Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

RTM Siar Biografi SUDIRMAN ARSHAD

Saban tahun 22 Februari sememangnya sangat dirasai oleh seluruh warga Malaysia apabila kehilangan seorang insan seni yang paling berbakat iaitu Datuk Sudirman Haji Arshad pada tarikh sama 23 tahun lalu.

Kehilangannya terus dirasai oleh para peminat. Malah, lagu-lagu malar segarnya masih kerap berkumandang di stesen-stesen radio dan menjadi siulan ramai.

Justeru sebagai mengenang bakat Allahyarham sepanjang pembabitannya sebagai penyanyi sejak tahun 1976, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan kembali dokumentari bertajuk “Sudirman Arshad”. Dokumentari yang berbentuk biografi ini disiarkan pada 23 Februari 2015 (Isnin), pukul 2.00 petang di TV2.

RTM Siar Biografi “Sudirman Arshad” Pada 23 Februari Ini Di TV2

Dokumentari Penghibur Terbaik Asia mengangkat bakat milik penghibur Datuk Sudirman Arshad dikagumi ramai ini diterbitkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bersama AETN All Asia Networks pada tahun 2011.

Dokumentari ini juga menyiarkan beberapa klip gambar serta video yang menceritakan pengalaman pahit dan getir sepanjang perjalanan beliau di dalam bidang seni. Di samping itu, penonton akan menyaksikan sesi temuramah bersama beberapa teman rapat beliau serta memahami dengan lebih mendalam mengenai kisah beliau.

Sudirman adalah ikon rakyat Malaysia dan sudah tentu ramai yang ingin mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Sesuatu yang agak menarik tentang penerbitan dokumentari Sudirman Arshad yang berdurasi selama sejam itu, sebenarnya tiada langsung penglibatan ahli keluarga Allahyarham.

Sebaliknya, kisah yang dipaparkan adalah berdasarkan cerita daripada mereka yang agak rapat dengan Allahyarham. Bagaimanapun, dokumentari berkenaan masih lagi tetap menarik untuk ditonton.

Untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi kisah pahit getir serta cabaran yang terpaksa dilalui oleh Sudirman sehinggalah namanya terkenal di peringkat antarabangsa, usah ketinggalan menyaksikan dokumentari ini hanya di TV2.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version