Riz, Bakal Nikah Pada Penghujung Mac 2020

Sebut sahaja nama Neelofa, pasti semua sudah mengenali pelakon dan pengacara yang sangat berbakat ini. Semalam, kecoh di media sosial di mana netizen tertanya-tanya berhubung majlis pertunangan Noor Neelofa dan pendakwah terkenal, Haris Ismail atau lebih dikenali dengan nama PU Riz. Betulkah keluarga PU Riz datang merisik?

Memetik berita dari Awani, selebriti dan usahawan ternama, Neelofa telah sah menerima kunjungan keluarga PU Riz. Berita ini dah sahih dan dibuktikan dengan gambar-gambar dan video yang bertebaran di sosial media.

Difahamkan, kunjungan itu adalah bagi menyempurnakan acara merisik.

MAJLIS MERISIK NEELOFA & PU RIZ

Majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan.

Sumber keluarga pasangan berkenaan memberitahu, Neelofa yang baru-baru ini membuat keputusan untuk berniqab menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting.

Neelofa dan PU Riz juga difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.

MAJLIS MERISIK NEELOFA & PU RIZ

Sebelum majlis merisik diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail, di sini itu, seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz.

Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.

MAJLIS MERISIK NEELOFA & PU RIZ

Hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dihidu oleh media sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Neelofa yang juga pengasas syarikat Naelofar Hijab dan Nilofa Group dan PU Riz tidak pernah mengiaya atau menafikan hubungan akrab mereka.

Kedua-dua mereka sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan selebriti wanita yang mempunyai lapan juta pengikut di akaun Instagram.

PU Riz merupakan salah seorang peserta program Pencetus Ummah pada 2016 dan merupakan seorang pendakwah bebas serta pelakon.

MAJLIS MERISIK NEELOFA & PU RIZ
MAJLIS MERISIK NEELOFA & PU RIZ
MAJLIS MERISIK NEELOFA & PU RIZ
MAJLIS MERISIK NEELOFA & PU RIZ
MAJLIS MERISIK NEELOFA & PU RIZ

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Belasungkawa Sean Connery dalam Kenangan & Perginya Seorang Legenda James Bond

ABPBH 33 Diadakan Secara Virtual Tanpa Kehadiran Peminat & Kelab Peminat