in

RTM Terus Siar Aksi Final Piala AFF Suzuki

6.4 Juta Penonton Bersorak, RTM Terus Siar Aksi Final Piala AFF Suzuki di TV2

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 menayangkan aksi perlawanan Piala AFF Suzuki 2018 antara pasukan bola sepak Malaysia, Harimau Malaya menentang pasukan Vietnam telah berjaya mencatatkan kutipan lebih 6.4 juta penonton.

Kejayaan ini membuktikan RTM sebagai penyiar rasmi edisi ke-12 Kejohanan Piala AFF Suzuki terus unggul dalam liputan siaran sukan yang menjadi teras kepada penyatuan seluruh rakyat negara.

Pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Disember lalu, Malaysia telah berjaya mengikat Vietnam pada kedudukan 2-2.

Menerusi perlawanan kedua di Stadium My Dinh, Hanoi, 15 Disember 2018, Sabtu ini, RTM sekali lagi menyiarkan aksi pasukan anak buah Tan Cheng Hoe menentang pasukan Vietnam di saluran TV2 bermula pukul 8.00 malam.

Siaran ini juga boleh diikuti menerusi myFreeview di Saluran 111 RTM HD.

Sepanjang kejohanan berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember ini RTM menyiarkan kesemua perlawanan samada secara langsung mahupun siaran tertunda di semua saluran RTM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Bawakan Siri SCHOOL OF ROCK di TV1

Video Bella Barbie Malaysia Melaram di Pasar TTDI Tular