in ,

RTM Perkenal Bual Bicara Inggeris Terbaharu, TALK TO TERRENCE

Program bual bicara terbaharu Radio Televisyen Malaysia (RTM), “Talk To Terrence” yang membincangkan topik dan isu-isu semasa bersama dengan tetamu dari pelbagai bidang bersiaran setiap Sabtu, pukul 11.00 pagi di TV2.

Menampilkan personaliti popular Terrence Dass sebagai hos, program bual bicara berbahasa Inggeris ini menjadi platform untuk tetamu menonjolkan ideologi positif yang mampu membimbing orang lain memacu kejayaan dalam pelbagai bidang.

Sepanjang satu jam bersiaran, program ini membawakan perkongsian topik semasa dan berat dengan cara yang santai selain turut berkongsi kejayaan dan pengalaman positif tetamu undangan bersama dengan penonton.

RTM Perkenal Bual Bicara Inggeris Terbaharu, TALK TO TERRENCE

Dalam episod minggu ini, 11 Jun 2022, pukul 11.00 pagi di TV2, Terrence mengundang dan bersua dengan tetamu Johnson Lam, pengasas KakiDIY mengupas topik “Hi Tech: Smart Scale”.

Seterusnya dalam topik “The Obesity Epidemic” pula menjemput tiga panel terdiri daripada Josephine Yeong (1st IFBB Pro Bikini Bodybuilding Athlete In Malaysia, Best Pilates Trainer in Malaysia & Asia 2021), Zoraya Vadillo (jurnalis dan jurulatih kesihatan) juga Brian Lee (Pengasas Likemedia).

RTM Perkenal Bual Bicara Inggeris Terbaharu, TALK TO TERRENCE

Usah ketinggalan menyaksikan siarannya pada 11 Jun ini, pukul 11.00 pagi di TV2 dan ulangannya pada hari sama pukul 9.00 malam menerusi Saluran Berita RTM.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Penuh Jam Pintar Huawei Watch GT 3 Pro, Ini Ciri Paling Menarik

Hari Terakhir Haziq Hussni Bersama Sembang Squad Di Radio Hot FM