in

Sah! Juliana Evans Bercinta Dengan Sam Bunkface

Sah! Pelakon manis jelita, Juliana Evans sedang hangat bercinta dengan vokalis Bunkface, Sam. Memang sesuai sebab kedua selebriti ini berdarah kacukan. Cinta baru sahaja bersemi selepas Juliana frust dengan seorang bisnesman. Ketika itu, Juliana sibuk berlakon drama Kasut Tumit Tinggi dengan adik Sam. Mulanya, hubungan mereka hanya sebagai kawan, lama kelamaan mereka serasi lalu rapat. Bagi Juliana, Sam seorang yang suka berterus terang. Terbaru, Juliana akan berlakon dalam drama Rosli Dhobi untuk Suatu Ketika di Astro.

Budiey pernah jumpa Juliana Evans dua kali. Sekali masa prebiu filem Kami The Movie dan masa sidang media Anugerah Bintang Popular Top 5 di The Mines.

Juliana Evans masa pra tonton filem Kami The Movie

Yang ni pula masa sidang media Top 5 Finalis ABP

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Nama 25 Peserta Anak Wayang Astro

Gambar Nuh Hujan Di Puncak Kota Keriangan Genting