in , ,

Juliana Evans Timang Cahaya Mata Perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah Nama Diberi

Tahniah diucapkan buat pelakon Jelita yang membintangi drama Bella & Jamie, Che Puan Juliana Evans baru sahaja selamat menimang cahaya mata sulung. Beliau telah berkongsi foto wajah bayinya itu di Instagram pada Ahad untuk tatapan peminat.

Pasti ramai yang nak tahu apa nama puteri sulung beliau kan? Ya, menurut apa yang dimaklumkan di Instagram, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah merupakan nama yang diberikan kepada anak perempuan pelakon Che Puan Juliana Evans. Cantik betul nama tu, kan? Kamiliah ni kalau tak silap bermaksud sempurna.

Juliana Evans Timang Cahaya Mata Perempuan

Nama puterinya itu dikongsi oleh abang ipar Juliana, Tengku Salehuddin Ismail Shah menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya pada hari Sabtu lalu.

Selain nama, Tengku Salehuddin juga turut berkongsi wajah anak perempuan sulung Juliana.

Juliana Evans Timang Anak Perempuan

“Alhamdulillah, this my daughter Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah binti Tengku Sharifuddin shah.

Congratulations @tengku_adeq and @julianaevans #mily,”

– Tengku Salehuddin Ismail Shah

Juliana, 29, berkata kehadiran bayi perempuan diberi nama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah itu bagaikan satu mimpi yang menjadi realiti.

Dalam masa sama, dia turut berterima kasih kepada peminat yang mendoakan supaya proses kelahirannya dipermudahkan.

Che Puan Juliana Evans
Juliana Evans berkongsi perasaan gembira di Instagram pada Ahad, 14 Julai

“Alhamdulillah, saya dah jadi ibu. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas ucapan, saya sangat terharu,”

– Che Puan Juliana Evans
Che Puan Juliana Evans

“Saya mahu membalas semua ucapan tetapi anak perempuan saya sudah mengambil begitu banyak masa saya, dia banyak permintaan namun saya amat menyayanginya, terasa bagai mimpi apabila akhirnya melihat dia di depan mata,”

– – Che Puan Juliana Evans

Juliana selamat melahirkan cahaya mata pertamanya itu pada pukul 9.39 malam, Sabtu, 13 Julai 2019.

Sebelum itu, abang ipar Juliana iaitu Tengku Salehuddin Ismail Shah berkongsi mengenai nama bayi berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya.

Che Puan Juliana Evans
Juliana bersama suami tersayang, Tengku Shariffuddin Shah.

Juliana atau Juliana Sophie Johari Evans dan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah, 31, mendirikan rumah tangga pada 30 April 2017.

Bintang pelakon drama terbaharu, Mimpi Sabrina dulunya pernah berharap agar dikurniakan cahaya mata perempuan memandangkan keluarganya dan suami mempunyai ramai saudara lelaki.

Ini bererti impian Juliana dan suami untuk menimang anak perempuan tercapai dengan kelahiran Kamiliah.

Syukur alhamdulilah. Semoga bayi ini membesar dan menjadi anak yang soleh.

Kredit Gambar: Instagram

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Dini Schatzmann Nafi Bercinta dengan Janna Nick

Disney Channel’s Club Mickey Mouse Season 3 – Episode 6