in ,

RTM Lancar Saluran Berita Berdefini Tinggi HD 24 Jam Sehari

RTM menawarkan saluran berita lebih kompetitif bermula tahun ini dengan pelancaran Saluran Berita RTM di MyFreeview 123, hari ini.

Mencipta rekod dalam sejarah 74 tahun, RTM kini memiliki saluran berita khusus merangkumi hal ehwal semasa dan bual bicara yang dipancarkan pada definisi tinggi (HD). Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah melancarkan Saluran Berita RTM yang boleh ditonton melalui saluran MyFreeview 123 di lobi Wisma Berita, Angkasapuri, malam tadi.

RTM Lancar Saluran Berita Berdefini Tinggi HD 24 Jam Sehari
Mencipta rekod dalam sejarah 74 tahun RTM, Saluran Berita RTM menjadi platform menangkis penyebaran berita palsu. Saiffuddin (dua dari kiri) bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin; Ketua Pengarah Penyiaran, Nor Hayati Awang dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Suriani Ahmad pada majlis pelancaran Saluran Berita RTM di Angkasapuri, malam tadi. Foto NSTP/Rohanis Shukri

Saluran Berita RTM Dilancar

Datuk Saifuddin berkata, Saluran Berita RTM lebih khusus dan menjadi medium terbaik untuk mengekang penyebaran berita palsu, ketika ini.

“Kaedah terbaik untuk membanteras berita palsu adalah dengan membanjiri segenap ruang dengan berita terbaik, sahih dan benar. Jadi, apabila ada saluran khusus 24 jam, mudah untuk berita disajikan,”

“Untuk berlawan dengan penyebaran berita palsu, kita harus membanjiri pasaran dengan berita baik seperti yang dipersembahkan RTM selama ini.

“Mahu berlawan dengan mereka yang gemar menyebarkan berita palsu menjadi sesuatu yang tidak akan berakhir.

“Namun, pada akhirnya, orang akan dapat membezakan antara yang palsu dan sahih dengan adanya medium berita seperti Saluran Berita RTM,”

– Datuk Saifuddin Abdullah
RTM Lancar Saluran Berita Berdefini Tinggi HD 24 Jam Sehari
Saiffuddin (dua dari kiri) bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin; Ketua Pengarah Penyiaran, Nor Yahati Awang dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Suriani Ahmad pada majlis pelancaran Saluran Berita RTM di Angkasapuri, malam tadi. Foto NSTP/Rohanis Shukri

Saifuddin berbangga dengan RTM kerana menjadi saluran utama yang dipercayai sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

“Maklum balas daripada orang ramai terhadap berita RTM juga semakin hari, semakin baik kerana RTM dan Bernama menjadi penyiar utama untuk isu berkaitan Covid-19.

“Penonton ramai yang memberi tumpuan kepada berta RTM lebih-lebih lagi apabila RTM menyiarkan dua kali sidang media Covid-19 dalam sehari,” 

“Malah, semua orang tertunggu-tunggu sidang media Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kementerian berkaitan,”

– Datuk Saifuddin Abdullah
RTM Lancar Saluran Berita Berdefini Tinggi HD 24 Jam Sehari

Bertunjangkan slogan ‘Yang Sahih di Berita RTM’, Saluran Berita RTM adalah nukleus informasi yang bersiaran 24 jam sehari meliputi pelbagai bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Kandungan diperkasa melalui pengisian yang lebih komprehensif yang menawarkan 25 slot berita setiap hari, 12 bicarawara seminggu, berita bisnes (lima hari) dan dua program majalah setiap minggu.

Transformasi dinamik saluran baharu ini turut menawarkan pelbagai kelainan berbanding saluran TV lain kerana menyiarkan jajaran berita pelbagai bahasa bermula 12 tengah hari sehingga 2 petang diikuti 7 malam hingga 9 malam.

Sumber: BH Online
Kredit Foto: NSTP

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pasaraya Ebit Lew Cari 100 Pekerja, Netizen Mohon Buka Banyak Cawangan

iPhone 12 Mungkin Hadir Dengan Pengecas 20W