in ,

Penginapan Praktikal & Selesa di SAGE HOTEL PERTH

Kedudukan bandaraya Perth sebagai salah satu destinasi pelancongan paling dekat dan popular di Australia telah membawa kepada pembinaan ratusan hotel di negara tersebut. Banyak jenama-jenama hotel antarabangsa yang tumbuh bagaikan cendawan di situ. Terdapat juga hotel-hotel tempatan yang tidak kurang hebatnya.

Namun, dalam kebanjiran hotel-hotel besar ini, muncul juga beberapa hotel butik tempatan berbintang yang menawarkan perkhidmatan setanding hotel-hotel antarabangsa.

Sage Hotel Perth

Penginapan Praktikal & Selesa di Sage Hotel Perth

[dropcap]H[/dropcap]otel-hotel baru yang lebih kontemporari dan unik ini mula mendapat perhatian pelancong tempatan dan asing kerana ciri-ciri istimewa yang mereka miliki. Salah satu hotel yang dimaksudkan adalah The Sage Hotel yang terletak di kawasan utama Perth di Hay Street. (Di kawasan barat Perth)

Hotel ini yang bercantum dengan sebuah bangunan rumah kedai lama yang diberi nafas baru. Ia mempunyai 101 buah bilik sahaja dan setiap bilik mempunyai senireka dalamannya yang mengikut tema kontemporrai masa kini.




[pullquote align=”right”]Terdapat empat saiz utama bagi setiap bilik mengikut keperluan para tamu. Kesemua bilik dilengkapi TV LCD dan semestinya sambungan wi-fi percuma. Ini diperhebatkan lagi dengan barangan bilik mandi berjenama bagi memanjakan setiap tamu yang menginap di sini.[/pullquote]

Untuk tujuan menjamu selera, mereka juga bekerjasama dengan sebuah kafe yang menampilkan hidangan makanan barat dengan aneka pilihan. Malah mereka turut mempunyai sebuah pusat senaman atau gimnasium yang boleh digunakan selama 24 jam sehari. Selain daripada itu mereka ada juga menyediakan basikal percuma yang boleh dipinjam para tamu untuk menjelajah kawasan kota Perth!

Terletak tidak jauh dari pusat membeli-belah terkenal Perth iaitu Watertown dan juga kafe-kafe serta restoran menarik hotel ini dibina untuk memenuhi pasaran pelancong yang semakin ramai di Perth selain daripada tetamu yang datang bagi tujuan perniagaan luar negara.

Kesimpulannya, The Sage Hotel West Perth benar-benar hotel butik berkualiti buat pelancong alaf baru masakini yang mahukan kelainan dalam penginapan kala bercuti. Tetap gah, tetap moden namun suasananya berbeza dan lain daripada yang lain.

Andai berpeluang ke Perth, bermalamlah di The Sage Hotel untuk mengalami keunikannya! Untuk keterangan lanjut layari Perth Hotel Accommodation – Sage Hotel West Perth.

Sage Hotel Perth

Sage Hotel Perth

Sage Hotel Perth

Penginapan praktikal dan selesa di Sage Hotel Perth
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

THR Gegar Sambung Siri Jajahan Gegar Ke 8 di Kelantan Minggu Ini

Joe Flizzow Minat Berlakon Lagi Selepas Membintangi PEKAK