in , ,

ABPBH 33 Diadakan Secara Virtual Tanpa Kehadiran Peminat & Kelab Peminat

Bertepatan dengan tema #ABPBHKITA2020, pengumuman Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-33 yang diadakan secara virtual, menyaksikan pengemudian penganjuran kali ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya bagi mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Pengumuman tersebut dibuat secara langsung melalui program Melodi TV3, hari ini. Kemudian, diikuti dengan Sidang Media Virtual Malam Kemuncak ABPBH 33 bersama pihak penganjur, hos Malam Kemuncak ABPBH 33 dan Karpet Merah serta beberapa orang artis, yang disiarkan  secara langsung melalui  laman sosial media Facebook BH dan TV3 serta laman web ABPBH.

Malam kemuncak ABPBH 33 yang dibawakan oleh penaja utama Xiaomi Malaysia, akan disiarkan secara langsung di saluran Tonton, YouTube TV3 dan BH termasuk laman web ABPBH di www.abpbh.com.my, dan buat julung kalinya juga menerusi laman aplikasi TikTok dari Axiata Arena Bukit Jalil pada jam 9.00 malam, hari Jumaat, 13 November depan.

Xiaomi adalah sebuah syarikat elektronik multinasional China yang ditubuhkan pada April 2010 dan beribu pejabat di Beijing. Xiaomi melabur dalam pengeluaran telefon pintar, aplikasi mudah alih, komputer riba, perkakas rumah, beg, kasut, elektronik pengguna dan banyak produk lain.

Sementara itu, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) yang menjadi penaja kereta rasmi ABPBH 33 akan menaja sebuah kereta Nissan LEAF Serba Baharu dengan kuasa elektrik 100% dan sifar emisi, berharga RM181,263 untuk Anugerah Bintang Paling Popular BH Ke-33. ETCM adalah anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Bhd dan pengedar rasmi kenderaan jenama Nissan di Malaysia.

Senarai 10 Artis yang Mendahului Undi Terkumpul ABPBH 33 Setakat Ini

  1. Aiman Tino
  2. Alif Satar
  3. Fazura
  4. Haqiem Rusli
  5. Haziq
  6. Hun Haqeem
  7. Khai Bahar
  8. Sherry Alhadad
  9. Siti Nordiana
  10. Zahiril Adzim

Pengarang Berita Hiburan BH merangkap Pengarah Jawatankuasa Penganjur ABPBH 33, Shamshul Azree Samshir berkata BH, selaku penganjur sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan semua individu yang terlibat dalam penganjuran ABPBH pada tahun ini mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan serta mematuhi arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Bersesuaian dengan norma baharu dalam kehidupan, kita memberi penekanan yang lebih terhadap aspek kesihatan dan keselamatan dalam penganjuran acara ABPBH edisi ke-33 ini.

Semua pihak yang terlibat pada malam kemuncak itu nanti diwajibkan melakukan imbasan suhu, memakai pelitup muka, disinfeksi peralatan yang kerap digunakan, mengamalkan penjarakan sosial dan kerap mencuci tangan menggunakan sabun atau sanitiser,”

“Bagi mengelakkan perhimpunan secara beramai-ramai, malam kemuncak ABPBH 33, buat pertama kalinya diadakan tanpa kehadiran penonton mahupun kelab peminat.

Hanya mereka yang bekerja dan sebilangan artis yang terlibat sahaja yang hadir. Kami akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk kita jaga diri kita dan mengikuti tahap kepatuhan SOP yang amat tinggi.”

– Shamshul Azree Samshir

Shamshul Azree berkata penganjuran ABPBH 33 pada tahun ini akan menjadi tanda aras dalam menganjurkan program-program anugerah hiburan dalam norma baharu pada masa akan datang.

“Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, ini adalah tanggung jawab yang wajib dipikul apatah lagi peranan BH sebagai media arus perdana dan penganjur acara hiburan seumpama ini.

Pada masa yang sama, kami juga sedar peranan kami dalam menjana ekonomi, memberi peluang kepada artis-artis dan penggiat seni, termasuk syarikat-syarikat produksi dan kru produksi untuk mencari rezeki dan seterusnya membangunkan industri seni tanah air,”

– Shamshul Azree Samshir

Pengacara popular, penyanyi dan juga pelakon, Dato’ AC Mizal sekali lagi dijemput untuk mengacarakan Malam Kemuncak ABPBH pada tahun ini. Beliau akan digandingkan dengan pelakon hebat dan juga pengacara yang tidak asing lagi iaitu Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil.

Pengalaman dan kepakaran Dato’ AC dan Abil dalam mengemudi acara anugerah menjadi sandaran agar ABPBH 33 yang mendapat sokongan penaja utama, Xiaomi Malaysia mampu mencipta sejarah tersendiri dan sekali lagi trending dalam media sosial. 

Barisan artis membuat persembahan turut membabitkan bintang yang layak bergelar lagenda, selain bakat baharu yang pantas mendaki tangga populariti.

Pentas ABPBH 33 bakal dihangatkan dengan persembahan duet dan berkumpulan, melibatkan gandingan bersama  Azlan Typewriter, Yonnyboii dan Zynakal; Faizal Tahir, Elly Mazlein, Syamel, Dolla dan Zizi Kirana; Ernie Zakri dan Hafiz Suip; Naim Daniel, Tuju dan Man Keedal; Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo; pasangan adik-beradik Liza Aziz dan Azlina Aziz bersama Noki K-Clique.

Penyanyi baru, Yonnyboii turut muncul buat kali kedua berpasangan dengan Shalma Eliana mempersembahkan lagu tema Xiaomi Malaysia iaitu Xiaomi For Me!. Sedikit kelainan turut diperkenalkan di atas pentas ABPBH 33 di mana sebuah sketsa komedi yang dijayakan oleh Khir Rahman, Joey Daud, Man, Nora Danish, Kaka Azraff dan Liza Abdullah.

ABPBH 33 turut memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada anak seni melalui kategori khas, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. Penerima anugerah ini bakal diumumkan pada malam kemuncak kelak.

Sementara itu, barisan penyampai trofi yang dipilih adalah dalam kalangan personaliti dan artis hebat yang memiliki reputasi tersendiri dalam setiap bidang diceburi. Mereka adalah Saiful Apek, Siti Nordiana, Shaheizy Sam, Zul Ariffin, Ramlah Ram, Wany Hasrita dan Dato’ Rosyam Nor.

Bagi segmen karpet merah pula, gandingan Sean Lee dan Sissy Imann pasti menghangatkan lagi liputan eksklusif dari lokasi acara berlangsung.

Malam kemuncak ABPBH 33 bakal menobatkan Bintang Paling Popular yang dipilih dalam kalangan calon Top 20 yang memperoleh undian tertinggi membabitkan 13 kategori.

Tiga belas kategori itu adalah Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia, Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Artis Versatil Popular, Artis Komedi Popular, Pengacara TV Popular dan Penyampai Radio Popular.

Turut dipertandingkan adalah lima kategori ‘online’ iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Lagu Paling Boom Popular, Artis Kontroversi Popular dan FC #FANtastik Popular.

Undian ABPBH 33 masih lagi dibuka sehingga 8 November ini. Undian boleh dibuat menerusi laman web ABPBH di www.abpbh.com.my.

Senarai Pencalonan ABPBH 33

Artis Baharu Lelaki Popular

  1. Aisar Khaledd 
  2. Chubb-E
  3. Shaqiel Naufal
  4. Yonnyboii 
  5. Yusuf Bahrin
  6. Mzul Helmy
  7. Yazid Izaham
  8. Fariz Jabba
  9. Zynakal
  10. Farhan Asri
  11. Danial Dashuki
  12. Zaim Ajmal
  13. Daniesh Suffian
  14. Tuah Adzmi
  15. Hez Hazmi
  16. Nafiz Muaz
  17. Hun Haqeem
  18. Adam Shadan
  19. Firdaus Ghufran
  20. Adzrin 

Artis Baharu Wanita Popular

  1. Bella Dowanna
  2. Mimi Manan
  3. Bunga Isme
  4. Shasha Abedul
  5. Reshma Martin
  6. Eza Edmond
  7. Muna Shahirah
  8. Yuna Rahim
  9. Isyariana Che Azmi 
  10. Wafariena
  11. Alyssa Dezek
  12. Syafa Wany
  13. Zera Hariz
  14. Syerinie Myra
  15. Nynaa Harizal
  16. Zeera Azizi
  17. Sharifah Husna
  18. Alya Iman Zamil
  19. Sophia Albarakbah
  20. Riena Diana 

Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia

  1. Hafiz Suip
  2. Hael Husaini
  3. Haqiem Rusly
  4. Afieq Shazwan
  5. Khai Bahar
  6. Andi Bernadee
  7. Syamel
  8. Luqman Faiz
  9. Hazama
  10. Usop
  11. Naim Daniel
  12. Faizal Tahir
  13. Achey
  14. Sufian Suhaimi
  15. Aiman Tino
  16. Alif Satar
  17. Amir Masdi
  18. Ismail Izzani
  19. Ariff Bahran
  20. Aman RA

Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia

1. Dayang Nurfaizah

2. Stacy

3. Ernie Zakri

4. Adira

5. Erra Fazira

6. Nur Fazura

7. Aina Abdul

8. Wany Hasrita

9. Nabila Razali

10. Neeta 

11. Fieya Julia

12. Zizi Kirana

13. Baby Shima

14. Marsha Milan

15. Amylea Azizan

16. Ara Johari

17. Ayda Jebat

18. Elizabeth Tan

19. Muna Shahirah

20. Wani Kayrie

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular

  1. Ismail Izzani feat Zizan Razak 
  2. Drama Band
  3. Khai Bahar dan Siti Nordiana
  4. Syamel dan Ernie Zakri
  5. Akim & The Majistret
  6. De Fam
  7. Adira dan Hafiz Suip 
  8. Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah
  9. K-Clique
  10. Arif Bahran dan Sarah Suhairi
  11. Floor 88
  12. Amylea dan Megat
  13. Zynakal feat Yonnyboii 
  14. Azarra Band
  15. Kugiran Masdo 
  16. Joe Flizzow, SonaOne, Altimet dan Alif 
  17. MeerFly feat MK K-Clique dan Kidd Santhe 
  18. Exists 
  19. Altimet feat Zizi Kirana 
  20. Sufian Suhaimi dan Amira Othman

Pelakon Filem Lelaki Popular

  1. Sharnaaz Ahmad
  2. Syazwan Zulkifly
  3. Zahiril Adzim
  4. Namron
  5. Syafiq Kyle
  6. Datuk Rosyam Nor
  7. Izzue Islam
  8. Ashraf Muslim
  9. Zul Ariffin
  10. Hisyam Hamid
  11. Hazama
  12. Hairul Azreen
  13. Remy Ishak
  14. Pekin Ibrahim
  15. Mawi
  16. Achey
  17. Ropie
  18. Zizan Razak
  19. Datuk Awie
  20. Bront Palarae


Pelakon Filem Wanita Popular

  1. Raja Ilya
  2. Erra Fazira
  3. Nabila Huda
  4. Dayana Roza
  5. Sweet Qismina
  6. Mimi Lana
  7. Reen Rahim
  8. Sharifah Amani
  9. Juliana Evans
  10. Elizabeth Tan
  11. Chacha Maembong
  12. Jasmin Hamid
  13. Elisya Sandha
  14. Fify Azmi
  15. Mira Filzah
  16. Nur Fazura
  17. Nadiya Nisaa
  18. Mawar Rashid
  19. Jasper Supayah
  20. Amira Othman

Pelakon TV Lelaki Popular

  1. Adam Lee
  2. Alif Satar
  3. Amar Baharin
  4. Ben Amir
  5. Datuk Fizz Fairuz
  6. Fattah Amin
  7. Fikry Ibrahim
  8. Hisyam Hamid
  9. Kamal Adli
  10. Redza Rosli
  11. Naim Daniel
  12. Rashidi Ishak
  13. Remy Ishak
  14. Saharul Ridzwan
  15. Sean Lee
  16. Sharnaaz Ahmad
  17. Shukri Yahaya
  18. Syafiq Kyle
  19. Ungku Ismail Aziz
  20. Zul Ariffin

Pelakon TV Wanita Popular

  1. Amyra Rosli
  2. Azar Azmi
  3. Emma Maembong
  4. Elly Mazlein
  5. Farah Nabilah
  6. Fasha Sandha
  7. Izara Aishah
  8. Janna Nick
  9. Mawar Rashid
  10. Mira Filzah
  11. Nabila Huda
  12. Nabila Razali
  13. Nelydia Senrose
  14. Jasmine Suraya
  15. Siti Elizad Sharifuddin
  16. Siti Saleha
  17. Sweet Qismina
  18. Tiz Zaqyah
  19. Uqasha Senrose
  20. Zara Zya

Artis Versatil Popular

  1. Datuk AC Mizal
  2. Elly Mazlein
  3. Erra Fazira
  4. Janna Nick
  5. Jihan Muse
  6. Mira Filzah
  7. Nabila Huda
  8. Naim Daniel
  9. Sherry Alhadad
  10. Siti Elizad Sharifuddin 
  11. Siti Nordiana
  12. Zizan Razak
  13. Zulin Aziz
  14. Syuk Sahar 
  15. Datuk Awie
  16. Alif Satar 
  17. Nabil Ahmad
  18. Achey
  19. Shuib Sepahtu 
  20. Mark Adam

Artis Komedi Popular

  1. Jihan Muse
  2. Mark Adam
  3. Shuk Sahar
  4. Kazar Saisi
  5. Ali Puteh
  6. Jep Sepahtu
  7. Zizan Razak
  8. Shuib Sepahtu
  9. Sherry Alhadad
  10. Liza Abdullah
  11. Amyza Aznan
  12. Didie Alias
  13. Sharif Zero
  14. Issey Fazlisham
  15. Acong Sweetchild
  16. Khir Rahman
  17. Mamak Puteh
  18. Ropie
  19. Vicha
  20. Bell Ngasri

Pengacara TV Popular

  1. Ain Edruce
  2. Alif Satar
  3. Datuk AC Mizal 
  4. Erra Fazira
  5. Jihan Muse
  6. Sean Lee
  7. Sherry Alhadad
  8. Nana Mahazan 
  9. Awal Ashaari
  10. Janna Nick
  11. Syuk Sahar
  12. Haziq 
  13. Fiza Sabjahan
  14. Elly Mazlein
  15. Nabil Ahmad 
  16. Mira Filzah
  17. Hefny Sahad 
  18. Fahrin Ahmad
  19. Siti Elizad Sharifuddin 
  20. Radin 

Penyampai Radio Popular

  1. Issey Fazlisham 
  2. DJ Lin
  3. Fizi Ali
  4. Feeya Iskandar
  5. Sharifah Shahira
  6. Johan 
  7. Hanif
  8. Ray
  9. Radin
  10. Jep Sepahtu
  11. Rahim
  12. Siti Elizad Sharifuddin 
  13. AG
  14. Haiza
  15. Muaz
  16. Rea
  17. Shuk Sahar 
  18. Haziq
  19. Fizie 
  20. Shuib Sepahtu 

KATEGORI ONLINE

Gandingan Serasi Drama Popular

  1. Adam Lee & Sweet Qismina

(Adam Chempaka)

  1. Amar Baharin & Emma Maembong

Cemburu Seorang Perempuan)

  1. Amyra Rosli & Syafiq Kyle

(Nur 2)

  1. Alif Satar & Zara Zya

(Pia)

  1. Ben Amir & Mira Filzah

(Sweet Dreams)

  1. Datuk Fizz Fairuz & Nabila Huda

(Kamar Kamariah)

  1. Elly Mazlein & Rashidi Ishak

(Kampung People)

  1. Emma Maembong & Shukri Yahaya

(Kerana Dia Manusia Biasa) 

  1. Fattah Amin & Azar Azmi

(Cetera Hati Diya) 

  1.  Fikry Ibrahim & Farah Nabilah

(Kau Yang Pertama)

  1. Hannah Delisha & Shukri Yahaya

(30 Pesanan Suara)

  1. Janna Nick & Redza Rosli

(Leftenan Zana) 

  1. Mira Filzah & Ungku Ismail Aziz

(Adellea Sofea)

  1. Saharul Ridzwan & Mawar Rashid 
    (Dia Pengantinku)
  2. Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose

(Lelakimu Yang Dulu)

  1. Shukri Yahaya & Nabila Razali

(Pesan Pada Hati)

  1. Syafiq Kyle & Janna Nick

(Bukan Cinta Aku)

  1. Ungku Ismail Aziz & Siti Elizad Sharifuddin

(Aku Yang Kau Tinggalkan)

  1. Uqasha Senrose & Kamal Adli

(Setelah Terlafaznya Akad)

  1. Zul Ariffin & Intan Najuwa

(Setelah Ku Dimiliki)

Gandingan Serasi Filem Popular

  1. Izzue Islam & Nonny Nadirah 
    (XX Ray 111)
  2. Zul Ariffin & Elizabeth Tan 
    (Misteri Dilaila)
  3. Zizan Razak & Datuk Awie 
    (Bikers Kental 2)
  4. Hazama, Joey Daud & Along Cham (Tiada Tajuk)
  5. Remy Ishak &  Nadiya Nisaa (BU)
  6. Syazwan Zulkifly & Isyariana Che Azmi (Warkah)
  7. Zahiril Adzim & Dayana Roza (Kron)
  8. Zul Ariffin & Mira Filzah (Sangkar)
  9. Nabila Huda & Sharnaaz Ahmad (Wangi)
  10. Namron & Pekin Ibrahim (Suatu Ketika)
  11. Nur Fazura & Remy Ishak 
    (Dendam Pontianak)
  12. Datuk Rosyam Nor & Sharifah Amani (Motif)
  13. Hisham Hamid & Elisya Sandha 
    (Hero, Jangan Bikin Panas)
  14. Wan Raja & Joey Daud (Kolong)
  15. Chacha Maembong & Nadzmi Adhwa (Anak Perjanjian Syaitan)
  16. Syafiq Kyle & Mimi Lana (Pusaka)
  17. Mark Adam & Josiah Hogan 
    (7 Hari Kisah Cinta Langkawi)
  18. Raja Ilya & Pablo Amirul (KL Vampires)
  19. Hairul Azreen & Fify Azmi (Wira)
  20. Pablo Amirul & Ahmad Maembong (Garang)

Lagu Paling Boom Popular

  1. Anta Permana – Datuk Seri Siti Nurhaliza 
  2. Donde – Andi Bernadee
  3. Hari Ini – Hael Husaini
  4. Hatiku Milikmu – Siti Nordiana
  5. Hutang – Floor 88
  6. Juara Dusta – Ariff Bahran
  7. Kepuraanmu – Luqman Faiz
  8. Kisah Antara Kita – One Avenue Band
  9. Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip
  10. Takdir Tercipta – Hafiz Suip & Adira
  11. Lembah Kesepian – Haqiem Rusli
  12. Mimpi – K-Clique feat Alif 
  13. Ragaman – Faizal Tahir
  14. Rampas – Akim & The Majistret
  15. Selamat Tinggal Sayang – Haqiem Rusli
  16. Sumpah – Naim Daniel
  17. Sumpah – Aina Abdul
  18. Drama – Drama Band
  19. Pujaan Hati – Adira Suhaimi
  20. Bangun – Aman RA

Artis Kontroversi Popular

  1. Nur Fathia 
  2. Zul Ariffin
  3. Syafiq Kyle
  4. Aiman Tino
  5. Kamal Adli
  6. Ameer Forteen
  7. PU Riz
  8. Riz Amin
  9. Aliff Aziz
  10. Bella Astillah
  11. Emma Maembong
  12. Sharnaaz Ahmad
  13. Haneesya Hanee
  14. Fizo Omar
  15. Atikah Suhaime
  16. Adira
  17. Syafie Naswip
  18. Aishah Azman
  19. Zara Zya
  20. Hafreez Adam

FC #FANtastik Popular

1. adamleenizers

2. alifsatarofficialfc

3. arasquadrasmi

4. cmsecretfans

5. djlinfollowers

6. emanizers_thenizers

7. wlfs4eva

8. fattastic_squad

9. feekryers

10. fl88rwers

11. intanadmirers

12. officially_izzuezerss

13. janna_nicker

14. 302family

15. khaibaharempire

16. mawarians_official

17. radinrangers

18. sherryliciousfc

19. sitinordianafc

20. teamsgs

21. sweetqisminizers

22. wanyhasnizers

23. ztf_official

24. sitizoner 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sah! Neelofa Dirisik PU Riz, Bakal Nikah Pada Penghujung Mac 2020

Poovaa Tembusi Pasaran Muzik Melayu, Lancar Single Pertama Berjudul KARYA