in ,

Joe Flizzow Minat Berlakon Lagi Selepas Membintangi PEKAK

Penyanyi rap, Joe Flizzow memberitahu pemberita yang dia tidak menolak sekiranya ada pengarah atau produksi yang ingin menawarkannya berlakon selepas dia muncul buat kali pertama sebagai pelakon dalam filem berjudul Pekak.

Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 38, berkata, menerusi pengalaman pertamanya itu dia mengakui mula tertarik hati kerana cabang seni itu mencabar diri dan memerlukan komitmen tinggi.

Joe Flizzow & sona one_2

“Yang pasti ini bukan kali pertama dan terakhir, sekiranya ada peluang lagi selepas ini saya terbuka untuk mencuba.

“Bidang lakonan sesuatu yang mencabar selain tidak mudah dilakukan sebenarnya dan sebab itu saya tertarik.

Selepas berlakon, Joe mengakui memandang lebih tinggi karier sebagai pelakon.

“Selepas pengalaman pertama menerusi filem Pekak, rasa hormat saya terhadap para pelakon semakin tinggi kerana bukan calang-calang orang boleh melakukannya.”

Joe ditemui pada malam gala filem Pekak yang diadakan di [email protected] pada malam Rabu.

Filem arahan Mohd Khairul Azri itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Sharifah Sakinah, Amerul Affendi dan Iedil Putra.

Ia bakal menemui penonton dipawagam bermula 1 September ini.

Tambah Joe, selain berlakon dia juga menyimpan hasrat untuk menerbitkan sebuah filem sekiranya mempunyai peluang pada masa hadapan.

Bercakap lanjut mengenai Pekak, Joe berkata, pada awalnya dia secara bergurau meminta pengarah yang juga kenalan lama untuk memberinya peluang berlakon.

Bagaimanapun kata Joe, dia tidak menyangka Khairul serius dan menawarkannya watak sebagai Pusher namun seperti kebanyakan pelakon baharu lain dia perlu menghadiri sesi uji bakat terlebih dahulu.

“Saya mengenali Khairul sudah lama malah ketika menyiapkan muzik video Apa Khabar di New York kami ada bekerjasama dan ketika itulah saya secara bergurau mahu berlakon dalam filem arahannya.

Barisan pelakon Pekak dari kiri; Amerul Affendi, Iedil Putra, Sharifah Sakinah, Pengurus Besar Produksi Filem Primeworks Studios, Tenguk Iesta Tengku Alaudin, Sharifah Amani, Zahiril Adzim, pengarah Pekak, Mohd Khairul Azri, Joe Flizzow dan Loque.

“Tidak sangka saya dapat tawaran itu selepas menghadiri uji bakat dan diterima untuk melakonkan watak sebagai Pusher.

“Saya tertarik dengan filem ini kerana ia lain daripada kebiasaan selain saya nampak visi Khairul dalam penghasilan karya tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Joe berkata, sebagai persediaan sebelum memasuki set penggambaran dia banyak mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada barisan pelakon Pekak selain komited dalam menghadiri sesi membaca skrip.

“Sebagai pelakon baharu dan tiada pengalaman sudah tentu saya membuat pelbagai persiapan termasuk menghadiri sesi membaca skrip bersama pelakon lain yang terlibat.

“Malah sebagai orang baharu saya banyak bertanya jika tidak pasti tentang sesuatu dan Alhamdulillah rakan-rakan dalam filem Pekak banyak membantu,” katanya.

SUMBER: MSTAR ONLINE

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Penginapan Praktikal & Selesa di SAGE HOTEL PERTH

Hotel Review Quest Hotel & Conference Center Cebu Filipina