in , ,

Tawaran Istimewa di Festival Batu Permata Habib Bulan Oktober Ini

Trend memilih barang kemas yang dihiasi dengan batu permata telah kembali untuk tahun 2020 dan dijangka berterusan hingga tahun hadapan. Penggemar barangan kemas khususnya lebih tertarik dengan aksesori bertatahkan batu permata pelbagai warna untuk melengkapkan penampilan mereka.

Sebagai jenama barangan kemas tempatan yang sudah bertapak di industri pembuatan barangan kemas selama 62 tahun, banyak maklum malas dan pertanyaan diterima dari pelanggan berkenaan batu permata. Rupanya, ramai peminatnya. Permintaan terhadap barangan kemas batu permata dan perhatian untuk barangan permata mula meningkat, telah menjadi tanggungjawab HABIB untuk memberi lebih pendedahan dan informasi mengenai keistimewaan batu permata ini.

Oleh itu, HABIB mengadakan Festival Batu Permata yang sedang berlangsung di semua bilik pameran sepanjang bulan Oktober. Sempena festival ini, pelbagai koleksi batu permata dipamerkan dengan rekaan yang terbaru dengan harga yang mampu milik. Batu permata mempunyai kecantikan kilauan yang tersendiri bergantung kepada warna dan kejernihan warna permata itu.

MBB0129

Di HABIB, batu permata zamrud, delima, nilam pelbagai warna, tsavourite, topaz, garnet, citrine, onyx hitam, moonstone yang berwarna putih, tourmaline boleh dimiliki dengen harga yang mampu milik.

Selain dari kecantikan batu permata ini, permata ini mempunyai cerita yang menarik dan informasi yang mungkin belum diketahui ramai.

1) Batu Permata Adalah Mampu Milik

Agakjarangkitamendengarbahawabatupermata mampu dimiliki.Walaubagaimanapun seperti berlian, batu permata yang turut digelar batu berwarna dinilai berdasarkan karat, kejelasandanpotongan.Jadi,tanggapanbahawabatupermata hanyabolehdimilikioleh golongan berada adalah tidak benar sama sekali. Koleksi batu permata yang terdapat di HABIB semestinya sesuai untuk semua lapisan umur dengan rangkaian koleksi batu berwarna yang pelbagai serta rekaan yang unik. Harga yang ditawarkan juga bermula dari harga mampu milik serendah kurang dari RM1000.

2) Batu Permata Mempunyai Nilai Seperti Berlian

Batu permata juga mempunyai nilainya tersendiri seperti batu permata seperti zamrud, delima dan n ilam mempu n yai n ilai yan g h ampir sama den gan berlian . Seperti emas, batu permata bersijil boleh ditukar beli semula. Di HABIB, kami turut menerima barangan kemas permata selain emas dan berlian untuk tukar beli barangan kemas lama kepada baru dengan harga yang kompetitif.

3) Warna Nilam Adalah Biru, Warna Delima Adalah Merah

Tahukah anda,batu permata berharga seperti nilamdan delima tidak terdapat dalam satu warna sahaja? Walaupun batu nilam terkenal kerana warnanya yang biru, namun ramai yang tidak tahu bahawa batu nilam juga mempunyai beberapa warna lain seperti merah

jambu, putih dan kuning.Bagi batu delima pula,selain merah gelap, ia turut hadirdengan pelbagai rona merah seperti merah coklat dan merah kejambuan. Oleh itu, anda boleh men gu n jungi bilik pameran HABIB yan g berdekatan u n tu k melih at koleksi batu n ilam dan delima terkini. Anda juga boleh mereka sendiri barangan kemas menggunakan warna delima kegemaran anda.

6Y3A6181

4) Batu Berwarna Bukan Sekadar Warna

Batu permata bukan sahaja dapat menceriakan hari anda malah ia juga dipercayai boleh mempengaruhi mood seharian anda. Batu bewarna sering dikaitkan dengan kitaran kelahiran dan kelahiran semula. Ia dipercayai mempunyai kuasa metafizik yang boleh mengubah mood kita. Sebagai contoh, batu kecubung (amethyst) dapat membantu mengurangkan tekanan, kegelisahan dan perubahan mood. Namun bagi yang tidak mempercayainya, perhiasan batu permata tidak pernah gagal dalam melengkapkan penampilan anda untuk tampil lebih menawan dan bergaya.

5) Sesuai Untuk Hari Bahagia Anda

Beberapa figura terkenal seperti mendiang Puteri Diana, Blake Lively dan Mariah Carey telah memilih untuk menggayakan cincin batu permata semasa perkahwinan mereka. Berlian sentiasa menjadi pilihan utama para pengantin namun dengan tambahan batu permata berwarna dapat menambah seri kepada ratu sehari. Malaysia turut tidak ketinggalan dengan trend pemilihan batu permata bewarna dalam cincin perkahwinan semakin popular di seantero dunia. HABIB menerima banyak maklumbalas dari pelanggan berkenaan pemilihan batu permata untuk hari bahagia mereka, memandangkan warna batu permata lebih menonjol berbanding berlian. Cincin yang menjadi pilihan anda boleh direka khas mengikut kemampuan anda.

Sepanjang Festival batu permata ini, pelanggan yang membeli barangan berlian dan permata bernilaiRM8000akan memperolehiseutasjamtangan Ice Watch dari koleksiIce Steel.

HABIB juga menawarkan diskaun sehingga 70% untuk barangan kemas batu permata bewarna dan berlian dari 1 hingga 31 Oktober 2020. Untuk maklumat lanjut dan terkini, kunjungi laman sesawang HABIB di www.habibjewels.com atau media sosial kami @habibjewelsofficial.

Mengenai HABIB

HABIB adalah jenama barangan kemas yang terkenal di peringkat antarabangsa dengan sejarah lebi 60 tahun dalam reka bentuk dan pembuatan barang kemas. Dibangunkan pada tahun 1958 oleh Allahyarham Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif, syarikat pemilikan keluarga ini mula beroperasi di bulik pameran yang pertama di jalan yang terkenal dengan deretan kedai emas di Pulau Pinang iaitu Pitt Street.

Di bawah kendalian anak Allahyarham, Dato’ Sri Meer Sadik Habib, kumpulan HABIB juga telah melebarkan sayapnya ke beberapa jenama. Jenama-jenama yang bergabung di bawah payung HABIB termasuklah jenama perhiasan Hearts On Fire® – World’s Most Perfectly Cut Diamond®; Pandora iaitu pembuat berangan kemas dari Denmark; jenama jam tangan mewah yang berpatutan Ice-Watch dari Belgium; Jenama barang kemas Perancis Les Georgettes oleh Altesse; dan jenama barangan kemas Britain yang berpusat di London, Stephen Webster.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Hiasan

Lelaki Ini Cancel Semua Meeting, Balik Kelantan Tolong Sahabat Kena Strok

Ryan Deedat Lancar Single Ke-4 Berjudul MONALISA Berentak Reggaeton