in ,

Hari Terakhir Haziq Hussni Bersama Sembang Squad Di Radio Hot FM

Penyampai radio Hot FM, Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni atau lebih dikenali sebagai Haziq telah mengumumkan keputusannya untuk tidak lagi berkhidmat sebagai penyampai radio Hot FM dan hari terakhir Haziq akan ke udara di Hot FM adalah pada 10 Jun 2022, Jumaat.

Haziq kali terakhir bertugas sebagai penyampai radio bagi segmen Sembang Squad di Hot FM bersama Riena Diana bermula 3 petang hingga 7 malam, Isnin hingga Jumaat. 

Persetujuan meninggalkan Hot FM ini dibuat oleh kedua-dua belah pihak di antara Haziq dan pihak pengurusan Hot FM. 

Haziq mula ke udara di Hot FM pada tahun 2013 sebagai krew di lapangan atau Hot FM Zoomers dan pada Oktober 2014 menjadi penyampai radio Hot FM menerusi segmen Hot FM Zone bersama Deen. Beliau juga pernah menjadi salah seorang penyampai segmen Geng Pagi Hot pada 2017.

“Buat masa ini saya akan fokus kepada beberapa perkara dahulu seperti perniagaan, pengacaraan TV dan acara serta meluangkan masa bersama keluarga, lebih-lebih lagi saya baru sahaja menimang cahaya mata ketiga,”

– Haziq

Pihak pengurusan Media Prima Audio (MPA) terutama Hot FM merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Haziq sepanjang penglibatan beliau bersama Hot FM, malah pihak pengurusan MPA juga akan terus menyokong karier dan perancangan masa hadapan beliau di masa akan datang.

Hot FM boleh didengari menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 88.6FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taiping; 105.0 Terengganu.  

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara siaran langsung di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 serta Twitter @hotfm976 dan Whatsapp di 017-302 8822. Dengarkan juga Hot FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Perkenal Bual Bicara Inggeris Terbaharu, TALK TO TERRENCE

Siri Animasi EJEN ALI Musim 3 Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar